Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan.
Jelas Uqasha lagi,
sebelum keluar rumah dia sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya
pada adik saya, okey atau tidak baju yang dipakainya. Malah dia tidak
perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa.
“Saya yang malu untuk
mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan
tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini
sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka
tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang
ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan
cerita yang tidak benar.
“Memang sangat malu.
Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang
kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan
sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya”, katanya.