Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Anak Tukang Sapu Tidur Atas Troli Tunggu Mak Menyapu






  • Tukang sapu tidak tahu gambar anak tersebar
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampah yang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri.

Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.

“Saya tidak tahu siapa yang ambil gambar itu, tapi masa itu memang dia letih kerana ikut saya menyapu. Saya pun ke tempat kerja hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.

“Saya ingat tahun depan nak hantar anak (Farah Nadiya Abdullah, 5) ke tadika supaya dia tidak lagi ikut saya ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazilah, yang tinggal di Panji Alam, baru sebulan bekerja sebagai tukang sapu.

Dia yang tinggal bersama kakak dan seorang abang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga.

Katanya, kakaknya turut bekerja sebagai tukang sapu di syarikat sama, manakala abangnya ambil upah membuang sampah.

“Untuk persiapan hari raya, saya sudah beli kelengkapan baju raya untuk saya dan anak,” katanya.

Gambar yang dirakam mendapat simpati banyak pihak, termasuk seorang kakitangan kerajaan, Mohd Aziruddin Majid, 29, yang mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan untuk disumbangkan kepada Fazilah sekeluarga. - SUMBER - Sinar Harian




Anak OKU Imamkan Solat Jemaah







Subhanallah.. Berapa Likes untuk hamba Allah yang hebat ni?

Rosmah Mansor Lawati Firdaus OKU Dengan Sumbangan Sekali









ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). Turut bersama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim (empat dari kiri) dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin (lima dari kanan). - Foto Iqmal Haqim Rosman
Jun 30, 2014 1:02 pm



Anak OKU Tak Makan 3 Bulan Masih Hidup










Budak Dikurung Sampai Hampir Mati






Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
Foto

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).




Gaji Ibu Firdaus Budak OKU RM1500





  • Laporan muka depan Sinar Harian, semalam. Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.
1 / 1
TIDAK tahu di mana silapnya, namun penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai Sabtu lalu membuatkan banyak hati tersentuh.

Malah ada menyalahkan pihak tertentu kerana didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib golongan OKU sehingga dibiar hidup dalam derita.

Menurut sumber, ibu Firdaus, Lolanopita, 40, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Bajau dari negeri sama iaitu Dullah Sibil, 53, pada tahun 1995.

Merantau jauh ke Semenanjung dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata istimewa iaitu Firdaus, tetapi jodoh mereka tidak panjang.

Selepas berpisah sejak 14 tahun lalu, difahamkan Dullah meninggal dunia pada 22 Januari 2012.

Berdasarkan sumber, Lolanopita kemudian berkahwin dengan lelaki yang kini berusia 46, di Thailand pada 2006 tetapi kes pendaftaran perkahwinan di Malaysia belum selesai. Difahamkan Lola isteri kedua.

Mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Meneruskan kelangsungan hidup, Lola bekerja di Brahim’s Airline Catering sebagai pekerja penyajian sejak 10 tahun lalu dengan anggaran pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 termasuk elaun.

Ia dianggap cukup untuk menyara dua anaknya.

Namun berdasarkan kenyataan Lola sebelum ini, dia seolah-olah tertekan dengan kesempitan hidup dan kecewa apabila ramai menuduhnya tidak tahu jaga anak.

Dia juga dakwa tidak pernah mendaftar anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya kerana bekerja.

Mujur remaja ini ditemui Jabatan Imigresen yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin, jika tidak, mungkin Firdaus masih terkurung di situ.

Majikan terkejut

Sementara itu, Syarikat  Brahim Airline Catering Sdn Bhd yang juga majikan  Lola,  tidak mempunyai maklumat mengenai ibu mangsa yang mempunyai seorang anak OKU.

Pengurus Kanan Modal Insan, Ahmad Reza Kamaruddin mengesahkan  ibu mangsa tidak membuat pengisytiharan kepada Jabatan Sumber Manusia syarikat  berhubung perkara itu.

“Memang ibu mangsa pekerja syarikat kami. Namun syarikat tidak mempunyai maklumat sehinggalah keluar di media.

“Selepas kes meledak di media, pemeriksaan rekod di Jabatan Sumber Manusia mendapati wanita berkenaan tidak membuat pengisytiharan mengenai anaknya berstatus OKU walaupun ada mendaftar nama Firdaus dalam rekod syarikat,”katanya.

