Showing posts with label mercun. Show all posts
Showing posts with label mercun. Show all posts

Mercun Cicak







  • Afiq Smarties Yg korang serius sgt knp .. cicak je pon .. mcm lah korg x pnh bunuh cicak .. typical ..
  • Mohd Izwan Abu Hassan Kenapa kita perlu bunuh cicak?

    Dalam kisah penghijrahan orang islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menye
    ...See More
    Like · Reply · 50 · 15 hrs
  • Nazri Bob Selamat tggal la cicak nie... patot bnuh pon. Binatang ni la bikin kantoi nabi kita Nabi Muhammad s.a.w ketika bersembunyi di gua kerna di buru kafir quraish utk dibunuh.. bunuh cicak dapat pahala.



Ibu Norhakime Ketawa Anaknya Putus Jari Main Mercun Bola






Pelajar Tahun Enam putus jari Rohaya Mohd Ali menemani anaknya Norhakime, ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, semalam. - Foto Izlaily Nurul Ain Hussein
Johor Bahru: Seorang murid Tahun Enam putus jari manis serta melecur tangan, paha dan perut apabila mercun bola yang dinyalakan meletup dalam tangannya.

Kejadian pada jam 10 malam Jumaat lalu itu juga mungkin menyebabkan mangsa, Norhakime Rozan, hilang dua lagi jari yang cedera terlalu parah.
Norhakime bersama 11 lagi kanak-kanak lain sedang bermain mercun dan bunga api di kawasan belakang kediamannya di Senai, apabila dia membakar mercun bola tetapi ia meletup dalam genggaman.

“Saya terduduk dan menahan sakit apabila nampak tangan berdarah, manakala kawan yang lain melarikan diri,” katanya yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Norhakime berkata, nasib dua lagi jarinya akan ditentukan hari ini selepas doktor sebelum ini mendapati ia sukar diselamatkan.

“Buat masa ini, doktor memasukkan tiub pada jari telunjuk dan tengah, namun sekiranya esok (hari ini) jari saya masih lebam (kehitaman), ia mungkin dipotong.

Sedih hilang jari
“Saya sedih sebab kalau hilang satu jari mungkin saya masih boleh menulis, tetapi macam mana kalau dua lagi turut dipotong,” katanya.

Sementara itu, kakak Norhakime, Nurashikin Rozan, 24, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang jiran sebelum bergegas mendapatkan adiknya.

“Ketika itu, saya melihat adik sudah dimasukkan ke dalam sebuah kereta jiran untuk dibawa ke hospital sebelum saya membuat laporan di Balai Polis Senai pada hari kejadian.

“Saya bersyukur kejadian itu tidak meragut nyawa adik walaupun dia cedera dan saya berharap nasib malang angkara mercun itu menjadi iktibar kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid, mengesahkan menerima laporan kejadian.- Sumber Berita Harian