LOS ANGELES - Justin Bieber baru saja berulang tahun ke-22. Belum diketahui seperti apa rencana pesta yang akan dia gelar, tapi tahun lalu, dia memanfaatkanmoment ini untuk merekam Justin Bieber Roast Comedy Central sebagai cara untuk meminta maaf atas sikapmya yang tidak dewasa.
Showing posts with label jutawan. Show all posts
Showing posts with label jutawan. Show all posts
Justin Bieber 22 Tahun
LOS ANGELES - Justin Bieber baru saja berulang tahun ke-22. Belum diketahui seperti apa rencana pesta yang akan dia gelar, tapi tahun lalu, dia memanfaatkanmoment ini untuk merekam Justin Bieber Roast Comedy Central sebagai cara untuk meminta maaf atas sikapmya yang tidak dewasa.
Evan 8 Tahun Jadi Jutawan
Kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang pandai menggunakan Youtube untuk mendapat duit sangat menarik untuk dibaca. Persoalannya bagaimana?
Evan, 8, berasal dari Amerika Syarikat memperoleh pendapatan sebanyak RM 4.2 juta setahun. Ini bermakna, pendapatan bulanan Evan adalah RM 350K sebulan. Wow...
Secara ringkasnya, Evan hanya perlu mengulas tentang permainan kanak-kanak dan juga permainan video kegemarannya. Kemudian ulasan itu akan diedit oleh bapanya dan dimuat naik ke laman Youtube. Tapi video ulasan Evan bukan calang-calang kerana ia mendapat 750 juta view dalam masa beberapa tahun.
Dengan populariti yang diperoleh oleh video Evan, dia kini setanding dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna dan juga saluran ESPN.
Evan menjana duit di Youtube dengan menggunakan khidmat pengiklanan yang dibuat disediakan oleh Youtube dan juga hasil dari pengiklanan produk yang ingin tampil dalam videonya.
Evan juga mempunyai agensi periklanan sendiri yang bertindak mempromosikan dan sebut harga bagi meletakkan iklan di dalam videonya.
Pada mulanya, projek ini hanyalah dibuat oleh Evan secara suka-suka sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi, semuanya berubah setelah video mereka telah mencapai tontonan sehingga satu juta.
Jared, bapa kepada Evan berkata, kesemua duit yang terkumpul tidak digunakan untuk perbelanjaan keluarga tapi disimpan bagi kegunaan Evan pada masa hadapan.
Evan kini sudah mempunyai tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.
Secara kasarnya, pendapatan hasil dari iklan yang disediakan oleh Youtube boleh menjana US$2.50 ke US$5 bagi setiap 1000 tontonan. Jika video anda benar-benar popular, kiralah berapa hasil yang bakal anda dapat.. Sumber - SiakapKeli.com
Jutawan Soya Mati Gigit Jari
Kuala Lumpur: Dijanjikan kemewahan dan bakal bergelar jutawan jika menjadi pelabur dalam perniagaan kilang memproses air soya dan jus buah-buahan menyebabkan seorang wanita kerugian RM760,000 apabila wang pelaburannya lesap dilarikan sepasang suami isteri.
Lebih malang berpuluh cek yang diterima mangsa, Pang Ping Foong, 47, kononnya sebagai komisen selepas melabur juga gagal ditunaikan menyebabkan mangsa kini buntu, tambahan pula wang pelaburan yang dibuat itu adalah hasil simpanan dan pinjaman daripada saudara-mara.
Sebelum ini, kilang memproses air soya dan buah-buahan itu beroperasi di Salak Selatan, tetapi ia sudah ditutup, manakala pemiliknya pula lesap serta gagal dikesan.
Pang berkata, dia mengenali pasangan suami isteri berkenaan pada Ogos 2012 selepas diperkenalkan oleh rakan yang mengajaknya untuk menjadi pelabur dalam syarikat milik pasangan berkenaan. - Sumber Harian Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)
