Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Wanita Hamil Berisiko Cerai Jika Tidak Dipeluk Suami

Jarang Dipeluk Suami Wanita Hamil Berisiko Cerai

JAKARTA - Sebuah penelitian mengungkapkan, wanita hamil yang jarang mendapatkan pelukan dari suami memicu terjadinya perceraian. Hal ini disebabkan oleh kadar hormon oksitosin yang rendah pada ibu baru atau ibu hamil.

Kesimpulan ini diambil dari sebuah penelitan yang dilakukan di Kanada. Dilansir dariDetails, psikolog dari McGill University di Kanada, Dr Jennifer Bartz dan rekannya menggunakan air liur dari 341 wanita hamil dengan tiga masa kehamilan yang berbeda, yaitu trimester pertama, ketiga, juga minggu ketujuh sampai sembilan setelah melahirkan.

Selanjutnya, peneliti menghubungi 188 dari 341 wanita tersebut. Dari angka itu, sebanyak 170 wanita diketahui masih bersama pasangan mereka, 11 wanita dulunyasingle (saat penelitian dilakukan) dan 7 wanita sudah bercerai dari pasangannya.

Mereka yang mengalami perceraian, memiliki kadar oksitosin yang rendah pada trimester pertama kehamilan, dan juga pada saat mereka baru saja melahirkan. Bartz mengungkapkan, bahwa kadar oksitosin yang rendah pada trimester pertama kehamilan dan minggu-minggu awal setelah melahirkan memicu risiko perpisahan pasangan hingga tujuh dan sembilan kali lipat. 

Kadar hormon oksitosin yang tinggi dipercaya bisa membantu wanita lebih terkoneksi dengan janin yang sedang mereka kandung. Setelah melahirkan, kadar oksitosin yang tinggi akan membuat mereka lebih tahan terhadap stres yang dialami. Dengan demikian ini akan mempermudah mereka, menjalankan peranan baru sebagai ibu. 

Selain itu, hormon oksitosin yang tinggi juga berguna membuat hubungan antara ibu hamil atau ibu baru tadi lebih baik dan lebih mesra lagi dengan suaminya. Sementara rendahnya hormon oksitosin ibu hamil disebabkan oleh kurangnya dukungan sosial selama kehamilan dari orang-orang terdekat.

Bahaya Rokok Pada Ibu Hamil

Ini Bahayanya Jadi Perokok Pasif bagi Ibu Hamil
JAKARTA - Kebiasaan merokok berhubungan dengan sedikitnya 25 penyakit di tubuh manusia. Seperti kanker, jantung, impotensi dan paru. Namun tidak hanya itu, rokok juga bisa berdampak pada janin meski sang ibu hanya perokok pasif.

Ketua Pengurus Besar Ikatan Dokter Indonesia, Prof Dr H.I Oetama Marsis SpOG mengungkapkan, bahwa nikotin merupakan toksin utama perokok aktif sedangkan pada perokok pasif, toksin utamanya adalah benzo(a)pyrene. Benzo(a)pyrene pada perokok pasif dipercaya bisa menghambat pertumbuhan dan proliferasi folikel serta mempengaruhi kualitas ovarium.

"Akibatnya, kualitas ovarium rendah, lebih berisiko abortus spontan saat hamil. Benzo(a)pyrene juga berpengaruh pada oosit yang mengakibatkan kematian danmenghambat pertumbuhan janin," papar Prof Marsis dalam acara Seminar Publik Rokok Ancam Generasi Emas 2045 di Griya Jenggala, Jakarta, Rabu (2/3/2016).

Paparan asap rokok juga bisa mempengaruhi organ reproduksi mereka yang tidak hamil. Akibatnya, ovarium akan memproduksi sel telur yang tidak berkualitas. "Saat terjadi kehamilan, janin akan terlahir dengan tidak berkualitas," ujar dia.

Selain itu, paparan asap rokok secara terus menerus juga mengancam kerusakan DNA. Menurut Prof Marsis, asap rokok menyebabkan stres oksidatif intrafolliculeryang mengakibatkan kerusakan inti DNA.

"Paparan asap rokok terus menerus juga memengaruhi fertilias wanita dengan memperburuk fungsi uterus sehingga mempersulit proses konsepsi. Dengan merokok kita juga membahayakan generasi yang akan datang," pungkas dia.

Mamat Exists Buat Ifa Raziah Menangis






Ifa Raziah menitiskan air mata kerana terkenangkan arwah ibunya selepas mendengar Mamat (Exists) mendendangkan lagu Oh Ibu pada konsert Gegar Veganza minggu keempat pertandingan itu.
 
 
PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exists Mamat telah menyebabkan penyanyi Ifa Raziah menitiskan air mata ketika mendendangkan lagu Untukmu Ibu pada pertandingan Gegar Verganza pada 7 Disember lalu.

