LOS ANGELES - Justin Bieber baru saja berulang tahun ke-22. Belum diketahui seperti apa rencana pesta yang akan dia gelar, tapi tahun lalu, dia memanfaatkanmoment ini untuk merekam Justin Bieber Roast Comedy Central sebagai cara untuk meminta maaf atas sikapmya yang tidak dewasa.
Showing posts with label muda. Show all posts
Showing posts with label muda. Show all posts
Justin Bieber 22 Tahun
LOS ANGELES - Justin Bieber baru saja berulang tahun ke-22. Belum diketahui seperti apa rencana pesta yang akan dia gelar, tapi tahun lalu, dia memanfaatkanmoment ini untuk merekam Justin Bieber Roast Comedy Central sebagai cara untuk meminta maaf atas sikapmya yang tidak dewasa.
Adrea Janda Muda
Dalam pada itu, Adrea berkata sepanjang mengharungi perjalanan sebagai artis, anak lelaki kesayangannya, Syafiq, 8, yang menjadi kekuatan buat wanita berusia tahun 36 tahun ini.
Menurut Adrea, semenjak bergelar ibu tunggal kira-kira dua tahun lalu, anak lelakinya itu sentiasa di sisinya. Sekaligus Syafiq menjadi penyuntik semangat untuknya terus menempuh dugaan dan caraban yang datang.
"Dia (Syafiq) lah kekuatan saya untuk saya terus tabah tempuh dugaan hidup. Kalau selepas ini, anada saya berkahwin lagi, bakal suami saya itu juga perlu menerima yang syafiq adakah nombor 1 dalam hidup saya", katanya.
Meskipun begitu, Adrea memberitahu dia tiada niat mahu menyorokkan statusnya sebagai ibu tunggal tetapi cuma tidak mahu cerita peribadinya diuar-uarkan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
"Bukan nak sorok status... Cuma saya tak mahu kisah peribadi saya dihebahkan. Saya tak mahu aibkan mana-mana pihak. Cukuplah orang tahu saya ni ibu tunggal. Sebagai seorang yang bertindak sebagai ibu juga ayah kepada Syafiq, tipu kalau saya kata yang saya tak sepi. Tapi dengan adanya Syafiq, dia bagai penyeri dan pelengkap hidup saya.
"Kalau saya sibuk dilokasi penggambaran, kakak saya yang tolong saya jagakan Syafiq. Dan bila tamat penggambaran, saya akan luangkan masa bersamanya. Kami akan pergi bercuti. Syafiq suka berenang, jadi kami akan pergi berenang sama-sama. Saya anggap dia macam kawan baik saya. Saya banyak mengajar dan bercakap dengaannya seperti orang dewasa bercakap. Jadi itu yang buat dia cepat matang. Kadang-kadang tu yang lucunya, dia bercakap dengan saya, siap panggil saya dengan gelaran my love, dah macam kekasih pula", katanya.
Dalam perkembangan lain, Adrea bakal muncul dalam drama bersiri Maskara mula 10 April ini di saluran RTM. Drama terbitan KRU Studios itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Anzalna. Selain, dia akan muncul dalam sitkom musim baru Salam Pantai Timur, juga di saluran RTM, tidak lama lagi.
Perkahwinan Kanak-Kanak Mula Merebak Di Malaysia
Michelle Gyles-McDonnough.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Terlalu
ramai rakyat Malaysia yang berkahwin pada usia muda, bukan sahaja
menjejaskan kesihatan mereka tetapi juga peluang untuk pembangunan
tenaga kerja yang produktif.Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Michelle Gyles-McDonnough berkata, perkahwinan "terlalu awal" membabitkan golongan muda berusia 18 tahun ke bawah.
"Banci penduduk pada 2010 menunjukkan bahawa kira-kira 80,000 wanita berkahwin di negara ini berusia antara 15 dan 19 tahun, manakala bilangan bagi lelaki muda yang berkahwin seramai 70,000 orang.
"Terlalu ramai golongan muda berkahwin terlalu awal, memberi risiko dari segi mental dan fizikal kerana mereka perlu menangunggu komitmen perkahwinan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan mengenai Populasi Dunia 2014 Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di sini, Selasa.
Bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa perkahwinan kanak-kanak merupakan antara beberapa cabaran yang dihadapi negara-negara terbabit, termasuk Malaysia yang perlu ditangani sekiranya mahu memacu pertumbuhan sosio-ekonomi.
"Pasangan yang berkahwin pada usia muda tidak berupaya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang produktif dalam negara berpendapatan tinggi, sebaliknya mereka kembali kepada kehidupan yang kebergantungan.
"Begitu juga dengan perkahwinan kanak-kanak, kebiasaannya akan berlakunya kehamilan usia muda, yang boleh membawa risiko semasa kehamilan dan melahirkan anak," kata Gyles McDonnough.
Pasangan Pengantin Termuda: Suami Berumur 15 Tahun Tahun Berhenti Sekolah Selepas PMR Bekerja Untuk Isteri Lepasan SPM Umur 17 Tahun
Zulhelmi dan pasangannya Nurulain pada majlis persandingan mereka.
(Ubah saiz teks)
KLUANG: Seorang remaja
lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil
keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama
dua bulan.Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook.
Dalam kenyataannya, Muhd Muaz berkata, dia mahu mengahwini Nur Izzati kerana mahu menjadikan perhubungan mereka sah selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.
"Kahwin muda selalu dikatakan macam-macam daripada orang lain, tetapi saya sudah bersedia," tambahnya.
Rakaman video itu menunjukkan Muhd Muaz dan Nur Izzati diijab kabul dengan mas kahwin RM22.50.
Nur Izzati baharu sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagi orang Islam, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan.
Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin tanpa mengira usia.
Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu.
Perkahwinan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan.
Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.
'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.
Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
"Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata," katanya.
"Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya.
Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya.
"Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya."
Mulut Dr Mahathir Masuk Lalat Beramai-ramai

Norini Sulaiman Masa tun jadi pm dulu ramai org mengutuk berbakul2 ttp org tak sedar he is an intelligent,smart,brave and optimistic person,satu dlm sejuta, seiring dgn ilmuan 2 terkenal
Sumber : ROTIKAYA
Subscribe to:
Comments (Atom)