Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Bekas Pengurus ALLEYCATS Mati Dibunuh






PETALING JAYA – Gara-gara berebut tempat letak kereta, seorang promoter hiburan yang juga bekas ejen kumpulan terkenal Alleycats maut dipercayai ditumbuk sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki tidak dikenali di Medan Selera Malam berhampiran Balai Polis Sea Park SS2/63 di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, S. Stephen Joseph, 54, bersama isteri dan seorang anaknya difahamkan ke medan selera berkenaan untuk menikmati makan malam dan sebaik ingin meletakkan kereta, sebuah kereta jenis Proton Saga cuba memasuki petak letak kereta yang sama.
Akibat berang dengan situasi tersebut, mangsa keluar dari keretanya dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua mereka hingga mencetuskan pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Pe­taling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, dalam pergaduhan tersebut, mangsa telah ditumbuk hingga terjatuh sebelum isteri Stephen meleraikan pergaduhan itu dan meminta suaminya masuk semula ke dalam kereta.
“Dalam perjalanan pulang, mangsa mengadu mengalami sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.




Tenggiling Bunuh Manusia








Tenggiling Gergasi Bunuh Pemburu Di Brazil
Tenggiling terbabit menggunakan kuku panjangnya yang ditusuk ke peha mangsa dan juga bahu mangsa menyebabkan pemburu terbabit mati di tempat kejadian.


Komen pembaca:
 



Abd Ghani Sapuan Bunuh Anak Lelakinya Dengan Kayu Di Kampung Jawa






Alor Gajah: Bapa kepada remaja lelaki yang mati dipukul dengan kayu selepas menyatakan hasrat mahu mencari pekerjaan bagi menanggung makan minum sembilan adik awal bulan ini akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Abd Ghani Sapuan, 52, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Megikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja kontrak didakwa membunuh Muhammad Hafis Abd Ghani, 17, di sebuah rumah di Jalan Kampung Jawa 3, Kampung Jawa di sini, kira-kira jam 5 petang, 5 Julai 2014.

Justeru tertuduh yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang, Selangor itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Foto

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiza Haron, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nor Azizah kemudian menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendengar laporan perubatan dan kimia.

Harian Metro 7 Julai lalu melaporkan, berang dan tercabar dengan keinginan anak sulung mahu mencari pekerjaan bagi menanggung makan minum sembilan adik, seorang bapa tergamak membelasah insan darah dagingnya itu dengan kayu sehingga mati di Kampung Jawa, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang, 5 Julai lalu itu sebelum mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, disahkan meninggal dunia jam 8.30 pagi keesokkan harinya.




Anak Pakistan Kena Bunuh Lepas Dirogol








Kita selalu dengar banyak kes rogol dan bunuh. Tapi korang pernah tengok macam mana mayat mangsa dibedah siasat? Kes ni terjadi di Pakistan dan budak perempuan yang berumur 17 tahun ni dijumpai sudah mati di dalam rumahnya. Amat mengerikan ketika mangsa dibedah siasat.



Blogger Ugut Bunuh Menteri Besar Kedah Di FB Didakwa Di Mahkamah Alor Setar






Alor Setar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.
Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.

Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.
FotoSUSPEK dibawa ke Mahkamah Alor Setar. FOTO Sharul Hafiz Zam

"Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi dan berjaya menahan suspek petang semalam," katanya.



Hukuman Tidak Setimpal Dengan Budak Pailang Cederakan Murid Perempuan Sampai Bersepai





Kota Samarahan: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' dihantar ke Sekolah Tunas Bakti selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya di sini, April lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman menetapkan hukuman itu selepas meneliti laporan akhlak ketiga-tiga pelajar berkenaan.
Mereka masing-masing akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Miri, Terengganu dan Melaka selama dua tahun.

Ketiga-tiga tertuduh diarahkan ditempatkan di Taman Sri Puteri, Telaga Air sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing.
FotoTIGA pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti. FOTO Mohd Roji Kawi

Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latiff.

Pada 23 Jun lalu, tertuduh mengaku salah di mahkamah yang sama atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di Asajaya.

Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di Internet.



