Showing posts with label bocor. Show all posts
Showing posts with label bocor. Show all posts

Keputusan UPSR Dibatalkan






Kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung pada 10 September dibatalkan setelah disahkan bocor.
  
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1  dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).
  
"Peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya dalam sidang media hari ini.
  
Katanya sebagai langkah serta merta, beliau sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.
  
Beliau berkata semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan diperketatkan.
  
Dr Khair berkata beliau telah mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September.
  
"Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.
  
"Saya telahpun mengarahkan semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan. Saya memberi
jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam tidak akan berulang," katanya.
  
Apabila ditanya sama ada terdapat kertas UPSR lain yang didapati bocor, Dr Khair berkata Kementerian Pendidikan yakin ia tidak berlaku.
  
"Sehingga semalam, inilah kertas-kertas yang berlaku kebocoran (Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil)," katanya.
  
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, Dr Khair menyeru orang awam untuk melayari laman web Lembaga Peperiksaan www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini.
  
Pihak awam juga boleh menghubungi Hotline UPSR 2014 Lembaga Peperiksaan di talian 03-88883601/3551/3908/3520/3030, katanya.
  
Mengenai pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan, Dr Khair berkata langkah jangka pendek dan panjang itu adalah untuk memantapkan organisasi dan pengurusan peperiksaan awam.
  
"Kita sentiasa melakukan tapisan-tapisan untuk menentukan pegawai yang layak bertugas di Lembaga Peperiskaan. Itu merupakan langkah-langkah yang sentiasa dijalankan," katanya.
  
Beliau menambah bahawa tindakan akan diambil terhadap pegawai Lembaga Peperiksaan yang cuai dan tidak patuh peraturan tugas.
  
Ditanya mengenai perkembangan siasatan kes kebocoran kertas UPSR di peringkat kementerian, Dr Khair berkata siasatan sudah selesai.
  
Beliau berkata siasatan dijalankan bermula seawal proses penggubalan kertas soalan oleh para guru, percetakan, pengedaran, penstoran, pengedaran (ke sekolah), proses pembukaan bungkusan kertas soalan sehingga ke bilik darjah.
  
Kepada soalan sama ada Kementerian Pendidikan mengesan sebarang kelemahan, beliau berkata jawatankuasa bebas bagi mengkaji SOP peperiksaan awam yang ditubuhkan adalah bertujuan bagi memantapkan operasi pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam termasuk dari segi keselamatan.
  
"Kita perlukan tuntutan yang baharu dan teknologi baharu meningkatkan pengendalian dan pengurusan kertas peperiksaan awam," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata satu jawatankuasa dalaman akan menjalankan siasatan ke atas pegawai yang mungkin melakukan ketidakpatuhan.
  
"Setelah kertas siasatan diserahkan, kita akan membuat mesyuarat Lembaga Tatatertib. Pegawai-pegawai akan disiasat mengikut gred masing-masing.
  
"Langkah-langkah akan diambil setelah mendapat kepastian. Kementerian tidak akan mengambil tindakan secara terburu-buru," katanya.

- Bernama




Foto Rahsia P Ramlee Bocor







P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.


P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).



Pada tahun 1964, P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.

Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem, mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.

Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, awal pagi Selasa bersamaan 29 Mei 1973, P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.

Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini, jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.

Pada 6 Jun 1990, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.

Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.
Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.




Gambar-gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah.

Mungkin ramai yang tak pernah tengok termasuk saya.

Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.


Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah. - Sumber BeritaPower.com