Showing posts with label kurma. Show all posts
Showing posts with label kurma. Show all posts

Foto Hari Raya TMJ dan Isteri 2016



'' PASANGAN DIRAJA ''

DYAM TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN YM CHE' PUAN KHALEEDA BUSTAMAM

Kurma Ditanam 30 Tahun Baru Berhasil Di Pahang





  • Normah menunjukkan beberapa biji kurma yang masih muda sesuai dijadikan ubat darah tinggi, kencing
manis dan pelbagai lagi Normah menunjukkan beberapa biji kurma yang masih muda sesuai dijadikan ubat darah tinggi, kencing manis dan pelbagai lagi
2 / 2
JERANTUT - Pokok kurma berbuah di Kelantan menjadi satu fenomena baru di negara kita sehingga menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung dan melihat sendiri selain turut merakam gambar kejadian yang dianggap aneh terbabit.

Bagi seorang peneroka Felda Sungai Tekam Utara, Abu Bakar Shariff, 65, dan isteri, Normah Yaakop, 62, fenomena terbabit telah dirasai sejak sekitar 10 tahun lalu.

Abu Bakar berkata, pokok kurma terbabit kini telah berusia lebih 40 tahun dan sudah mengeluarkan buah sebanyak lapan kali.

Lebih menarik, dia hanya menanam sepokok sahaja buah kurma terbabit sekali gus menimbulkan rasa hairan sesetengah pihak kerana pokok kurma dikatakan akan berbuah jika berlaku proses pendebungaan.

“Ia memang satu perkara pelik, walaupun sebatang, ia tetap boleh berbuah, malah sejak setahun yang lalu, ia berbuah tanpa putus,” katanya.

“Dahulu ada juga orang nasihatkan saya supaya memotong pokok yang ada kini, namun saya sayang. Saya berkomunikasi dengan pokok itu setiap hari, saya berselawat dan bermohon sekiranya ada rezeki saya, berharap ia berbuah dan saya tidak sangka sekitar 10 tahun
lalu ia berbuah,” katanya.

Menurut Normah, pokok kurma itu ditanam ketika dia mengandungkan anaknya yang sulungnya.

“Masa mengandungkan anak sulung saya mengidam hendak makan kurma. Biji kurma itu mungkin secara kebetulan dibuang bawah rumah dan ianya bercambah.

“Melihatkan ia bercambah, suami alih dari bawah pokok ke hadapan rumah,” katanya.

Tambah Normah, penduduk kampung dan orang ramai yang tahu tentang buah kurma terbabit akan datang ke rumah mereka untuk melihat dan merasai sendiri buah kurma segar di sini.

“Kami juga ada memberikan anak pokok dari biji yang kami semai dan ramai yang telah mengambilnya. Tidak tahulah sama ada di tempat lain hidup atau tidak pokok yang ditanam ini,” katanya.

Katanya lagi, ramai yang akan menebang pokok yang ditanam setelah berpuluh tahun pokok itu hidup.

“Kami sayang hendak buang dan mungkin berkat kesabaran, akhirnya pokok kurma ini mengeluarkan buah setelah lebih tiga dekad, malah apabila masak, ia akan berwarna kuning dan manis,” katanya.



Kurma Kelantan Tak Boleh Makan





  • Ramai yang menyimpan hasrat untuk menikmati kurma di Bulatan Jam Besar yang pertama kali berbuah lebat tahun ini. Ramai yang menyimpan hasrat untuk menikmati kurma di Bulatan Jam Besar yang pertama kali berbuah lebat tahun ini.
1 / 1
KOTA BHARU - Buah kurma daripada pokok di Bulatan Jam Besar masih belum masak dan orang ramai perlu menunggu sehingga penghujung Ramadan jika mahu menikmatinya.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, pihaknya tidak menghalang orang ramai untuk menikmati buah berkenaan sekiranya ada yang gugur.

“Buah yang ada sekarang masih belum masak, bagaimana hendak dimakan, jadi kita tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menikmatinya melainkan apabila ia masak nanti,” katanya, semalam.

Rosnazli berkata demikian bagi menjawab persoalan sama ada MPK-BRI akan melayan sebarang permintaan untuk menikmati buah kurma berkenaan jika ada pihak berhasrat berbuat demikian.

Mengakui kemungkinan ada permintaan daripada orang ramai termasuk ibu mengandung yang dibuat melalui kakitangan bawahannya, namun tidak ada yang dilakukan secara langsung melalui beliau.

“Mungkin ada yang meminta, kerana buah berkenaan pertama kali berbuah lebat tahun ini dan kebetulan pula dengan kedatangan Ramadan, tidak mustahil ada permintaan, tapi kami tidak mampu menunaikannya buat masa ini kerana buahnya belum masak,” katanya.

Dalam pada itu, Rosnazli berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima arahan untuk menghantar buah kurma berkenaan ke istana.

Cerita kurma berbuah lebat di Kelantan mendapat liputan meluas media di Kelantan, sekali gus menarik perhatian umum sehingga kawasan yang memiliki 37 batang pokok itu menjadi tumpuan orang ramai.

Buahnya dijangka masak penghujung Ramadan ini dan MPKB-BRI tidak keberatan mengizinkan orang ramai menikmatinya apabila tiba masanya nanti.