Terkini, Sakinah tampil dengan beberapa design t-shirt untuk programnya itu dengan
tagline yang mencuri perhatian seperti
‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan juga ‘Joging Sampai Kentut’.

Tagline ‘Cantik Tak Bontot Saya’ yang mengundang kontroversi
Prihatin dengan perkara itu, terdapat segelintir peminat yang mengecam
tagline tersebut kerana dirasakan tidak sesuai dipakai terutama bagi golongan wanita.
Ada juga yang menganggap ia menggalakkan orang memandang ke tempat
yang tidak sepatutnya sekaligus mengundang kepada kejadian yang tidak
baik seperti pencabulan.
Mungkin niat Sakinah hanya untuk menaikkan semangat dan membuatkan
pengikutnya teruja untuk memiliki badan yang sihat dan mantap, namun,
tagline yang digunakan dilihat sedikit keterlaluan.
Maklum sajalah, pemakaian juga mencerminkan sikap individu tersebut,
jadi pemilihan pakaian itu penting supaya tidak menampakkan diri
seseorang itu seperti tidak bermaruah.
Pada kami tidak salah untuk berfesyen dan berseronok, tetapi haruslah
ada batasannya dan menjaga adab pemakaian terutama bagi golongan
wanita. Jangan pula nanti, bila berlaku perkara yang tidak diingini,
mulalah menuding jadi.
Walaubagaimanapun, melalui
fitness Sakinah, ada juga beberapa design t-shirt lain yang lebih manis dan elok untuk dipakai. Mari lihat disini.