Showing posts with label Hamas. Show all posts
Showing posts with label Hamas. Show all posts

Hamas Tidak Akan Tunduk Pada Gencatan Senjata





Terkini |
Hamas; "Kami telah menyatakan sebelum ini bahawa apa-apa bentuk perjanjian perundingan gencatan senjata hanya ditentukan oleh kami(para pejuang) dan bukan oleh sesiapa yang selain kami.
Dan kami menetapkan bahawa mana-mana bentuk gencatan senjata haruslah mengikut syarat-syarat yang telah kami tetapkan..!!"



Israel Serang Palestin Balas Dendam Hamas







  • perjuangan Palestin
1 / 1
KUALA LUMPUR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif mengecam kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini yang mengatakan serangan Israel di Gaza adalah sebagai pelajaran untuk Hamas.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Hafidzi Mohd Noor berkata, kenyataan Netanyahu adalah angkuh dan tidak berperikemanusiaan.


Sehubungan itu, beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) mengambil langkah diplomatik yang proaktif dalam menangani serangan itu.

“Langkah ini perlu diambil oleh dua badan dunia itu untuk menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.

"Tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih banyak korban nyawa dan kerosakan harta benda," di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Aqsa Syarif juga ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

"Untuk itu Aqsa Syarif akan melancarkan "Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation)" dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM 6 juta, bagi membantu rakyat Palestin," katanya.

Terdahulu perkembangan terkini di Gaza menyaksikan seramai 90 orang terkorban dan 560 cedera.

Sebelum ini, Netanyahu telah mengarahkan 40,000 tentera simpanan untuk bersiap siaga.