Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Bazaar Ramadhan Jual Makanan Basi Bangkai


MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau menerima aduan daripada para pengguna mengenai kebersihan makanan di Bazaar Ramadhan kerana terbeli makanan basi dan berbau bangkai.
“Saya minta peniaga-peniaga supaya berhati-hati kerana di bulan Ramadhan ini kebanyakan peniaga akan cuba menyegerakan proses penyediaan makanan dan kemungkinan selepas sahur, jadi aduan yang kita terima, makanan basi dan juga hidangan sate hati dan saye ayam berbau bangkai,”katanya.

“Ini adalah aduan yang saya terima dan saya rasa perlu ketengahkan aduan tersebut supaya peniaga mengambil maklum kerana mereka masih lagi bertanggungjawab tentang penyediaan makanan yang betul,”kata Idris kepada pemberita dalam sidang media di Seri Negeri Selasa lepas.
Sehubungan itu, beliau meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya memantau dari aspek kebersihan dan penyediaan makanan para peniaga di semua Bazaar Ramadhan di negeri ini.

Accapan Masuk Islam



Alhamdulillah keberkatan ramadhan...
Info dari penang daily fb...iaitu accapan sudah menjadi saudara kita dgn nama Shahrin bin Abdullah...

NIAT PUASA RAMADHAN









Bismillahirahmanirahim

"Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."



Amin



Video kredit MARIONEXXES




Semua Artis Wanita Poyo Tutup Buah Dada Di Bulan Puasa






Photo: Alhamdulilah Ramai artis yang Sudan berhijrah semasa Ramadan #hijrah #hijab #artis #hotlipscorner
Feezey Yunus Sekejap je tu



Kaunter Minta Zakat Diperlukan Segera






Photo



17 Ramadan Permulaan Turun Al-Quran








Waktu Berbuka Puasa Di Singapura Hari Ini






Photo: Imsakiah Ramadan • 13 Julai 2014 • 15 Ramadan 1435H • #rayabersamasuria #cahayaramadan #waktusolatsg #mystorysg

Imsakiah Ramadan • 13 Julai 2014 • 15 Ramadan 1435H • 



Nazrey Raihan Busking Di Bazar Ramadhan





Ustaz Nazrey gigih kumpul dana

MANA mungkin peminat seni tempatan melupakan kumpulan nasyid popular yang ditubuhkan sekitar tahun 90-an ini.
Walaupun anggota kumpulannya sudah tidak bersatu namun, lagu-lagu dendangan kumpulan yang pernah dianggotai Allahyarham Azahari Ahmad, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim ini masih segar di ingatan.

Bahkan lagu popular mereka Ya Rasulullah, Iman Mutiara, Puji - Pujian dan 25 Rasul terus dimainkan di corong-corong radio dan menjadi lagu dakwah yang diminati sehingga kini.

Kegemilangan kumpulan yang dikenali sebagai Raihan ini bagaimanapun menjadi tanda tanya apabila salah seorang anggotanya, Ustaz Nazrey Johani dilihat menyanyi di bazar Ramadan sekitar Selangor. Malah aktiviti itu turut dirakam dan dikongsi peminat menerusi laman sosial.

Bukan atas tujuan peribadi, sebaliknya Ustaz Nazrey sedang mengumpul dana bagi membina sebuah pusat tahfiz di Ranau, Sabah iaitu Maahad Tahfiz Bayu Syahadah bagi tujuan menempatkan golongan asnaf, anak yatim dan saudara baharu Islam.

Sedikit mengenai dana pembinaan pusat tahfiz ini, pada 2010 Ustaz Nazrey pernah mengadakan sidang media berkenaan perkara tersebut dan berharap hasratnya itu dapat direalisasikan segera.

Namun atas pelbagai kekangan dan masalah, proses pembinaan pusat tahfiz ini berjalan agak perlahan.

Nampaknya, usaha beliau tidak terhenti di tengah jalan, di sebalik cabaran dan dugaan yang dihadapi, beliau tetap gigih mengumpul dana tersebut sehingga ke hari ini.

Zass cuba menghubungi Ustaz Nazrey, namun semalam beliau sedang sibuk dan tidak dapat berbicara lanjut mengenai perkara ini.

Anak Panjat Tiang Dalam Surau








Wowwwww! hebatnya adik nih!