Mayat Rakyat Palestin Ke-15 Berjaya Dikeluarkan







Penduduk Palestin membawa mayat seorang ahli keluarga Ghanam daripada runtuhan kediamannya akibat serangan udara oleh Israel di Rafah, selatan Gaza. Lima warga Palestin termasuk seorang wanita dan kanak-kanak tujuh tahun dibunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan ini. FOTO AFP

Bahaya Ubat Nyamuk Boleh Membunuh








Lingkaran nyamuk atau lebih dikenali sebagai Ubat Nyamuk. Berapa ramai lagi yang masih gunakan?








Khairul Abdullah Dikelar Sampai Mati Dengan Parang Berbuka Puasa






Beluran : Seorang lelaki yang sedang menunggu untuk berbuka puasa bersama ahli keluarganya bertindak gila apabila menyembelih anak saudaranya berusia empat tahun di belakang restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Abdullah meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Telupid akibat kecederaan teruk di bahagian leher akibat dikelar menggunakan parang.

Secara tiba-tiba, suspek memanggil mangsa dan membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa menggunakan parang yang digunakan untuk memotong daging.
FotoLOKASI kejadian mangsa dikelar bapa saudara. FOTO Fieza Fariez

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya menerima panggilan telefon memaklumkan kejadian kira-kira 7 malam dan berjaya menahan suspek di tempat kejadian.

Sivanathan berkata, polis masih menyiasat punca suspek bertindak sedemikian kerana siasatan awal mendapati tidak ada unsur pergaduhan atau kejadian yang mencetuskan kemarahan lelaki terbabit.

Beliau berkata, polis juga percaya suspek mengalami masalah mental.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan untuk bedah siasat manakala suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.



Teknologi Bunuh Pekerja






(Ubah saiz teks)
SINGAPURA: Lebih dua pertiga (69 peratus) pekerja di Malaysia percaya mereka mempunyai pekerjaan yang sempurna.  Bagaimanapun, hampir separuh (42 peratus) daripada mereka menjangka peranan mereka akan terhapus dalam beberapa tahun akan datang disebabkan oleh penggunaan teknologi yang semakin meningkat, demikian menurut kaji selidik Suku Kedua Randstad Workmonitor yang dikeluarkan pada Rabu.

Keputusan menunjukkan bahawa pekerja Malaysia adalah antara yang paling tidak yakin di rantau ini bahawa pekerjaan mereka akan terus relevan dengan peningkatan teknologi, selepas India (59 peratus).

"Terdapat tanggapan yang salah bahawa teknologi lama kelamaan akan menghapuskan tenaga kerja, sekali gus menjadikan pekerja tidak relevan dan digantikan oleh komputer. Walaupun ini diakui berlaku bagi sesetengah peranan dalam industri-industri tertentu, namun dalam banyak kes, kemajuan teknologi hanya mengubah sifat pekerjaan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakannya.

"Kemajuan demikian akan juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor-sektor yang tidak wujud beberapa tahun lepas," kata Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur.

Pekerja harus kekal relevan dengan meningkatkan kemahiran dan melalui latihan IT selanjutnya, serta memberikan tumpuan kepada kemahiran-kemahiran yang belum boleh dilaksanakan oleh perisian komputer, seperti kreativiti, risikan emosi dan kecekapan manual, tegas beliau.

Kaji selidik sukuan tahun itu menunjukkan lapan daripada 10 (79 peratus)
pekerja di Malaysia hanya menganggap pekerjaan mereka sebagai satu cara mencari rezeki, tidak lebih daripada itu, dan ini merupakan angka yang tertinggi di rantau ini berbanding di Singapura (75 peratus), Hong Kong (74 peratus), China (62 peratus), Australia (67 peratus) dan New Zealand (49 peratus).

Sementara itu, 88 peratus pekerja berkata mereka akan menukar pekerjaan untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi.

"Meskipun menjadi perkara biasa bagi sebahagian besar pekerja menganggap pekerjaan mereka sebagai cara mendapatkan wang, khususnya memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, namun penting juga bagi mereka melihatnya dari sudut selain saraan untuk terus mendapat motivasi bekerja. Menganggap pekerjaan mereka sebagai peluang untuk menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat boleh meningkatkan kepuasan bekerja," tegas Kaur.

Tinjauan itu juga mendapati 84 peratus responden mengakui bahawa teknologi memberi impak yang besar ke atas pekerjaan mereka dan 79 peratus pekerja percaya pekerjaan mereka merupakan padanan yang baik bagi latar belakang pendidikan mereka.