Ifa menitiskan air mata kerana terkenangkan saat indah bersama arwah ibunya, Maimunah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat komplikasi penyakit buah pinggang.

"Saya sudah tiada ibu atau pun bapa, jadi apabila Mamat mendendangkan lagu tersebut saya jadi emosi sedikit kerana terkenangkan saat-saat indah bersama ibu ketika hayatnya.

"Sedar tidak sedar sudah empat tahun dia meninggalkan saya dan lagu Untukmu Ibu mengingatkan betapa saya merindui ibu saya," katanya kepada mStar Online.

Gegar Veganza 2014 disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Selain Ifa dan Mamat, artis lain yang turut bertanding termasuklah Shima, Adilla, Haleeda, Ayai (Ilusi), Fazli Zainal, Sharifah Zarina dan Rahmat (Mega).

Bagaimanapun pada Ahad lalu, Adilla diumumkan tersingkir.
Mamat (Exists)
Dalam pada itu, Ifa berkata, jika ibunya masih ada hari ini, wanita itu akan menjadi penyokong kuatnya untuk berjaya dalam pertandingan tersebut.

Kata Ifa, sebelum ini sekiranya dia ada memasuki apa-apa pertandingan arwah akan mendoakan untuknya dan membuatkan dia bersemangat untuk melakukan terbaik.

"Itu lagi salah satu sebab saya begitu emosi kerana saya sudah tiada ibu yang akan mendoakan kejayaan saya namun saya bersyukur kerana ada suami, anak-anak dan keluarga mertua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai pertandingan berkenaan, Ifa berkata, biarpun dia tidak meletakkan sebarang harapan tinggi namun dia tetap memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

Jelas Ifa, Gegar Veganza adalah platform terbaik buatnya untuk membuktikan dia masih serius dengan karier nyanyian dan berharap ia dapat membuka peluang lebih luas untuknya selepas ini.

"Alhamdulillah sokongan peminat sentiasa membuatkan saya bersemangat untuk terus berjuang dalam memberikan terbaik dan berharap pertandingan ini akan membuka lebih ruang kepada saya sebagai penyanyi selepas ini," katanya.




Nona Kirana Suka Masakan Ibu








SENTIASA MANIS DAN BERSERI: Penyampai radio, Nona Kirana, sering membawa makanan dari rumah yang disiapkan ibunya, memandangkan beliau perlu mengendalikan ruangan berbuka di Warna 94.2FM dari 6 petang hingga 10 malam setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat. - Foto TAUFIK A. KADER - See more at: http://beritaharian.sg/gah/pengorbanan-nona-kirana#sthash.pygRrOrB.dpuf

SENTIASA MANIS DAN BERSERI: Penyampai radio, Nona Kirana, sering membawa makanan dari rumah yang disiapkan ibunya, memandangkan beliau perlu mengendalikan ruangan berbuka di Warna 94.2FM dari 6 petang hingga 10 malam setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat. - Foto TAUFIK A. KADER - See more at: http://beritaharian.sg/gah/pengorbanan-nona-kirana#sthash.pygRrOrB.dpuf



Remaja OKU Selamat Lumuran Najis






Faizal Fazri Othman (kanan) melihat gambar lama Muhammad Firdaus yang dibawa oleh Norfitri Radius (dua dari kanan) semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
SEREMBAN 22 Jun - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen negeri dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah bilik ketika melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI), kira-kira pukul 2.30 pagi semalam, dilaporkan stabil setelah dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman yang melawat remaja itu bersama pegawai dan anggotanya di wad berkenaan berkata, Muhammad Firdaus telah diberi rawatan, dibersihkan dan rambutnya dipotong.
Malah, katanya, remaja itu juga kelihatan lebih segar setelah diberi makan bubur dan minum oleh petugas-petugas hospital yang turut bersimpati dengan nasibnya.
"Perutnya sudah berisi dan tidak lagi kempis seperti semasa ditemui semalam. Syukurlah dia diberi penjagaan yang baik,'' katanya ketika ditemui di pekarangan HTJ, di sini hari ini.
Menurut beliau, bekas pengasuh Muhammad Firdaus, Norfitri Radius, 42, yang pernah menjaganya sebelum ini turut mengunjungi remaja itu.
Jelasnya, Norfitri turut membawa gambar lama Muhammad Firdaus yang dalam keadaan sihat dan berisi.
Sementara itu, mengimbas kali pertama bertemu mangsa, Faizal Fazri mengakui sukar menggambarkan perasaannya kerana tidak menyangka akan bertemu remaja itu dalam keadaan terlalu daif.
"Saya hanya mampu mengucap kerana terkejut. Keadaannya amat menyedihkan. Kurus-kering, memakai baju koyak dan berlumuran najis," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu menyelamatkan mangsa.

Kredit: Utusan Melayu (M) Bhd