Showing posts with label negara. Show all posts
Showing posts with label negara. Show all posts

Malaysia Negara Babi








Fatin Atiqah Mosrim Sy org sepang..jgn memandai ckp kerajaan pembangkang y luluskann..pd mulenyee nk dperluaskn lg kandang babi ni..tbe2 umngok ni kalahhh..pembngkangg mnang..so xjd laa ape y drencanakn oleh kerajaan umngok niee..sblm pembangkang perintah selangor ni babi tu da bkurun kt situ..rsenye kerajaan pembangkang bru je tadbir selangor nie..nk salahkn pemangkang jgakkk ke..len kali siasat dluu..jgn pndai bckp jee..lg satuuu mne d kandang babi ni tletak kt sepang dye tletak dkat kampung tumbok darat banting..sekian terima kasihhh..




Benjamin Netanyahu turut mengerahkan 40,000 melancarkan serangan darat ke Gaza






Kepulan asap dan api akibat bedilan roket Israel kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah, selatan Gaza, kelmarin. - AFP
GAZA CITY 8 Julai - Tentera Israel terus mencemarkan kesucian bulan Ramadan apabila melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza awal hari ini, mengakibatkan 12 penduduk Palestin maut sementara 80 yang lain cedera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi digelar Operasi Perlindungan Sempadan.
Serangan melibatkan bedilan 90 roket itu disifatkan yang terburuk sejak November 2012 ketika Israel berdepan dengan tunjuk perasaan rakyat Palestin berhubung kematian seorang remaja tempatan oleh pelampau Yahudi.

Kumpulan pejuang Hamas menyatakan, enam anggota Briged Ezzedine al-Qassam maut dalam beberapa siri serangan itu, namun dinafikan Israel.

Pasukan perubatan melaporkan, seramai 80 orang cedera termasuk kanak-kanak dan orang wanita.
Menurut sumber keselamatan Palestin, tentera Israel melancarkan lebih 70 serangan dan saksi memaklumkan, beberapa rumah menjadi sasaran mereka di Khan Younis.

Selain itu, turut menjadi sasaran adalah kedudukan anggota pejuang Palestin di sekitar Gaza.
Briged Ezzedine al-Qassam dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya tentera Israel tidak menghentikan operasi mereka, kumpulan itu tidak akan teragak-agak me-
lancarkan serangan balas dengan memperluaskan radius sasaran terhadap Israel.

Serangan udara tentera Israel itu dilancarkan selepas beberapa media semalam mengeluarkan gambar menunjukkan kedudukan tentera rejim itu bersama berpuluh-puluh unit kereta kebal yang ditempatkan di sempadan Gaza.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam reaksinya menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera. 





Negara Islam Iraq dan Levant Lantik Abu Bakar Al-Baghdadi Sebagai Amirul Mukminin





Kumpulan militan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) mengisytiharkan pembentukan sistem khalifah baru di Iraq dan Syria.

Dalam rakaman audio yang disebarkan ke lamanweb semalam, kumpulan itu melantik ketua mereka, Abu Bakar al-Baghdadi sebagai 'Amirul Mukminin' dan Khalifah meliputi Diyala di Iraq sehingga Aleppo di Syria serta semua muslim di dunia.

Kenyataan itu juga berkata majlis Syura kumpulan itu bersetuju menukar nama ISIL kepada Negara Islam sahaja dengan menggugurkan Iraq dan Levant.

"Majlis Syura Negara Islam telah bertemu dan membincangkan isu (khalifah) ini... Pergerakan Negara Islam mengambil keputusan menubuhkan sistem Khalifah Islam dan melantik khalifah untuk seluruh umat Islam di dunia," kata jurucakap ISIL Abu Mohammad al-Adnani.

"Perkataan 'Iraq' dan 'Levant' turut dibuang dari nama serta dokumen rasmi Negara Islam," tambah Abu Mohamad sambil menggambarkan betapa Khalifah ini merupakan "impian yang membara di setiap hati Muslim" dan "Harapan untuk semua penjihad."