Dua pertiga (65 peratus) pekerja merasakan mereka akan melakukan pekerjaan yang serupa tiga tahun dari sekarang, manakala lapan daripada 10 (80 peratus)
responden menganggap pekerjaan sementara sebagai batu loncatan untuk mendapatkan pekerjaan tetap.

Sebanyak 70 peratus pekerja di Malaysia berpendapat pekerjaan sementara adalah bagi orang muda.




Cina Bunuh Bayi






FotoWONG (kanan) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Mayat bayi berkenaan dibungkus dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands dan ditemui pada 4 Jun lalu.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin kemudian menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid manakala Weng Yew tidak diwakili peguam.
- Harian Metro






Falsafah Kalimah Syahadah



Assalamualaikum wbh,
Pintu masuk Islam adalah kalimah syahadah. Ini merupakan fakta yang diketahui umum. Apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah, maka sucilah dia dari dosa-dosanya yang lepas, diharamkan dirinya untuk dibunuh oleh Muslim yang lain, wajib ke atasnya solat lima waktu, berpuasa, zakat dan haji. Wajib juga ke atasnya menurut segala yang diarahkan Allah swt, dan juga meninggalkan segala yang dilarang Allah swt.
Dua kalimah yang pendek dan ringkas ini, nyata-nyata mempunyai pengertian dan falsafah yang sangat mendalam, yang mana mampu menambahkan keimanan, keyakinan dan iktiqad seorang Muslim. Di dalam tulisan kali ini, penulis ingin mengajak kita bersama menghayati falsafah dan makna dua kalimah syahadah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah.
Sebagaimana kaedah yang selalu penulis gunakan di tulisan-tulisan yang lepas, kali ini juga kita akan menggunakan kaedah yang sama, iaitu kita akan melihat satu per satu perkataan-perkataan di dalam dua kalimah syahadah serta hikmah dan pengajaran di sebaliknya, insyaAllah.