Macam-macam gelagat kanak-kanak yang berlaku ketika kita sedang sibuk menunaikan solat tarawih di surau. salah satunya seperti di dalam gambar. kadang-kadang tu rasa macam menganggu lah jugak kan.. tapi kekadang tu pula rasa kelakar pon ada..

Masa korang menunaikan solat tarawih selama 5 hari ni, ada tak jadi sesuatu seperti ini ?




Rakyat China Dilarang Berpuasa Kerajaan





  • Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes. Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes.
1 / 1
BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.

Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.

Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.
 


Anak Yatim Berbuka Puasa Berdua






Foto Menarik

MOHD Aidi Qhusairi Rusman dan Lukman Hakim Mohd Zin sabar menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Bangsar, Kuala Lumpur. FOTO Ghazali Kori



Azwan Ali Upah Gangster RM3,000 Seminggu





  • Azwan Ali Azwan Ali
1 / 1
GARA-gara paparan statusnya yang semakin menarik perhatian ‘haters’ artis versatil Azwan Ali sanggup mengupah seorang pembantu atau ‘PA’ hanya untuk menyekat kesemua ‘haters’ dari terus mengecamnya.

Menurut sebuah blog hiburan, ketegangan tercetus saat Azwan memuat naik  sebuah paparan status yang menghina juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan.

“Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah ! Maaf ! Just face the facts ! So?” katanya menerusi akaun Twitternya

Susulan daripada itu, pelbagai pihak mula menggerumuni laman sosial miliknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung status yang dimuat naik Azwan.

Kontroversi berterusan apabila Azwan nyata tidak berdiam diri dan mula menganggap ‘haters’ dan pihak yang mengecamnya bertarafkan anak setan.

Akhirnya, Azwan mengambil keputusan untuk membayar seorang pembantu sebanyak RM3,000 seminggu untuk menyekat dan menghalang ‘haters’ dari terus menyerangnya.



Neelofa Bertarawikh Di Masjid Putrajaya Setiap Malam Nak Dengar Ceramah Mufti Menk






Foto 
NEELOFA bersama Natasha Hudson anggap Ramadan sebagai ujian dan cabaran.

Assalamualaikum semua. Selamat datang Ramadan Al-Kareem! Hari ini hari pertama kita umat Islam di Malaysia menunaikan puasa.
Kebetulan pula, demam Piala Dunia masih rancak, pasti ada yang alang-alang tengok bola tu, terus berjaga sampai ke waktu sahur. Semangat tau.


Lofa lebih selesa memilih minum air campuran kurma, madu, kismis dan susu. Barulah bertenaga sepanjang hari. Berbuka baru nak makan berat.

Tengok pelbagai lagak dan ragam orang ramai menyambut kedatangan Ramadan, pasti Lofa teringat waktu zaman kanak-kanak Lofa. Zaman Lofa mula diperkenalkan pengertian puasa, apa itu Tarawih dan zaman Lofa belajar berpuasa penuh.

Pasti semua orang pernah melalui fasa yang Lofa sebut tadi, bukan? Lofa ingat lagi, waktu kecil, Lofa ingat puasa ini aktiviti orang dewasa saja, jadi Lofa yang kecil tak perlu berpuasa.

Hari pertama berpuasa adalah hari paling Lofa sangat tak dapat lupakan! Lofa ni memang ‘hantu makan’ sejak kecil. Bayangkan, satu hari bangun saja dari tidur, terus pergi dapur dan buka tudung saji tapi tiada makanan disediakan.

Kecoh juga satu rumah waktu itu. Rupa-rupanya Lofa lupa hari itu hari pertama berpuasa. Kiranya waktu itu hari pertama puasa ialah hari terpanjang dalam hidup Lofa.

Sebaik dengar azan Maghrib, bukan main laju Lofa terkam makanan yang mama masak sampaikan kena marah. Sudahnya, dah terlalu kenyang, Tarawih pun terlepas sebab dah tertidur.

Kenang balik memang kelakar. Itu belum lagi cerita Lofa tak ba­ngun bersahur. Kalau nak dikongsikan, memang tak habis.

