Showing posts with label Sharifah Aini. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Aini. Show all posts

Anak Sharifah Aini Tamatkan Teruna






Aliff bersama ibunya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar enggan resepsi perkahwinannya yang berlangsung pada Sabtu (esok) mendapat liputan daripada pihak media.

Rakan baik Sharifah Aini, Aishah Ali berkata, Aliff menyifatkan perkahwinannya itu adalah perkara yang terlalu peribadi buatnya dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan pendiriannya itu.

"Sebenarnya Aliff tidak mahu sebarang publisiti tetapi tetap menghargai sokongan media kepada ibunya sebelum ini.

"Baginya, cukup hanya ibunya yang menerima publisiti dan bukan dia.

"Tambah pula, Aliff menganggap perkahwinannya itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Aliff, 32, sah bergelar suami kepada seorang doktor gigi bernama Nur Athirah Syed Azmi, 28, dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi Jumaat di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada tengah hari Sabtu yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Majlis itu juga diadakan tanpa sebarang acara persandingan.

Difahamkan, Aliff dan Athirah mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Aliff merupakan anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981. - MSTAR




Anak Sharifah Aini Gelojoh Nak Kahwin Lepas Ibunya Meninggal Dunia






Masa yang dinanti makin tiba. Berikutan itu, anak lelaki kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali, 32, yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 4 Oktober ini telah mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

Sebagai imbasan, Aliff telah melangsungkan majlis pertunangannya pada 23 Ogos lalu dengan seorang doktor gigi yang berasal daripada Subang Jaya, iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28.





Melalui kad yang diedarkan itu, perkahwinan mereka akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua!




Anak Tunggal Sharifah Aini Bertunang








Oleh Ina Mohd.

Alangkah gembiranya Allahyarhamah Biduanita Negara, Dato’ Sharifah Aini sekiranya arwah dapat melihat anak tunggalnya bertunang. Aliff Omar Ali,32 tahun telah pun mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi,28 tahun pada 23 Ogos yang lalu.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Shah Alam itu disahkan oleh ayah Aliff sendiri, Ali Bakar. Memetik laporan akhbar Harian Metro, pasangan ini berkenalan dua tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh keluarga masing-masing.
"Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ianya merupakan permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka."

Tahniah dari kami buat Aliff sekeluarga. Selamat menempuh alam pertunangan. Allahyarhamah Dato’Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 yang lalu akibat jangkitan paru-paru. Pemergiannya diratapi seluruh rakyat Malaysia. - Sumber Era FM



Sharifah Amani sudah mati?










Anak Sharifah Aini Mohon Maaf Kepada Semua Pihak Yang Pernah Dimaki-hamun Arwah Ibunya






Foto ANAK tunggal Allahyarhamah, Aliff Omar (tengah), mengimamkan solat jenazah keatas ibunya, Biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, yang meninggal dunia akibat penyakit fibrosis paru-paru awal pagi tadi, di Masjid AtTaqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali




Jenazah Sharifah Aini Dikebumikan Di Bukit Kiara






Photo: Jenazah Sharifah Aini Kini Di Masjid At-Taqwa, TTDI . Info selanjutnya di......http://bit.ly/1ko4UhZ

[IKLAN] Harga Promosi , servis naikkan like untuk 1000 hanya RM60! Jika berminat sila PM saya disini http://on.fb.me/1cTDZfh

IKLAN: Promosi tayar baru dan 2nd SUPERBIKE dari pelbagai model bermula dengan harga RM100 sahaja di https://www.facebook.com/speedbikestore

AR


Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.









Sharifah Aini Meninggal Dunia





Embedded image permalink

Al fatihah - Perginya seorang lg permata dlm industri seni tanahair Biduanita Datuk Sharifah Aini pd jam 1.26 pagi di pusat pakar damanasara

Sharifah Aini Masuk Hospital Kerana Terlampau Gemuk Macam Rosmah Mansor






aini
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital akibat jangkitan pada paru-paru. 
 
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Sharifah Aini telah dikejarkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar selepas pelantun lagu, 'Seri Dewi Malam' ini menghadapi kesukaran untuk bernafas. 
 
Menurut doktor yang merawatnya, Dato' Dr Zainudin Md Zain, punca penyakit tidak ketahui. Namun, ianya dipercayai berlaku akibat gangguan imun pesakit di mana antibodi yang dihasilkan oleh darah putih pesakit menyerang paru-paru sendiri. 
 
Ini mengakibatkan kerosakan paru-paru atau radang paru-paru yang lama kelamaan mengakibatkan fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut. Ini menyebabkan penyerapan oksigen di paru-paru yang tidak cekap. 
 
Media Hiburan Online mendoakan agar Sharifah Aini sihat seperti sedia kala dan kembali aktif dalam industri muzik tanah air. - Sumber Media Hiburan




Sharifah Aini Dimasukkan Ke ICU Kerana Sakit Paru-Paru





Kuala Lumpur: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, di sini, semalam akibat fibrosis paru-paru.
Penyanyi yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 esok itu dibawa ke hospital berkenaan oleh anaknya, Aliff Omar Ali kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.


Fibrosis paru-paru berlaku apabila paru-paru rosak dan terluka mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.
Foto

“Beliau mula dikesan dijangkiti penyakit berkenaan dua tahun lalu selepas pulang mengadakan persembahan di Johor Bahru.

“Pagi semalam dia mengadu sukar bernafas dan anaknya segera membawanya ke hospital,” katanya yang mengenali Sharifah sejak lebih 40 tahun lalu.

Aishah berkata, keadaan penyanyi itu kini stabil tetapi doktor menasihatkan supaya Sharifah tidak menerima sebarang pelawat kecuali keluarga terdekat. - Sumber Harian Metro