Kalimah syahadah La Ilaha Ilallah, terbahagi kepada dua bahagian:-
1) La ilaaha (An-Nafyu, iaitu penafian)
Selalu diertikan dengan ‘tiada Tuhan’. Namun pengertian ini tidak begitu tepat, kerana perkataan ‘Tuhan’ di dalam bahasa Arab ialah ‘Ar-Rob’, sebagaimana di dalam surah Al-Fatihah, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin”, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’. Adapun perkataan ‘ilah’, sebagaimana di dalam syahadah bermaksud ‘Tuhan yang selayaknya disembah’. Oleh itu, la ilaaha bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknnya disembah’.
Adapun bahagian pertama kita kenali sebagai An-Nafyu, iaitu penafian, kerana di dalamnya kita menafikan akan wujud sebarang Tuhan yang layak disembah, dan ditujukan segala amal ibadah.
2) Illa Allah (Al-Itsbaat, iaitu penetapan)
Diertikan dengan maksud ‘melainkan Allah’. Terdapat dua pandangan dari nama datangnya kalimah nama ‘Allah’ itu sendiri, iaitu:-
i) pendapat pertama, mengatakan bahawa perkataan Allah itu berasal dari perkataan ‘Ilah’ yang penulis tuliskan di atas. Dari kata akar ‘Ilah’, datang perkataan Allah. Pendapat ini bukan pendapat yang tepat.
ii) Pendapat kedua, mengatakan bahawa perkataan Allah itu singular, dan plural bagi perkataan Allah ialah ‘Ilah’. Ini juga merupakan pendapat yang kurang tepat.
iii) Adapun pandangan yang ketiga, merupakan pendapat Al-Imam Syafi’e rahimahullah, dan juga majority para ‘ulama, iaitu perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Bahkan Allah itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam, dan juga sebagaimana Dia menggelarkan diriNya di dalam kitab-kitab yang diturunkanNya. Ini merupakan pandangan yang paling tepat dan paling cantik, bersesuaian dengan Allah yang Maha Esa dan mutlak kuasaNya ke atas segala sesuatu, selayaknya dengan kemuliaanNya.
Rukun atau bahagian kedua ini, dipanggil ‘Al-Itsbaat’, iaitu penetapan, kerana di dalamnya kita menetapkan kepercayaan ‘selain Allah’. Bahagian kedua ini, datang secara bersusulan dengan bahagian yang pertama, ‘La Ilaaha’ tadi.
Mengapakah kalimah syahadah ini datang dengan dua bahagian, iaitu penafian, dan kemudian penetapan?
Ini adalah kerana pernyataan yang datang secara gandingan penafian dan penetapan, merupakan pernyataan yang paling kukuh dan tepat. Sebagai contoh, kita katakan,
‘Azri ada di dalam kelas’.
Pernyataan ini menyatakan bahawa Azri ada di dalam kelas, akan tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan kehadiran orang lain, atau dengan kata lain, mungkin bersama-sama Azri itu, ada orang yang lain di dalam kelas tersebut. Begitu juga kita katakan,
‘Tiada sesiapa pun di dalam kelas’.
Kenyataan ini menyatakan bahawa tiada sesiapapun di dalam kelas, iaitu menafikan secara 100% kehadiran seorang manusia pun di dalam kelas.
Sekarang, cuba kita gandingkan,
‘Tiada seorang manusiapun di dalam kelas tersebut, melainkan Azri’.
Secara tepat dan mutlak, kita fahami dari ayat ini bahawa Azri ada di dalam kelas, wujud, dan tiada seorangpun manusia yang lain selain dari Azri di dalam kelas. Struktur yang kukuh inilah yang digunakan Allah swt di dalam kalimah syahadah, iaitu,
‘Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala bentuk ibadah, melainkan Allah’.
Kerana itulah, kita katakan bahawa pernyataan ini adalah struktur yang paling kukuh di dalam menetapkan tiada Tuhan yang selayaknya disembah, melainkan Allah.
Penulis merasakan juga bahawa penting untuk kita ketahui tauhid apakah yang terkandung di dalam syahadah ini. Sebelum itu, secara ringkas akan penulis bawakan tiga pembahagian tauhid, iaitu:-
i) tauhid rububiyah, iaitu tauhid ketuhanan. Sebagaimana namanya, tauhid ini merupakan keimanan manusia bahawa Allah lah Tuhan yang menciptakan bumi dan langit serta segala apa yang ada di dalamnya, seluruh perkara ghaib, dan juga sekalian alam-alam yang kita ketahui dan tidak ketahui, seperti alam rahim, alam roh, alam akhirat, alam barzakh, alam manusia, alam jin dan lain-lain lagi. Tauhid ini merupakan tauhid yang am, kerana hatta orang-orang kafir juga terkandung di dalam hati mereka tauhid ini. Firman Allah swt, “Dan jikalau engkau bertanya kepada mereka (hai Muhammad), ‘siapakah yang mencipta bumi dan langit?’ Secara pasti, mereka akan menjawab ‘Allah’”.
Begitu juga dengan hal Iblis, dia juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt tatkala Iblis enggan sujud kepada Adam as, “Engkau (Ya Allah) MENCIPTAKAN DIA (ADAM) DARI TANAH, DAN KAU CIPTAKAN AKU DARI API”. Perhatikan dengan teliti bahawa secara langsung Iblis mengiktiraf bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan dirinya dan juga Adam as.
