
Sudah tiga tahun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai mendirikan rumahtangga dan nampak bahagia bersama dua cahaya mata mereka yang cukup comel..
Tetapi, setiap kehidupan berumahtangga, seperti air laut.. Bukan selalunya akan tenang pasti akan berombak juga.. Baru-baru ini, ada pihak mendakwa rumahtangga Fasha goyah lepas melihat aktres ini mengunjungi sebuah pejabat agama Islam di Kuala Lumpur..
Fasha menjelaskan buat masa ini dirinya masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen lanjut kepada umum tentang rumahtangganya..
Terkini, menurut maklumat sebuah media.. Pasangan ini sebenarnya sudah pun bercerai selepas Fasha dijatuhkan talak.. Berita ini dikatakan hanya tersebar dikalangan orang terdekat sahaja..
Menerusi laman Instagram Fasha, dia telah memuatnaik satu video berserta status menggambarkan keadaan dirinya kini lebih tenang.. "The soul is healed by being with my babies, family and animals,” tulisnya..
Banyak respon yang ditinggalkan peminat buat Fasha, rata-rata memberi kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka ini untuk menempuhi hidup sebagai ‘ibu tunggal’.. Betul ke Fasha ni dah kena cerai?