Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Malaysia Alami Musim Sejuk 2015






CUACA sejuk bakal melanda Malaysia dalam tempoh terdekat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk di Kampung Keroh, Kuala Krai pada 25 Januari tahun lalu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.
Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.





Fenomena Awan Mendung Gergasi Berarak Ke Kelantan Menggemparkan Rakyat








Fenomena awan arcus sangat jarang dilihat.
Kewujudannya sememangnya mampu menimbulkan rasa gerun di hati kerana ada di antaranya berbentuk awan gergasi yang seakan-akan mahu menelan bumi.

Menerusi akaun Facebook Ramli Abdul Halim, dia telah memuatnaik gambar fenomena itu yang dikatakan berlaku di Selatan Thailand.
Awan ini umpama pusaran puting beliung gergasi dan seolah-olah hampir mencecah bumi.
Awan ini sebenarnya merupakan formasi awan rendah yang terbentuk oleh arus udara dingin dari laut.
Kebiasaannya ia membawa petanda akan berlakunya ribut.
Fenomena sebegini pernah terjadi di Sabah sedikit masa lalu dan ia dipercayai berpunca daripada angin taufan yang sedang bergerak ke Filipina pada masa itu.
Ini di antara bukti kekuasaan Allah S.W.T.



Mufti Kelantan Fatwakan Konsert Judi Shila Amzah Haram







Rupa-rupanya kemelut yang melanda Shila Amzah masih belum reda apabila beberapa media memanjangkan isu tersebut gara-gara ketidakpuasan hati Shila mengenai isu media Melayu kurang membuat liputan di konsertnya baru-baru ini.

Selain mereka mendedahkan bahawa konsert itu ditaja oleh syarikat judi, semalam mStar Online pula menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang mengatakan bahawa mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam.

Meskipun tidak menyebut secara jelas artis yang dimaksudkan, namun ramai yang dapat meneka bahawa ia adalah berkaitan dengan konsert Shila Amzah. Nampaknya, media Melayu yang didakwa Shila tidak memberi sokongan padanya melainkan media berbahasa Cina membuat serangan balas pada artis itu.

Ada jemput - demikian kata Shila - klik untuk gambar besar




"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.)

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad


"Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," ujarnya yang dipetik melalui mStar.

Tambah Mufti itu, penyanyi tempatan haruslah berhati-hati apabila mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.|

Shila 'memerli' media Melayu baru-baru ini


"Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak?

"Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya.



Kesimpulannya, bersungguh-sungguh benar media Melayu kita mempertahankan diri daripada serangan Shila yang mendakwa ada menjemput mereka ke konsertnya. Mungkinkah selepas ini Shila akan diboikot pula oleh mereka? Tepuk dada tanya selera!
Sumber: http://www.myartis.com




Foto Perogol Gangbang Di Kelatan Diburu Polis Mohon Disebarkan





  • Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.
Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. - Sumber - SINAR HARIAN



Foto Mek Potong Zakar Abe Sampai Putus





Pada 19 Jun 2014, laman sosial digemparkan dengan penyebaran foto kejadian kemaluan (zakar) seorang oleh isteri kerana berhasrat untuk berpoligami atau berkahwin lagi. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila si mangsa sedang tidur sebelum si isteri nekad untuk memotong kemaluan suaminya menggunakan objek tajam.
Berdasarkan maklumat yang tersebar, mangsa kini berada di Hospital HUSM Kelantan untuk rawatan lanjut.



Nik Aziz Belum Mati






PAS Kelantan kesal pihak sebar khabar angin Nik Aziz meninggal
Foto terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang diedarkan kepada media. -- Foto: PAS
KUALA LUMPUR: PAS Kelantan kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita melalui jaringan sosial media dan pesanan ringkas kononnya bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata perkhabaran seperti itu sepatutnya disemak dengan ahli keluarga Nik Abdul Aziz.

