Oleh Ina Mohd.
Alangkah gembiranya Allahyarhamah Biduanita Negara, Dato’ Sharifah Aini sekiranya arwah dapat melihat anak tunggalnya bertunang. Aliff Omar Ali,32 tahun telah pun mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi,28 tahun pada 23 Ogos yang lalu.
Majlis pertunangan yang berlangsung di Shah Alam itu disahkan oleh ayah Aliff sendiri, Ali Bakar. Memetik laporan akhbar Harian Metro, pasangan ini berkenalan dua tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh keluarga masing-masing.
"Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ianya merupakan permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka."
Tahniah dari kami buat Aliff sekeluarga. Selamat menempuh alam pertunangan. Allahyarhamah Dato’Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 yang lalu akibat jangkitan paru-paru. Pemergiannya diratapi seluruh rakyat Malaysia. - Sumber Era FM