Tasha Shilla
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon
Tasha Shilla pada Isnin mendedahkan beberapa wajah individu yang sering
memberi komen negatif di gambar-gambar Instagram miliknya.Tasha atau Natashasheila Abd Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian sebagai memberi pengajaran kepada individu tersebut bagaimanakah perasaan apabila gambar mereka menjadi medan perbalahan dan hinaan seperti yang terjadi pada dirinya.
"Saya sengaja memuat naik profil beberapa pengikut Instagram yang sering memberi komen negatif pada gambar-gambar saya dan ingin mereka rasa bagaimana perasaannya apabila dijadikan bahan perbalahan.
"Mereka selalu memberi komen negatif dan menegur tentang pemakaian serta semua perkara yang saya lakukan tidak betul di mata mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannnya memuat naik tiga gambar individu di laman sosial Instagramnya pada petang Isnin.
Bagaimanapun, Tasha berkata, dia sudah pun memadam gambar-gambar tersebut bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan.
"Saya muat naik sekejap sahaja sebab nak tengok reaksi mereka dan sudah pun memadamnya. Selalunya memang saya malas nak layan dan tidak kisah apa yang mereka komen. Cuma hari ini saya cuti dan terlebih rajin," ujarnya.
Tambah Tasha, dia turut kesal apabila ada pengikutnya yang membuat laporan gambar (report photo) terhadap gambar yang dimuat naik sehingga gambar tersebut dipadam secara automatik oleh pihak Instagram.
Katanya, perkara tersebut terjadi kepada lebih lapan keping gambar yang dimuat naik di Instagram sejak beberapa hari lalu.
"Saya geram sebab mereka melaporkan kepada Instagram gambar tersebut sebagai mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Sudah lebih lapan keping gambar saya hilang tiba-tiba," ujarnya.
Dalam pada itu, Tasha berkata, dia berharap pengikutnya mendoakan agar dia berubah kearah kebaikan dengan cara yang lebih baik selain memberi nasihat di laman sosial itu.
"Saya minta mereka mendoakan agar saya berubah tetapi dengan cara baik iaitu berdoa di dalam hati bukan menerusi cercaan dan nasihat di Instagram," ujarnya.
Kuala Lumpur: “Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Itu
kan binatang, bukannya orang! Kenapalah ramai sangat orang berfikiran
kotor dan lucah di luar sana,” jawab pelakon Emma Maembong apabila
gambarnya bersama anak monyet peliharaannya mengundang maklum balas
berunsur seksual daripada sebahagian peminat di laman sosial, semalam.

![Photo: Ana Dahlia Sudah Mula Berhijab Sempena Ramadhan?
Terbaru, pelakon manis Ana Dahlia yang juga bekas menantu Chef Wan juga dilihat sudah mula berhijab menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.Ketahui selanjutnya di......http://bit.ly/1n4mTP6
[IKLAN] Harga Promosi , servis naikkan like untuk 1000 hanya RM60! Jika berminat sila PM saya disini http://on.fb.me/1cTDZfh
IKLAN: Promosi tayar baru dan 2nd SUPERBIKE dari pelbagai model bermula dengan harga RM100 sahaja di https://www.facebook.com/speedbikestore
AR](https://scontent-a-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/t1.0-9/s370x247/10459920_587411791360529_3986848493616351641_n.png)