Katanya, jika syarikat  tahu seseorang pekerja mereka ada kesukaran hidup atau masalah berhubung anak-anak, pihaknya akan membantu kerana syarikat sememangnya mempunyai unit khas menjaga kebajikan pekerja sedemikian.

“Ini adalah polisi syarikat kami. Jika kami tahu wanita itu kesusahan seperti yang didakwa, syarikat akan beri bantuan kepada mereka anak beranak,” katanya.

Beliau mengesahkan Lolanopita Sadi  bekerja sebagai pekerja penyajian  di bahagian pastri di syarikat katering yang beroperasi di Sepang. Dia bekerja selama 10 tahun.

Namun pihak syarikat  tidak pernah menerima apa apa maklumat tentang kesempitan hidupnya kerana tidak pernah diceritakan kepada Ketua Jabatannya, kesatuan yang dianggotainya mahupun Jabatan Sumber Manusia.

“Kami terperanjat apabila berita ini gempar di dalam media.

“Dia bekerja di bahagian pengeluaran. Kami adalah syarikat pengeluar makanan. Kami boleh mempertimbangkan untuk memberi segala bantuan yang perlu bagi memastikan pekerja yang menghadapi masalah sedemikian dibantu. Bahkan semua pekerja disediakan makanan percuma setiap hari,” tegasnya.



Surat Untuk Ustazah Wardina Saffiyah






SURAT TERBUKA BUAT 'USTAZAH' WARDINA YANG kKERAP SALAHKAN KERAJAAN DALAM ISU ADIK FIRDAUS

Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.

Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM. 

Photo: SURAT TERBUKA BUAT 'USTAZAH' WARDINA YANG kKERAP SALAHKAN KERAJAAN DALAM ISU ADIK FIRDAUS

Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.

Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM..selanjutnya di http://ooomedianetwork.blogspot.com/2014/06/surat-terbuka-buat-ustazah-wardina-yang.html

-MN-



Wardina Safiyyah Salahkan Kerajaan Malaysia






Namun Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap golongan OKU hari ini.
“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” Wardina memulakan tulisan di Instagram.
“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”
“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”
“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.
Well Wardina Safiyyah, walaupun polisi kita mungkin tidak sehebat Australia yang anda julang tiinggi itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mempertuntukkan banyak bantuan dan polisi untuk membantu golongan OKU. Hmm. (rtky/m)



Remaja OKU Selamat Lumuran Najis






Faizal Fazri Othman (kanan) melihat gambar lama Muhammad Firdaus yang dibawa oleh Norfitri Radius (dua dari kanan) semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
SEREMBAN 22 Jun - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen negeri dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah bilik ketika melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI), kira-kira pukul 2.30 pagi semalam, dilaporkan stabil setelah dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman yang melawat remaja itu bersama pegawai dan anggotanya di wad berkenaan berkata, Muhammad Firdaus telah diberi rawatan, dibersihkan dan rambutnya dipotong.
Malah, katanya, remaja itu juga kelihatan lebih segar setelah diberi makan bubur dan minum oleh petugas-petugas hospital yang turut bersimpati dengan nasibnya.
"Perutnya sudah berisi dan tidak lagi kempis seperti semasa ditemui semalam. Syukurlah dia diberi penjagaan yang baik,'' katanya ketika ditemui di pekarangan HTJ, di sini hari ini.
Menurut beliau, bekas pengasuh Muhammad Firdaus, Norfitri Radius, 42, yang pernah menjaganya sebelum ini turut mengunjungi remaja itu.
Jelasnya, Norfitri turut membawa gambar lama Muhammad Firdaus yang dalam keadaan sihat dan berisi.
Sementara itu, mengimbas kali pertama bertemu mangsa, Faizal Fazri mengakui sukar menggambarkan perasaannya kerana tidak menyangka akan bertemu remaja itu dalam keadaan terlalu daif.
"Saya hanya mampu mengucap kerana terkejut. Keadaannya amat menyedihkan. Kurus-kering, memakai baju koyak dan berlumuran najis," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu menyelamatkan mangsa.

Kredit: Utusan Melayu (M) Bhd