Khairul Abdullah Dikelar Sampai Mati Dengan Parang Berbuka Puasa






Beluran : Seorang lelaki yang sedang menunggu untuk berbuka puasa bersama ahli keluarganya bertindak gila apabila menyembelih anak saudaranya berusia empat tahun di belakang restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Abdullah meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Telupid akibat kecederaan teruk di bahagian leher akibat dikelar menggunakan parang.

Secara tiba-tiba, suspek memanggil mangsa dan membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa menggunakan parang yang digunakan untuk memotong daging.
FotoLOKASI kejadian mangsa dikelar bapa saudara. FOTO Fieza Fariez

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya menerima panggilan telefon memaklumkan kejadian kira-kira 7 malam dan berjaya menahan suspek di tempat kejadian.

Sivanathan berkata, polis masih menyiasat punca suspek bertindak sedemikian kerana siasatan awal mendapati tidak ada unsur pergaduhan atau kejadian yang mencetuskan kemarahan lelaki terbabit.

Beliau berkata, polis juga percaya suspek mengalami masalah mental.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan untuk bedah siasat manakala suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.