Showing posts with label Aliff Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aliff Aziz. Show all posts

Aliff Aziz Curi 2 Telefon Bimbit






aliff
Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.
 
Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. 
 
Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.



Aishah AF Ditampar Aliff Aziz





Aisyah Aziz tidak mahu terkait dengan kontroversi abangnya Aliff Aziz
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Aishah (AF 2013) mengakui turut menerima tempias daripada kontroversi yang sering menimpa abangnya iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 20, berkata, dia sering ditanya dan menjadi tempat orang bercerita tantang perkara atau kontroversi yang berlaku mengenai abangnya itu.
"Ramai juga yang datang kepada saya dan mengadu tentang dia (Aliff) cakap dia begitu-begini saya dengar sahajalah. Bagi saya dia sudah dewasa untuk jaga diri sendiri dan fikir baik dan buruk, asalkan perkara itu tidak menjejaskan kerjaya saya.
"Kami dua beradik sahaja disini dan jika berlaku perkara yang tak bagus sudah tentu kena tempiasnya," katanya kepada mStar Online.
Aisyah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang sering menimpa abangnya Alif Aziz.

Aliff Aziz sering menimbulkan pelbagai kontroversi dan tidak mahu menjadi contoh kepada masyarakat.

Alif sebelum ini sering dikaitkan dengan masalah sosial dan tidak disiplin. Malah baru-baru ini dia turut membuat kenyataan bahawa tidak mahu menjadi contoh kepada masyarakat.

Tambah Aisyah, sebagai individu paling rapat, dia bertanggungjawab untuk menasihatkan abangnya agar pandai menjaga diri.

Sementara itu, Aisyah berkata, dia mengambil perkara-perkara yang terjadi kepada abangnya itu sebagai pengajaran untuk dia melangkah dalam industri hiburan negara ini.

"Saya ambil perkara-perkara yang terjadi kepada dia yang buruk sebagai pengajaran dan yang baik buat teladan diri saya juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia kini dalam proses merakam dua buah single bersama Faizal Tahir dan Aizat Amdan. - Sumber MSTAR



Rambut Aliff Aziz Terkena Karat






aliff
Menerusi akaun Instagram, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz telah berkongsi fotonya yang kini tampil segar dengan mewarnakan rambut daripada hitam ke 'blonde'. 
 
"Lovin this fresh look. Thank you and props to @ridzokumura for the awesome work," ujar Aliff. 
 
Pun begitu, gaya penyanyi ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pengikutnya. Ada yang memberi komen positif dan terdapat juga segelintir yang merasakan imej terbaru ini tidak sesuai dengan dirinya. 
 
Belum dapat dipastikan sama ada imej terbaru Aliff ini dibuat atas tuntutan kerjanya sebagai seorang pelakon atau tidak, namun pelantun lagu 'Jangan Ganggu Pacarku' kelihatan selesa dengan gaya terkininya.-Sumber Media Hiburan