Anda setuju tak kalau waktu Ramadan tiba-tiba kita rasa masa berputar sangat perlahan dan makanan yang kita tak suka makan, tiba-tiba nampak sedap semacam. Padahal dulu tak pernah pun teringin makan. Itu yang Lofa belajar mengenai dugaan.

Seperkara lagi, ramai ingat berpuasa ini sekadar menahan lapar tetapi pengertian puasa sebenar­nya sangat luas skopnya. Selain berpuasa menahan lapar dahaga, kita perlu menjaga keperibadian secara menyeluruh.

Kalau dulu main hentam kromo saja bila bertutur, dalam bulan puasa, kalau boleh, belajarlah cakap benda berfaedah. Cakap pun sopan-sopan saja. Kalau nak berpakaian pula, pilih yang berse­suaian.

Semua ini bagi menghormati kesucian Ramadan itu sendiri. Ang­gaplah Ramadan sebagai medan ujian dan cabaran untuk kita. Mana tahu, kita akan bertemu sinar hidayah dalam Ramadan? Insya-Allah.

Menyentuh pasal menghormati, Alhamdulillah untuk Ramadan kali ini, Lofa berjanji untuk me­ngurangkan aktiviti seni Lofa. Yang ada pun hanya komitmen dengan Meletop memandangkan ranca­ngan itu disiarkan secara langsung.

Untuk aktiviti seni lain, memang Lofa tolak sepenuhnya. Bukan apa, bagi Lofa, Ramadan bulan terbaik untuk kita bersama keluarga selain beribadat.

Selain kurangkan aktiviti seni, Lofa ada lagi dua azam yang harap sangat dapat dipenuhi. Pertama, nak berbuka di rumah bersama keluarga sekerap mungkin sepanjang Ramadan. Lofa sebenarnya malas sangat berbuka di luar. Paling kuat pun, pergi bazar Ramadan, beli kuih saja.

Kedua, nak cuba sebanyak mungkin bertarawih di Masjid Putrajaya. Kenapa Masjid Putrajaya? Sebab Lofa difahamkan, tahun ini Tarawih di Masjid Putrajaya di­imamkan Mufti Menk. Beliau juga bakal menyampaikan ceramah sebaik selesai solat Tarawih.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Lofa memang sangat me­ngagumi Mufti Menk. Pasti peluang yang ada ini tak akan Lofa lepaskan.

Seperkara yang Lofa nak kongsi dengan pembaca semua, insya-Allah sepanjang Ramadan ini, Lofa dan Neelofa Team akan bergiat dengan lebih aktif dengan perniagaan diusahakan. Memandangkan tak sibuk sangat, Lofa merancang menyertai pelbagai bazar dan festival.

Lofa rasa ini peluang terbaik untuk lepak dan bersantai bersama peminat dan pembeli yang selama ini menyokong Lofa. Bazar mana yang akan Lofa sertai? Ha, itu anda semua perlu sentiasa peka dengan pengumuman di laman sosial Lofa, barulah ‘surprise’.

Rasanya macam banyak sangat Lofa membebel pasal bulan puasa. Bukan apa, teruja sangat. Tambah pula kebetulan Lofa ada ruangan Nota Neelofa, lagi menjadilah keterujaanya. Kalau boleh, semua nak dikongsi.

Alang-alang ada kesempatan ini, Lofa nak minta tolong boleh? Boleh tak anda semua cadangkan makanan atau bazar yang Lofa patut cuba pergi?

Yalah, nak juga rasakan suasana kemeriahan bazar di tempat anda. Nanti tweet-tweet Lofa tau!

Sehingga bertemu lagi, sebarkan rasa cinta. - Sumber Harian Metro



Chacha Maembong Tersepit Kuih Raya Dengan Kakak





Chacha belum tidak mahu campur pergaduhan Wire Fame dan kakaknya Emma Maembong.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong mengakui dirinya agak tersepit dengan permasalahan yang berlaku antara syarikat pengurusannya Wire Fame dan kakaknya Emma Maembong.
Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia juga tidak mahu menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda syarikat pengurusan tersebut baru-baru ini.

"Saya tidak ada masalah dan masih lagi di bawah pengurusan Wire Fame sehingga kontrak tamat pada akhir tahun ini, selepas itu barulah saya fikir untuk sambung atau tidak.

