KONSEP duo tidak banyak dibawa oleh penyanyi Malaysia,
apatah lagi lambakan penyanyi daripada pelbagai medium hari ini umpama
cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Pun begitu, ia tidak menjadi masalah buat dua anak muda yang bernaung di bawah label duo indie, Izzul & Sue, untuk memperjuangkan muzik yang sepenuhnya digarap sendiri, dari segi gubahan lagu, penulisan lirik serta petikan gitar secara akustik.
Mereka terdiri daripada Izzul Syafiq Mazlan, 22, penuntut tahun akhir jurusan Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, serta Tengku Suhaila Tengku Asmadi, 22, mahasiswi jurusan English for Professional Communication Akademi Pengajian Bahasa tahun akhir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Uniknya, duo ini menekankan konsep muzik dari hati, iaitu mahu lagu-lagu yang disampaikan mereka mempunyai jiwa dan perasaan melalui genre soul, blues dan akustik.
Bukan sahaja berkebolehan bermain gitar, Izzul & Sue juga memiliki vokal yang unik dan mampu meremangkan bulu roma pendengar melalui suara dan lagu mereka.
Mula menyanyi bersama sejak zaman asasi mereka di UiTM, duo ini aktif membuat persembahan sekitar Lembah Klang serta pernah terlibat dalam persembahan sama dengan penyanyi hebat, Ana Raffali, suatu ketika dahulu.
"Sebelum tertubuhnya Izzul & Sue, kami menyanyi dan hasilkan muzik sendiri secara berasingan, tapi selalu buat persembahan bersama.
"Kami pentingkan jiwa dalam setiap lagu yang kami buat dan kualiti bunyi bila kami main muzik secara langsung. Harapan kami, untuk mantapkan penulisan lagu dan rakaman, seterusnya beri nafas baru untuk industri muzik kita," jelas Izzul yang telah mula mencipta lagu seawal usia 16 tahun lagi.
Suhaila yang turut bermain gitar pada usia remaja seperti rakan duonya menyatakan, mereka tidak mendapat tunjuk ajar atau kelas formal dalam mempelajari alat muzik itu, tetapi belajar sendiri atas dasar minat yang begitu mendalam terhadap muzik.
"Saya banyak dengar lagu-lagu berbahasa Inggeris daripada penyanyi antarabangsa. Tapi kebelakangan ini saya selalu dengar lagu tempatan untuk variasikan pengaruh agar boleh hasilkan muzik sendiri dengan lebih baik.
"Bagi saya, kena ikhlas dalam buat apa kita suka. Saya dan Izzul masing-masing cintakan muzik dan tak kisah perjuangkannya tanpa bantuan sesiapa, asalkan kami dapat kongsi hasil seni kami dengan orang ramai," katanya.
SoundCloud medan saluran
Jika kebanyakan penyanyi indie gemar memilih YouTube sebagai medium menyalurkan bakat, lain ceritanya dengan Izzul & Sue yang meletakkan lagu-lagu mereka di laman SoundCloud untuk diperdengarkan kepada masyarakat seantero dunia.
"Bagi saya, laman SoundCloud memang spesifik untuk muzik. Jadi, penggemar-penggemar muzik lebih sinonim dengan SoundCloud berbanding YouTube.
"Kami ada juga rakam lagu dan letak di akaun YouTube masing-masing, tapi itu bukan medium utama Izzul & Sue. Walaupun orang kata di YouTube lebih senang nak dikomersialkan, tapi bukan populariti yang kami kejar, sebaliknya muzik yang berkualiti untuk pilihan para pencinta muzik," jelas Izzul.
Hasil produk EP
Sebelum ini, Izzul pernah mengeluarkan kompilasi lagu-lagu ciptaannya melalui sebuah Extended Play (EP) yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan modal dan tenaga kerja sendiri berjudul Midnight pada tahun 2012.
Menerusi Midnight, dia bekerjasama dengan Suhaila dalam lagu Night Waltz dan mendapat sambutan hangat pendengar EP yang terjual ratusan unit di seluruh negara itu.
"Masa tu saya sekadar saja-saja jamming dengan Izzul, tiba-tiba dapat idea untuk tulis lagu Night Waltz. Alhamdulillah, ramai orang suka lagu tu dan ia menjadi semangat untuk kami terus hasilkan lagu bersama," kata Suhaila.
Produk terbaharu Izzul & Sue adalah CD kompilasi lagu-lagu tema teater Saksi Terakhir yang dibawakan oleh Anomalist Production, turut dimuatkan lagu ciptaan kolaborasi mereka yang berjudul Neon.
Mereka juga bakal mengeluarkan sebuah lagi EP bertajuk IZZUL & SUE pada November ini dengan konsep minimalistik, bertujuan untuk memperkenalkan muzik segar dan 'mentah' tanpa melalui banyak proses suntingan dan perfection, berbeza dengan kebanyakan pemuzik-pemuzik lain.
Dalam pada itu, hasil seni muzik mereka boleh diperdengarkan dengan melayari https://soundcloud.com/izzulandsue serta boleh dihubungi melalui Twitter dan Instagram izzulandsue bagi tujuan mendapatkan EP atau undangan persembahan. - Sumber Sinar Harian