Oleh kerana itu, bukan tauhid ini yang kita katakana terkandung di dalam syahadah kita ‘La Ilaaha Illa Allah’.
ii) tauhid asma’ wa as-sifaat, iaitu tauhid nama-nama dan sifat-sifat Allah. Tauhid ini bermakna kita beriman dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang baik, 99 yang kita ketahui, dan juga nama-nama dan sifat-sifat Allah yang ghaib dan tidak kita ketahui. Kita hanya mengetahui 99 daripadanya, kerana itu sahaja jumlah yang dibertahukan kepada kita oleh Allah di dalam Al-Quran, dan Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Adapun yang selebihnya tidak kita ketahui.
Iblis juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt “Dia (Iblis) berkata: Maka dengan KEKUATANMU, (aku bersumpah) akan aku sesatkan mereka (Adam as dan keturunannya) kesemuanya”.
Perhatikan bahawa Iblis bersumpah menggunakan nama dan sifat Allah, iaitu kekuatan (‘Izzah), dan ini merupakan sebahagian dari nama dan sifat Allah. Maka kerana itu, kita katakana bahawa bukan tauhid ini yang kita selitkan di dalam syahadah kita.
iii) tauhid uluhiyyah, iaitu tauhid yang bersifat ‘Ilah. Perhatikan di dalam perbincangan di atas, ‘Ilah itu bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknya disembah’. Maka dengan itu, pengertian tauhid ini ialah tauhid mengesakan Allah swt, dengan mengakui dengan hati kita bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah, dan ditujukan segala bentuk amalan kita, samada keimanan kita denganNya, solat, puasa, haji dan zakat kita, kesemuanya adalah demi Allah swt, tiada selain dariNya.
Tauhid inilah yang membezakan kita dengan orang kafir, kerana hanya orang Islam yang mukmin sahaja yang menujukan segala ibadah mereka hanya kepada Allah Yang Satu.
Maka dengan itu, tauhid jenis inilah, yang kita sertakan di dalam ucapan kita, “Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala ibadah kita, melainkan kepada Allah”.
Adapun syahadah kedua, ‘Muhammadur Rasulullah’, ia tidak mempunyai perbahasan yang kukuh dan mendalam sepertimana halnya syahadah pertama.
Ini adalah kerana Yang Esa itu hanyalah Allah swt, adapun para rasul datang dengan silih berganti. Ucapan Muhammad Rasulullah merupakan ucapan yang khas bagi kita umat Muhammad. Ini kerana ucapan beriman dengan rasul ini, silih berganti dengan nabi yang diutuskan kepada umat tersebut.
Sebagai contoh, umat nabi Nuh as akan mengucapkan ‘was asyhadu anna Nuh Rasulullah”, ‘dan aku bersaksi bahawa Nuh itu rasulullah’. Begitu juga dengan umat Musa as, ‘was asyhadu anna Musa Rasulullah’, umat nabi Isa as ‘was asyhadu anna Isa Rasulullah’, dan begitulah dengan kita, ‘was asyhadu anna Muhammada Rasulullah’.
Maka andaikata kita cuba menghuraikan dua kalimah syahadah secara terperinci, maka ianya adalah:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya aku tujukan segala bentuk amal ibadahku, dari hatiku, lidahku, amalanku, melainkan kepada Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, yang telah Allah lantik untuk menyampaikan risalah dan syariatNya, dan dengan pengakuan ini aku cerminkan di dalam setiap tingkah laku seharianku sebagai orang yang berserah diri kepada Allah dan mengikuti ajaran Rasulullah saw”.
Persoalan terakhir, apakah kaitannya di antara dua kalimah syahadah dan amal ibadah kita?
Penulis teringat satu falsafah dan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebut bahawa syarat diterima ibadah kita oleh Allah swt, mempunyai dua syarat yang boleh kita fahami dari dua kalimah syahadah yang mana kita berpegang dengannya, iaitu:-
i) dari syahadah pertama, la ilaaha illa Allah, terkandung di dalamnya ikhlas. Dan ikhlas yang dimaksudkan di dalam pengertian syariat ialah tauhid, bukan ‘membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan’. Itu cuma merupakan istilah awam yang kita guna pakai seharian.
Ertikata ikhlas yang sebenar, sebagaiman firman Allah swt, “Dan tidaklah mereka (manusia) itu diarahkan (dengan sesuatu), melainkan agar mereka menyembah Allah dengan hati yang ikhlas kepadanya, agama yang murni”.
Al-Quran sendiri telah menafsirkan ertikata ikhlas ini, di dalam surah yang sangat masyhur, iaitu “Qul huwaallahu ahad, Allahus samad, Lam yalid walam yuulad, walam yakuullahu kufuan ahad”. ((Katakanlah (hai Muhammad) bahawa Allah itu Esa, Allah tempat meminta, Dia tidak melahirkan (anak) dan tidak pula Dia dilahirkan (oleh ibu atau bapa), dan tidak ada baginya saingan walau seorangpun)).
