Datuk A Rahman Hassan Nikah Janda Mat London






Ieda Mon (kiri) dan Fadilah Mansor
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Ieda Moin sah bercerai talak satu selepas suaminya, Mohamad Naquib Idris melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis.

Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35,  memberitahu mahkamah perceraian itu adalah jalan terakhir sebagai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Dalam pada itu di lokasi yang sama, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penerbit dan pengarah Mat London terhadap dramatis Fadillah Mansor pada 28 September 2012 adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie, Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan itu kepada mahkamah.

Fadilah dan Mat London atau nama sebemarnya Ahmad Ibrahim bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata berumur 23 dan 20 tahun.

Fadilah bakal bernikah dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Psusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Berita lengkap akan dilaporkan kemudian.