Koresponden Al Jazeera di Baghdad Iraq, Imran Khan berkata sistem Khalifah itu bermakna satu republik Islam dengan seorang ketua telah ditubuhkan tanpa mengira sempadan antarabangsa.

Dengan pengumuman tersebut kumpulan bersenjata itu menganggap mereka telah menjadi kerajaan yang sah.

Pengumuman itu turut mungkin membawa masalah dengan pejuang Sunni lain di Iraq yang berjuang menentang kerajaan Perdana Menteri Nouri al-Maliki dan bukannya untuk Khalifah.



Ernie Zakri Tidak Putus Asa Cari Jalan Berduet Dengan Ziana Zain dan Anuar Zain






Pernah menjadi juara Bintang RTM pada 2009, penyanyi Ernie Zakri, 22, mengakui rasa terpinggir selama berada dalam industri hiburan.
Baginya, gelaran juara yang dimiliki seperti tidak memberi kesan apa-apa walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.


Sedetik Cinta ciptaan Puteri Cahaya adalah sebuah lagu ‘moderate’ yang hanya mengambil masa satu setengah jam untuk dirakamkan.
FotoERNIE mahu sambung pengajian hingga ke peringkat sarjana.

Ernie mahu pendengar disajikan dengan muzik yang santai dan boleh didengar oleh semua golongan.

“Saya rasa terkilan dengan apa yang berlaku, kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa keadaan ini harus saya lalui. Namun, ia sedikitpun tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berkarya.

“Mungkin juga saya kurang dikenali akibat kurang mendapat liputan di media walaupun sering menjayakan pelbagai persembahan pentas.

“Selain itu, kesibukan de–ngan pengajian yang bakal habis tidak lama lagi antara sebab saya kurang diberi publisiti untuk mempromosikan diri biarpun pernah menghasilkan album sulung berjudul Sinaran, tiga tahun lalu,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal di Istana Budaya.

Ernie kini pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Muzik dan Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Bakal menyambung pengajian dalam peringkat sarjana, Ernie memilih untuk melanjutkan pengajian ke luar negara jika sambutan terhadap lagu Sedetik Cinta kurang memberangsangkan.

“Saya begitu mencintai bidang nyanyian dan sejak kecil saya sudah didedahkan dengan muzik. Jadi, jika rezeki tidak berpihak sebagai penyanyi, saya bercadang menjadi pensyarah muzik apabila berjaya menamat­kan pengajian sarjana nanti.

“Bukan kecewa, sebaliknya saya harus berfikir jauh. Mung–kin rezeki tidak berpihak sebagai penyanyi dan sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi apa yang saya miliki dengan mendidik orang lain menjadi seorang penyanyi.

“Apa pun, untuk waktu sekarang saya akan memberi fokus terhadap ‘single’ Sedetik Cinta dan berharap ia akan diterima masyarakat,” katanya yang juga anak saudara Ziana Zain ini.

Menyimpan harapan supaya dapat berduet dengan Ziana Zain dan Anuar Zain, Ernie berkata, kedua-dua penyanyi berkenaan adalah semangat untuknya meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

“Saya mengagumi mereka berdua bukan hanya kerana mereka adalah bapa dan ibu saudara, tetapi melihat perkembangan masing-masing sejak awal kemunculan mereka lagi.

“Sikap ramah yang tidak berbelah bahagi terhadap semua orang yang dikenali ataupun tidak, saya harap dapat menjadi seperti mereka satu hari nanti,” katanya. -Sumber Harian Metro




Negara Terkecil Di Dunia Ditemui





INFO!! Negara Paling Terkecil DIDunia..
Tahukah anda negara apakah yang paling kecil didunia?? Bukan Singapura bukan Brunei.. Ianya adalah Sealand dengan jumlah populasi seramai 4 orang..- Sumber PenMerah





Mayat lelaki di rumah tak bernombor

Kuching: Misteri tompokan darah di depan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan parah di kepala di ruang tamu rumah berkenaan, petang tadi.
Mayat Lee Mui Chai, 57 ditemui polis trafik yang datang ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan selepas mendapat laporan mengenai kemalangan kira-kira jam 2.30 petang. 
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, pihaknya menerima laporan berlakunya kemalangan dan polis trafik bergegas ke lokasi kejadian. 