Perhatikan bahawa kandungan surah ini padat dengan ajaran tauhid, dan nama bagi surah ini ialah AL-IKHLAS. Maka jelas, bahawa erti al-ikhlas yang paling tepat ialah AT-TAUHID.
ii) syahadah yang kedua mengandungii maksud ‘ittiba’, iaitu mengikuti cara dan garis panduan yang telah digariskan oleh pesuruh Allah, Muhammad Rasulullah saw. Sesungguhnya Allah lah yang menurunkan kepada Rasulullah, apakah ibadah yang Dia mahukan dari hambaNya, bagaimanakah ibadah tersebut, dan bagaimanakah cara perlaksaan ibadah tersebut. Seterusnya Rasulullah saw menunjukkan kepada kita bagaimana cara perlaksanaannya, maka WAJIBLAH bagi kita mengikuti secara tepat cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Ini kerana andai kita cuba melakukan sesuatu selain dari yang diajarkan Rasulullah, bererti kita telah lari dari konteks yang Allah mahukan dari kita, atau dengan kata lain, ibadah kita tidak diterima.
Benarlah sabda Nabi saw di dalam menyokong hal ini, di dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, “Sesiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari kami (iaitu bukan dari contoh yang ditunjukkan Nabi saw dan para sahabat) maka amalan itu tertolak (tidak diterima Allah)”. Juga sabda baginda saw “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam hal kami ini (iaitu Islam) maka ianya tertolak (tidak diterima Allah)”.
Kerana itu, Ibnu Qayyiim menyimpulkan bahawa dua syarat diterima ibadah ialah, 1)isi hati yang tauhid kepada Allah swt, dan 2) mengikut cara ibadah yang ditunjukkan Muhammad Rasulullah saw.
Sambung Imam Ibnu Qayyim juga, syirik itu adalah musuh ketat dan lawan kepada tauhid, oleh itu sesiapa yang berlaku syirik kepada Allah, bererti dia telah mengingkari pengakuaanya syahadahnya yang pertama. Kerana itu kita dapati bahawa amalan syirik merupakan amalan yang mengeluarkan seseorang itu dari Islam.
Begitulah juga, lawan dan musuh ketat bagi mengikuti cara Rasul saw, ialah bidaah (iaitu mengada-adakan bentuk ibadah yang baru, yang tidak pernah ditunjukkan rasul saw). Maka sebagaiman syirik adalah pembatal syahadah pertama, amalan bidaah merupakan pembatal syahadah kedua.
Kesimpulannya, syirik dan bidaah, merupakan musuh no 1 bagi setiap Muslim yang beriman dengan Allah, RasulNya dan Hari Pembalasan.
Demikianlah sahaja coretan penulis buat masa kini. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
Sesungguhnya di dalam diri penulis, amat-amat mengharapkan agar kita semua bersama-sama mencari semula sunnah baginda saw. Hanya melalui sunnah baginda saw, kita semua mampu beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah…sesungguhnya setiap hati yang bernyawa di muka bumi ini, samada dari kalangan jin atau manusia, adalah milikMu sepenuhnya. Engkau berikan hidayah kepada sesiapa yang Kau mahu, dan Kau sesatkan sesiapa sahaja yang Kamu mahu. Maka hindarkanlah kami dari najis syirik dan bidaah, sesungguhnya kami berlindung denganMu darinya.
Ya Allah…mencintai sunnah nabiMu Muhammad saw adalah sebahagian dari keimanan, bahkan itulah kunci bagi kami beroleh rahmat dan kasih sayangMu, di dunia dan di akhirat.
Ya Allah…kecintaanku padaMu melampaui kecintaanku kepada segala sesuatu, dan sungguh cintaku kepada kekasihMu Muhammad saw melebihi kecintaanku kepada sesiapapun di dunia ini. Sungguh aku berharap agar dapat kupupuk diri ini mengikuti jejak langkahnya…ya Allah bantulah aku dalam merindui dan menyintai dirinya.
Ya Allah…bantulah aku di dalam mengerjar cintaMu…Engkau berkata bahawa mereka yang banyak beramal dengan sunnah akan Engkau cintai…Ya Allah di saat aku membandingkan amalanku dengan kemurnian para rasul dan sahabat-sahabat mereka, terasa diriku jauh dariMu…maafkanlah kesalahan dan kekuranganku, dan walau sejauh manapun diriku dariMu, Engkau tetap tempat aku bergantung harapan, tempat aku meminta, mengadu dan memohon belas simpati.
Ya Allah…perkenankanlah doaku…andaikata Kau enggan mendengar permintaanku, maka kepada siapa lagi harus aku memohon…?
Allahumma Amin.
Ya Allah…sudahkah aku sampaikan pesananMu…?
Ustaz Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin merupakan salah seorang ahli pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Madrasah Al-Wahidah yang bertanggungjawab menggubal sukatan pelajaran bagi Program Pendidikan I-LIFT yang menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islamisasi dan Integrasi Ilmu di peringkat taska, tadika & KAFA. Beliau juga merupakan fellow UniMAP, sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D Al-Quran & Sunnah (USIM). Penulis boleh dihubungi melalui www.al-wahidah.com & www.abu-intisaar.blogspot.com
By: Ustaz Mohd Azri Bin Mohd Nasaruddin