Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Persatuan Sindrom Apert Malaysia



Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Persatuan Sindrom Apert Malaysia telah berjaya dianjurkan di Rumah Makan Cibiuk, HQ Bangi pada hari Sabtu 30hb Julai 2016 yang disertai oleh ahli persatuan bersama keluarga daripada seluruh negara.
Kumpulan sokongan Apert Sindrom Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2013 bertujuan menghimpunkan pesakit, pengamal perubatan, ibu bapa dan penjaga untuk bertemu secara maya di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp.
Matlamat utama penubuhan adalah :
1. Mengumpulkan maklumat anak anak Sindrom Apert di
Malaysia.
2. Mewujudkan rangkaian di antara keluarga Sindrom Apert di
seluruh Malaysia.
3. Mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan anak
Sindrom Apert daripada pihak yang berkaitan.
4. Berkongsi pengalaman dengan keluarga Sindrom Apert.
5. Membantu bagi merangka protokol kesihatan, kebajikan dan
pendidikan untuk anak Sindrom Apert.
6. Memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan sindrom
ini.
Bermula dengan mengikuti perkembangan anak-anak Apert di seluruh dunia melalui facebook iaitu “Support Group For Children & Adults With Apert Syndrome”, kumpulan ini berjaya telah menemukan beberapa orang ibu kepada anak-anak Sindrom Apert dan kemudiannya telah mewujudkan kumpulan Sindrom Apert’s Malaysia.
Kumpulan ini terus berkembang dan turut disertai oleh ahli keluarga anak-anak Sindrom Apert dan kumpulan sokongan termasuk pengamal perubatan, kakitangan hospital, rakan media, saudara mara dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak ini.
Aktiviti interaksi melalui media sosial ini membolehkan mereka berinteraksi secara langsung didalam berkongsi pengalaman mengenai penjagaan dan rawatan disamping memberi sokongan moral terhadap satu sama lain.
Selain daripada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2016, pelbagai aktiviti lain turut berjaya dianjurkan termasuk:
1) Forum Awam Hyrdocephalus, Apert Syndrome dan Craniosynostosis di Komplek Pakar dan Bedah Harian, Hospital Kuala Lumpur pada Disember 2014 anjuran bersama Jabatan Neurosurgeri, HKL.
2) Jom Jalan Jalan Royal Floria Putrajaya pada 7 Jun 2015 bersempena Pesta Bunga Di Raja peringkat Antarabangsa di Putrajaya hasi kerjasama Jabatan Neurosurgeri, Unit PRO Hospital Kuala Lumpur, Kumpulan Sokongan Hydrocephalus, Apert Syndrome, Let’s Rock Cancer Malaysia dan Floria Putrajaya Sdn. Bhd.
Acara ini telah dirasmikan oleh Yg .Berhormat Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
3) Acara NTV& CSR Sport Challenge pada 24 Mei 2016 bertempat di Komplek Sukan Negara, Bukit Jalil.
Sehingga kini Persatuan Sindrom Apert Malaysia telah beraya menghimpunkan hampir lebih daripada 30 orang anak anak Sindrom Apert sebagai ahli berdaftar daripada seluruh negara.
Syabas dan Terima Kasih diucapkan kepada ahli JawatanKuasa Persatuan Sindrom Apert Malaysia yang dipengerusikan oleh Puan Norazlina Ahmadbersama rakan rakan yang lain seperti Datin Siti Khairatulhanim Kamarul Zaman, Puan Naizaithull Fahya Mujamil, En Muhammad Royzilee Mustaffadaripada Yayasan Kanser Malaysia dan artis jemputan Mel Ramlan,Nazilah Arshad dan Puan Rohana Anna Amdan, Unit PRO Hospital Kuala Lumpur yang sentiasa memberi sokongan.
Indang Indang Padi di Daik,
Padi Bukit ditampi juga,
Kalau ada budi yang baik,
Walau sedikit di kenang jua.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Salah silap maaf dipinta,
Tanda ingatan di Aidil Fitri.
" Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin"

Zul Ariffin Cedera Parah Di Hari Raya Ke-4





Pelakon filem ‘Bikers Kental’, Zul Ariffin telah memuat naik sekeping gambar dirinya yang cedera di bahagian muka dalam laman Instagram miliknya pada minggu lalu. GUA telah menghubungi pelakon kacak itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu.

