Sebaik berhijab, pelbagai komen kurang menyenangkan diterima pelakon Uqasha Senrose, 22, apabila berhijrah selepas cerita putus tunang dengan Pekin Ibrahim hangat diperkatakan.
Ada yang mendakwa Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berhijab kerana kecewa. Tidak kurang juga bertindak lebih sudu dari kuah mengatakan pelakon kacukan Melayu Siam itu menemui cinta baru.
Ditemui dalam sesi fotografi khas bersama Selebriti sempena Ramadan,
Uqasha tanpa berselindung mengakui terkejut dan kecewa apabila
keikhlasan melaksanakan tuntutan Islam itu dipertikaikan dengan perkara
tidak masuk akal.
“Pelbagai cerita saya dengar sebaik membuat keputusan bertudung. Ada yang tanya saya bertudung sebab kecewa atau menemui lelaki lain.
“Sedangkan apa yang saya buat adalah tuntutan agama, cuma sebagai umat Islam kita akur atau tidak melaksanakannya.
“Saya secara peribadi berpendapat apabila seseorang itu bertudung, tidak perlukan pertikaikan atau mencari sebab dan kenapa.