
Foto yang menarik perhatian para pengikutnya di laman Instagram
“Sebelum ini pun orang kata Tasha pergi Bangkok buat
hidung dan payudara. Jadi, bila cerita ni timbul Tasha tak tahu nak
komen apa. Tapi apa yang Tasha boleh buat? Mulut orang kita tak boleh
nak tutup biarkanlah mereka terus berkata-kata.”
Menafikan bahawa perubahan mendadak itu berpunca daripada pembedahan
plastik, Tasha memberitahu ianya mungkin kesan positif yang diperolehi
kerana dia kini sedang mengamalkan produk minuman kesihatan.
“Sungguh! Tiada pembedahan plastik. Tasha cuma minum
produk itu. Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk
itu berkesanlah.
Mereka ada hak untuk bercakap. Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja.”
Jika benar bagai dikata, sudah tentu produk tersebut akan semakin
laris selepas ini. Siapa yang tidak teringin untuk memiliki tubuh badan
mengiurkan seperti Tasha bukan? Terbaik! - Kredit Astro Gempak