Berikutan isu hutang sejumlah puluhan ribu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi baru-baru ini, bekas suaminya Muhammad Noor Farhan akhirnya tampil menjelaskan yang dia sebelum ini telah cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby, namun ianya ditolak.
Entah kenapa, Abby tidak mahu menerima Wang sejumlah RM5,000 yang mahu dibayarnya. Tetapi sebaliknya, bekas isterinya itu menuntut dia melangsaikan kesemua hutang tersebut sekali gus.
"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, bila diajukan soalan mengenai jumlah hutangnya itu, Muhammad Noor Farhan enggan mendedahkan maklumat lanjut.
Untuk rekod, Abby sebelumm ini telah mendakwa Farhan meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit. Malah disebabkan keengganan Farham menyelesaikan perkara itu, dia akhirnya telah membuat satu laporan polis berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.
Episod pinjam meminjam itu didakwa Abby bermula disebabkan Farhan membeli sebuah kereta untuk adiknya.
"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," tambah Farhan yang menganggap tuduhan Abby bersifat mengaibkannya.
"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya yang bercerai dengan Abby pada 9 Mei lalu.