"Tok guru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas, tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Islam melarang keras penyebaran hal peribadi seseorang yang belum ada kepastian dan ia termasuk dalam perkara fitnah yang boleh membawa dosa.

Tambahnya, kecanggihan teknologi hari ini serta "semangat suka berlumba-lumba dalam melaporkan sesuatu kadang-kadang menjadi musibah dalam masyarakat".

Ahmad turut meminta orang ramai mendoakan agar Nik Abdul Aziz "sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu."

Khabar angin 'kematian' Nik Abdul Aziz itu tersebar sejak awal pagi tadi. Ia kemudian reda selepas anak beliau, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikannya melalui Twitter.

Sumber: Awani



Solat 2 Imam di Kelantan





  • Kedudukan antara jemaah kumpulan 1 dan 2 Kedudukan antara jemaah kumpulan 1 dan 2
1 / 1
KOTA BHARU - Isu solat dua imam di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti, Rantau Panjang, yang mencetuskan kontroversi selepas disiarkan Sinar Harian Isnin lalu, selesai.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, inisiatif diambil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berjaya meredakan keadaan.

“Setakat ini, alhamdulillah selesai. Imam khusus yang boleh diterima semua pihak sudah dihantar ke masjid berkenaan, itu yang utama.

“Insya-ALLAH, sebarang isu berbangkit akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat agar tidak lagi berlaku insiden dua imam ini,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kutipan Derma Akaun Amanah Tabung Pendidikan Negeri Kelantan 2014 di sini, semalam.

Masalah dua imam di masjid berkenaan berlaku pada solat fardu dan tarawih, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan, sekali gus membawa kepada perebutan saf hadapan ketika menunaikan solat.

Mengenai tabung pendidikan dilancarkan, Ahmad berkata, tiga faktor mempengaruhi penubuhan tabung berkenaan termasuk mendapatkan dana untuk tujuan membiayai kos aktiviti yang akan diadakan di sekolah.



Kurma Kelantan Tak Boleh Makan





  • Ramai yang menyimpan hasrat untuk menikmati kurma di Bulatan Jam Besar yang pertama kali berbuah lebat tahun ini. Ramai yang menyimpan hasrat untuk menikmati kurma di Bulatan Jam Besar yang pertama kali berbuah lebat tahun ini.
1 / 1
KOTA BHARU - Buah kurma daripada pokok di Bulatan Jam Besar masih belum masak dan orang ramai perlu menunggu sehingga penghujung Ramadan jika mahu menikmatinya.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, pihaknya tidak menghalang orang ramai untuk menikmati buah berkenaan sekiranya ada yang gugur.

“Buah yang ada sekarang masih belum masak, bagaimana hendak dimakan, jadi kita tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menikmatinya melainkan apabila ia masak nanti,” katanya, semalam.

Rosnazli berkata demikian bagi menjawab persoalan sama ada MPK-BRI akan melayan sebarang permintaan untuk menikmati buah kurma berkenaan jika ada pihak berhasrat berbuat demikian.

Mengakui kemungkinan ada permintaan daripada orang ramai termasuk ibu mengandung yang dibuat melalui kakitangan bawahannya, namun tidak ada yang dilakukan secara langsung melalui beliau.

“Mungkin ada yang meminta, kerana buah berkenaan pertama kali berbuah lebat tahun ini dan kebetulan pula dengan kedatangan Ramadan, tidak mustahil ada permintaan, tapi kami tidak mampu menunaikannya buat masa ini kerana buahnya belum masak,” katanya.

Dalam pada itu, Rosnazli berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima arahan untuk menghantar buah kurma berkenaan ke istana.

Cerita kurma berbuah lebat di Kelantan mendapat liputan meluas media di Kelantan, sekali gus menarik perhatian umum sehingga kawasan yang memiliki 37 batang pokok itu menjadi tumpuan orang ramai.

Buahnya dijangka masak penghujung Ramadan ini dan MPKB-BRI tidak keberatan mengizinkan orang ramai menikmatinya apabila tiba masanya nanti.