Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Kempen 'Salute Malaysia' Agungkan Bahasa Penjajah






KUALA LUMPUR: Yayasan Perdana Ummah (YPU) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris pada kempen kesedaran semangat cintakan negara iaitu ‘Salute Malaysia’ yang dianjurkan.

Pengarah Eksekutif YPU, Rizal Mansor, berkata, penggunaan perkataan 'salute' adalah mengikut trend bagi menarik perhatian golongan remaja menyertai kempen tersebut.

"Sebenarnya pihak kami telah menjalani survey daripada pelajar-pelajar sekolah dengan meminta mereka memilih nama kempen sama ada Tabik Malaysia atau Salute Malaysia.

"Ternyata mereka lebih senang dengan Salute Malaysia. Sebab itu kami memilih nama tersebut. Bukan kerana enggan menggunakan bahasa kebangsaan, tetapi kami sengaja ingin menarik perhatian pelajar dengan menggunakan bahasa-bahasa yang mereka gemari," katanya.

mStar Default Image
Lee Chong Wei (tengah) dan penyanyi Kaka Azraf (merakam gambar) serta para remaja yang menyokong kemopen 'Salute Malaysia'.

Rizal ditemui pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini pada Rabu.

Salute Malaysia yang turut mendapat kerjasama daripada UniKL dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) merupakan inisiatif daripada YPU bagi membantu kerajaan menyuntik semangat jiwa patriotik kepada warga Malaysia terutamanya bagi golongan remaja.

Kempen tersebut  dijalankan bermula 3 September 2014 sehingga 16 September 2014.

Menerusi kempen tersebut, rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah sebanyak RM20,000 dengan memuat naik gambar 'Tabik Hormat' Jalur Gemilang menerusi laman sosial Instagram, Facebook dan Twitter menggunakan hashtag #SALUTEMALAYSIA dan #NEGARAKU.

"Di zaman ini, semuanya menggunakan media sosial dan pihak kami mengambil peluang itu menarik minat golongan muda menyayangi negara menerusi kempen ini dengan memua tnaik foto aksi mereka bersama bendera Malaysia. Terpulang pada kreativiti masing-masing.

mStar Default Image
Penglibatan artis diharap dapat menjayakan kempen 'Salut Malaysia' yang memfokuskan golongan remaja sebagai sasaran utama.

"Idea yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan penyertaan dibuka sehingga 16 September ini," ujarnya.

Bagi melengkapkan pengisian kempen, YPU turut menerbitkan lagu tema Salute Malaysia ciptaan Cat Farish, Shahrul Nasrun Kamarudin dan Amelia Hassan.

Lagu tersebut dinyanyikan oleh Amy Search, Cat Farish, Lah Ahmad, Zain (Ruffedge), Tiga Swagger, Ronnie (Hyper Act), YMY dan Ustaz Kyrel.

Sementara itu, majlis pelancaran Salute Malaysia turut dihadiri ramai selebriti termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Yusof Haslam, Rita Rudaini, Kaka Azraf, Aweera, Johan As'ari, RJ, Soffi Jikan, Suki, Fizz Fairuz dan Ayda Jebat. - Sumber MSTAR




Bikini Maria Farida



Maria Farida terkejut foto beberapa bikini yang dimuat naik di Instagram menjadi isu.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram.

Tambah pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang  sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.




Pakai Baju Tapi Macam Telanjang

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.
Kesan Negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk Berubah
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21