Showing posts with label Farhan. Show all posts
Showing posts with label Farhan. Show all posts

Abby Abadi Tolak Bekas Suami Kerana Gagal Bayar Hutang






Berikutan isu hutang sejumlah puluhan ribu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi baru-baru ini, bekas suaminya Muhammad Noor Farhan akhirnya tampil menjelaskan yang dia sebelum ini telah cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby, namun ianya ditolak.

Entah kenapa, Abby tidak mahu menerima Wang sejumlah RM5,000 yang mahu dibayarnya. Tetapi sebaliknya, bekas isterinya itu menuntut dia melangsaikan kesemua hutang tersebut sekali gus.





"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan mengenai jumlah hutangnya itu, Muhammad Noor Farhan enggan mendedahkan maklumat lanjut.



Untuk rekod, Abby sebelumm ini telah mendakwa Farhan meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit. Malah disebabkan keengganan Farham menyelesaikan perkara itu, dia akhirnya telah membuat satu laporan polis berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.

Episod pinjam meminjam itu didakwa Abby bermula disebabkan Farhan membeli sebuah kereta untuk adiknya.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," tambah Farhan yang menganggap tuduhan Abby bersifat mengaibkannya.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya yang bercerai dengan Abby pada 9 Mei lalu.




Paru-Paru Farhan Bocor





Minggu lalu pentas Da’i musim ke-2 dikejutkan dengan berita pengunduran salah seorang peserta yang sepatutnya beraksi pada malam itu. Da’i Farhan atau nama sebenar beliau, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjalanannya untuk bergelar pendakwah Milenia atas faktor kesihatan.

Farhan telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pihak produksi Jumaat lalu setelah mengadu sakit di bahagian dada. Farhan kini masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana penyakit 'Pneumothorax' iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru.





"Bagi sebuah pertandingan realiti, jika ianya melibatkan masalah kesihatan yang boleh mengganggu komitmen peserta, mereka terpaksa disingkirkan. Pengunduran Farhan amat menyedihkan buat kami kerana beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan mampu bergelar juara kerana dia bijak memikat hati penonton dengan penyampaian yang bersahaja," demikian kata penerbit Da’i musim ke-2, Shukri Ibrahim.

Tazkirah yang sepatutnya disampaikan beliau pada Jumaat lalu mengenai 'Dakwah Siber' telah disampaikan oleh Mentor Da’i musim ke-2 sendiri iaitu Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff.

Pada minggu lalu juga, para peserta telah diuji oleh para juri tetap dalam segmen imtihan di mana soalan-soalan yang diajukan menguji pengetahuan mereka. Ini untuk membuktikan para Da’i tidak hanya mampu untuk menyampaikan tazkirah malah mempunyai ilmu yang luas dalam bidang agama Islam.

Nasib masih lagi menyebelahi Da’i Elyas walaupun mendapat markah rendah beliau masih lagi dapat meneruskan perjuangannya apabila tiada penyingkiran berlaku pada minggu lalu.

Kini hanya tinggal lima peserta untuk merebut gelaran juara Pendakwah Milenia dan wang tunai RM50,000 iaitu Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, Nurul Dayana Mohd Zahari, Mohd Elyas Yusoff, Wan Dazrin Wan Din dan Ammar Ismail.

Da’i musim ke-2 bersiaran setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di TV3 dan ulangannya pada hari Jumaat jam 11 pagi.

Klik gambar untuk size besar