Showing posts with label Jejai. Show all posts
Showing posts with label Jejai. Show all posts

Mak Mertua Punca Fasha Sandha Bercerai?


Sudah tiga tahun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai mendirikan rumahtangga dan nampak bahagia bersama dua cahaya mata mereka yang cukup comel..

Tetapi, setiap kehidupan berumahtangga, seperti air laut.. Bukan selalunya akan tenang pasti akan berombak juga.. Baru-baru ini, ada pihak mendakwa rumahtangga Fasha goyah lepas melihat aktres ini mengunjungi sebuah pejabat agama Islam di Kuala Lumpur..

Fasha menjelaskan buat masa ini dirinya masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen lanjut kepada umum tentang rumahtangganya..

Terkini, menurut maklumat sebuah media.. Pasangan ini sebenarnya sudah pun bercerai selepas Fasha dijatuhkan talak.. Berita ini dikatakan hanya tersebar dikalangan orang terdekat sahaja..

Menerusi laman Instagram Fasha, dia telah memuatnaik satu video berserta status menggambarkan keadaan dirinya kini lebih tenang.. "The soul is healed by being with my babies, family and animals,” tulisnya..

Banyak respon yang ditinggalkan peminat buat Fasha, rata-rata memberi kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka ini untuk menempuhi hidup sebagai ‘ibu tunggal’.. Betul ke Fasha ni dah kena cerai?

Jejai Ditengking Fasha Sandha Kerana Rindu Bekas Isterinya Nora Danish






PETALING JAYA: Suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli buat pertama kali membuat kenyataan di Instagram memohon kepada orang ramai supaya tidak lagi menyakitkan hati isterinya selain membandingkan aktres itu dengan bekas isterinya Nora Danish.

Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai berkata, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dia terpaksa membuka mulut bahawa perceraiannya dengan Nora Danish enam tahun lalu langsung tiada kaitan dengan Fasha.

"Saya akui, pada masa itu, sayalah punca perceraian itu, bukannya Fasha.

"Ianya telah ditentukan dan telah terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya berharap sangat semua ini berhenti di sini sahaja dan tolong jangan panjangkan perkara ini," katanya dalam Instagram miliknya yang dimuatr naik pada Khamis.

Pada Selasa lalu, Fasha telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mertua berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan keluarga itu pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini.



Fasha Sandha Marah Peminat Jejai Cerai Nora Danish






Membalas komen seorang lagi peminat di Instagram, Fasha Sandha menafikan yang suaminya Rizal Ashram (Jejai) menceraikan bekas isterinya Nora Danish ketika pelakon itu masih hamil.
“Berhati hati dengan ayat kamu. Kamu fikir kamu siapa, Tuhan? Bila masa suami saya ceraikan dia ketika hamil? FYI, Rizal Ashram ceraikan dia 2 kali — kali pertama pada Januari 2008 dengan talak satu & pada ketika itu dia masih belum tahu bekas isterinya hamil”
Kami kira peminat di Instagram itu meninggalkan komen yang kurang senang terhadap situasi Fasha Sandha kini yang sedang hamil dan khabarnya sedikit dingin dengan keluarga Jejai. Hmm.




Jejai Dikutuk Berfoto Dengan Nora Danish






"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.