“Sebenarnya, insiden itu berlaku pada sambutan hari raya keempat. Kejadian itu berlaku di dalam bilik saya di kampung halaman, Taiping, Perak. Saya bangun dari tidur, ketika itu waktu Subuh. Sejurus selepas saya bangun, saya terus pitam. Malangnya, muka saya terkena almari di dalam bilik saya,” jelas Zul memulakan bicara.

“Saya terus dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan. Syukur, tiada apa-apa yang serius berlaku kepada saya, cuma parut di bahagian muka sahaja. Saya memang mempunyai sakit darah tinggi semenjak berusia 23 tahun. Namun ketika menjalani pemeriksaan lanjut, pihak hospital menjelaskan yang saya pitam bukan berpunca daripada penyakit darah tinggi. Tapi, saya percaya kejadian itu sedikit sebanyak disebabkan oleh penyakit itu. Maklumlah, musim raya, jadi saya dihidangkan dengan banyak makanan yang memberi kesan kepada sakit ini,” tutur hero drama ‘Kabin di Tepi Tasik’ ini.

Zul juga menjelaskan parut yang terdapat di wajahnya semakin sembuh.


“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan dengan pakar kulit dan dia menjelaskan parut di muka saya akan sembuh dalam masa dua hingga ke empat minggu lagi. Saya juga meneruskan aktiviti seni seperti biasa. Apabila saya menjalani penggambaran, jurusolek akan menutup parut di muka saya dengan kesan solekan,” ulas Zul lagi.

Bercakap menngenai sambutan Syawal baru-baru ini, Zul menjelaskan dia menyambut ketibaan Aidilfitri secara sederhana sahaja. Dalam perkembangan terbaru, Zul bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3 yang berjudul ‘Janji Adam’. - Sumber Gua Tonton



Rumah Rosmah Mansor Terbakar Ketupat Rentung di Aidilfitri

Pontian: Tiada lagi wajah ceria menyambut Aidilfitri buat pasangan suami isteri warga emas apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Dahlan, di sini, pagi, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu turut memusnahkan kedai runcit yang terletak bersambung dengan kediaman pasangan Mansor Jamion, 67, dan isterinya, Sukirah Bidin, 67.
Mansor yang mengalami penyakit lumpuh dan tidak boleh berjalan sejak 15 tahun lalu dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dia dikatakan bersama isterinya membuka kedai runcit berhampiran rumahnya sejak 40 tahun lalu dan tinggal berdua, manakala lima anaknya tinggal berasingan berhampiran dan ada yang menetap di Kuala Lumpur.
FotoKEADAAN rumah mangsa yang terbabit kebakaran.

Ketika kejadian, tiga anaknya berada di rumah dan sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Aidilfitri.

Anak keduanya yang dikenali sebagai Suhaila, 41, berkata, ketika kejadian dia sedang membuat persiapan untuk memasak ketupat dan ayam.




tulis sini



Mercun Cicak







  • Afiq Smarties Yg korang serius sgt knp .. cicak je pon .. mcm lah korg x pnh bunuh cicak .. typical ..
  • Mohd Izwan Abu Hassan Kenapa kita perlu bunuh cicak?

    Dalam kisah penghijrahan orang islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menye
    ...See More
    Like · Reply · 50 · 15 hrs
  • Nazri Bob Selamat tggal la cicak nie... patot bnuh pon. Binatang ni la bikin kantoi nabi kita Nabi Muhammad s.a.w ketika bersembunyi di gua kerna di buru kafir quraish utk dibunuh.. bunuh cicak dapat pahala.



Duit Raya Dalam Bakul Ambil Sendiri






Kasuardi Wadi's photo.







Pelan Cadangan Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri










Duit Raya Drive Thru







  • Roshaliza Abd Hamid Maaf ye. Pada pandangan saya, ini cara yang salah mendidik anak2 zaman sekarang. Sepatutnya mereka diajar cara menyambut hari raya dengan mengeratkan silaturrahim, mrnghormati mereka yg lebih dewasa dan bermaaf2an bukannya dengan duit raya. Generasi sekarang lebih pentingkan duit raya. Harap ibu bapa zaman sekarang dpt beri tunjuk ajar yang betul kpd anak2.
    Like · Reply · 56 · 1 hr

Nora Danish Buat Kuku Raya Langgar Hukum Islam