"Secara jujur memang saya tersepit antara kerja dengan hubungan adik-beradik tetapi saya cuba memberi yang terbaik dan berlaku adil, namun saya tidak mahu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan permasalahan mereka," katanya kepada mStar Online.


Zizan Razak dan Emma Maembong mengambil keputusan keluar daripada syarikat pengurusan Wire Fame.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut yang melanda syarikat pengurusannya Wire Fame dengan pemilik syarikat itu pelawak Zizan Razak yang turut membabitkan kakaknya Emma Maembong.
Jelas Chacha, keputusan Emma untuk keluar daripada syarikat pengurusan itu adalah disebabkan masalah peribadi pelakon itu dan tidak mempengaruhi dirinya.
"Saya dengan Emma tidak ada masalah dan kami tidak ada gaduh-gaduh, saya cuma cakap baik-baik dengan dia jika ada yang tidak betul, manakala dengan pihak pengurusan begitu juga, semuanya atas dasar kerja sahaja.

"Saya masih baru dalam industri dan tidak mahu serabutkan diri dengan masalah sebegini, saya nak bekerja bukan nak bergaduh," katanya.

Selain Chacha, Wire Fame turut menguruskan kerjaya pelakon Johan As'ari dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Chacha berkata, bulan Ramadan ini, dia tidak bercuti seperti segelintir artis, sebaliknya lebih sibuk dengan aktiviti tambahan iaitu menjual biskut raya.

Biskut yang diberi nama Maembong Girls itu akan mula dipasarkan awal minggu Ramadan ini secara dalam talian.

"Sepanjang puasa ini saya sibuk dengan penggambaran beberapa drama, dalam pada itu kami adik-beradik juga akan menjual beberapa jenis biskut raya.

"Kakak-kakak saya yang buat saya hanya tolong mana yang mampu, kami akan buka tempahan secara online dan Insya-Allah akan buka di bazaar Taman Melawati pertenggahan Ramadan nanti," katanya. - Kredit MSTAR



Soo Wincci Pun Dah Pandai Puasa






Soo Wincci berkongsi gambarnya ketika berbuka puasa sendirian di Taiwan.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.- Kredit MSTAR




Rosmah Mansor Lawati Firdaus OKU Dengan Sumbangan Sekali









ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). Turut bersama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim (empat dari kiri) dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin (lima dari kanan). - Foto Iqmal Haqim Rosman
Jun 30, 2014 1:02 pm



Uqasha Senrose Berhijab Lepas Kena Marah Pekin Ibrahim






Sebaik berhijab, pelbagai komen kurang menye­nangkan diterima pelakon Uqasha Senrose, 22, apabila berhijrah selepas cerita putus tunang dengan Pekin Ibrahim hangat diperkatakan.
Ada yang mendakwa Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berhijab kerana kecewa. Tidak kurang juga bertindak lebih sudu dari kuah mengatakan pelakon kacukan Melayu Siam itu menemui cinta baru.


“Pelbagai cerita saya dengar sebaik membuat keputusan bertudung. Ada yang tanya saya bertudung sebab kecewa atau menemui lelaki lain.
Foto

“Sedangkan apa yang saya buat adalah tuntutan agama, cuma sebagai umat Islam kita akur atau tidak melaksanakannya.

“Saya secara peribadi berpendapat apabila seseorang itu bertudung, tidak perlukan pertikaikan atau mencari sebab dan kenapa.



Jangan Lupa Baca Niat Puasa



















Bismillahirahmanirahim
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
"Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
Amin
http://marionexxes.com
Selamat berpuasa semua!
- Sumber MARIONEXXES



KJ Sempat Merempit Sebelum Puasa






Last kopek rempits sebelum puasa. Macam hero drama Tamil zaman dulu2.




Aizat Amdan Hadiahkan Noh Salleh dan Mizz Nina Sebuah 'Legasi'






Aizat kata: Alhamdulillah, dapat memberikan ‪#‎legasi‬ kepada @mohammadnohbinsalleh dan @mizznina1780. Kedua suami isteri ini tidak putus memberikan inspirasi dan menjadi contoh utk pasangan yg baru ingin mendirikan rumahtangga. Tak sabar nak tunggu keluaran piring hitam beliau pulak! Anyway thanks for your kindness guys. Jumpa di masjid malam nnt! (Raaamadhan is heeeereeee!!!)