Katanya, sebaik tiba seorang wanita berusia 39 berlumuran darah berada di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Foto
PARAMEDIK memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian.

"Difahamkan wanita itu sedang menunggu suaminya untuk dihantar ke hospital menggunakan kereta mereka. Bagaimanapun, anggota trafik pelik apabila menemui tompokan darah di depan rumah terbabit dan terus membuat pemeriksaan lanjut.

"Lelaki terbabit dipercayai mati akibat terkena hentakan objek tumpul, bagaimanapun tiada kesan pergelutan mahupun rompakan di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Wanita yang berlumuran darah itu kini dirawat di HUS dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat. 

Fauzi berkata, suami wanita terbabit berusia lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  Hmetro

 

KEMALANGAN: DITELAN KEPALA AIR

Yan: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam. Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia... 



INFO: Pertabalan perlu direstui jin Islam

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"

surah ad-zariyyat : 56

"Jin itu wujud berdasarkan keterangan dari surah dalam Al-Quran di atas, sapa yang menolaknya maka berdosa besarlah kerana telah menolak satu ayat dari Al-Quran. berita pasal pertabalan jin ni aku tak pasti..sebab aku tak pernah masuk dalam istana sultan perak.. kat chandan puteri tu.. tapi aku teringat balik waktu pertama kali ustaz aku ceritakan pengalaman dia dan 39 rakan lagi untuk baca yassin dan sama-sama menghalau jin yang berada di istana sultan perak..pelbagai larangan dan pantang sekiranya korang pergi ke istana lama tersebut.tak percaya pergi sendiri ye ;D. dan aku nak kongsi ngan korang macam mane proses pertabalan jin ni.. hukum pun aku tak pasti.. maaf sangat.. korang boleh rujuk yang lebih pakar tentang agama...."

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu, dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sebelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti oleh Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Setelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Setelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Setelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' keatasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan pertabalan Baginda Direstui. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERAS TANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkeraajan....)

 Tabal Adat
Istiadat Tabal Adat adalah upacara pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah baru akan ditabal secara rasmi mengikut adat resam yang turun-menurun dan dengan penuh gilang-gemilang. Istiadat ini dilangsungkan di dalam Balairong Seri, Istana Iskandariah dengan keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan Raja Pemerintah Negeri yang lain dari Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei Darussalam. Juga diundang hadir adalah Menteri Besar, orang besar-besar, wakil rakyat dan orang kenamaan. Perkakas-perkakas Kerajaan termasuk senaskah kitab Al-Quran akan dibawa masuk ke dalam Balairong Seri. Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu pedang Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, akan dipersembahkan kepada Raja Pemerintah baru. Ketua bentara, Toh Seri Nara Diraja, turut mempersembahkan Mastika Embun serta menyunting Cap Halilintar pada telinga kanan Paduka Seri Sultan baru sambil membisik Ciri yang dikenali sebagai 'Rahsia Nisab Sultan I' kepada Paduka Seri Sultan itu. Selepas itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja membaca Perisytiharan Pemasyhuran Pertabalan Paduka Seri Sultan.

Nobat memainkan lagu 'Nobat Tabal'. Susulan daripada itu, Paduka Seri Sultan perkenan memasyhurkan penganugerahan gelaran 'Raja Perempuan' kepada isteri baginda sekiranya berketurunan Raja ataupun gelaran 'Raja Permaisuri' sekiranya berketurunan orang kebanyakan. Bunga pencawa pancara disemat oleh Paduka Seri Sultan pada ulu sebelah kanan isteri baginda. Perisytiharan Pemasyhuran Raja Perempuan juga dibaca oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Pakaian bagi istiadat ini adalah lengkap dengan bertengkolok. Bintang-bintang dan pingat-pingat kurniaan juga dipakai bersama.

Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.

Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, akan tetapi sekarang ianya didirikan di pekarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Siling dan tiang dibalut dengan kain kuning. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan.

Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak juga merupakan salah satu adat yang unik. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta yang memuatkan pasukan Nobat Diraja, panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan Raja Cik Muda bersama-sama dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara-bentara yang membawa perkakas istiadat, dan enam belas jejawat berlembing dari Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak. Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini. Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot.

Raja Cik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot serta bermula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar. Rombongan bergerak ke kuala-kuala sungai lain, iaitu Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora, untuk mengambil air serta dimasukkan ke dalam geluk.

Istiadat Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka, yang dahulunya dikenali sebagai Istiadat Tabal Jin, berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada. Istiadat ini disempurnakan pada waktu malam dan disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat, orang besar-besar serta pemimpin-pemimpin negeri. Pakaian majlis ini adlah baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersamping kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan. Istiadat ini bermula di Balairong Seri, dan para undangan dipandu ke tempat duduk di Balairong Seri. Istiadat dimulakan dengan paluan nobat. Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri ialah pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi yang dipersembahkan kepada Sultan. Istiadat ini diikuti dengan Istiadat Memulih Perkakas Kerajaan dan Perkakas Nobat, dan selepas itu, Istiadat Bersiram Tabal disempurnakan di atas Panca Persada di pekarangan istana. Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di kawasan Panca Persada, Raja Cik Muda akan memulakan Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada sebanyak tujuh kali bersama-sama dengan para bomoh dan bentara yang membawa perkakas merenjis. Baginda Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan menaiki Panca Persada, diiringi oleh Raja Muda dan Raja Di Hilir serta isteri mereka, dan diikuti oleh orang besar-besar serta isteri.

Sebaik sahaja Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Raja Cik Muda memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Air siram adalah air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dua atau tiga hari terlebih dahulu. Selesai sudah istiadat ini, baginda berdua berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana diringi dengan paluan nobat. Setelah menyalinkan pakaian, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk ke dalam Balairong Seri semula, dan bersemayam di atas petarakna singgahsana. Istiadat Merenjis Air Panca Bicara dilangsungkan, dan setelah selesai istiadat itu diikuti pula Istiadat Santapan Nasi Berastakona.

Sumber http://deathnota.blogspot.com/  

Lawak: Cara Ajar orang Kedekut Seat






Siapa pernah merasa ketika tengah bersesak di dalam komuter/LRT/STAR/Monorel tempat duduk yang ada diletak dengan barang?? Jom belajar cara-cara nak mengajar orang yang berperangai sedemikian.. 









Negara : Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia


Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia : Meleleh air mati seketika dek kerana membaca kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…
Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :

Laporan BNM 2013 : Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?

  1. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
  2. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
  3. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
  4. Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?

Jenayah: 10 cedera bom meletup di selatan Thailand


Sebutir bom buatan sendiri meletup di tempat letak motosikal di Khokpo, selatan Thailand semalam, menyebabkan 10 orang cedera dan dua daripadanya parah.
  
Lebih 60 motosikal turut musnah dalam kebakaran akibat letupan itu.
  
Ketua Polis Daerah Khokpo, Pol. Col. Kampanat berkata bom yang diletakkan pada sebuah motosikal meletup ketika pasukan sukarelawan sedang membuat pemeriksaan di kawasan letak motosikal itu pada kira-kira 9.30 pagi.
  
Suspek yang dipercayai berada di kawasan berdekatan mengaktifkan bom dengan walkei talkie, katanya.
  
Katanya anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
  
Sementara itu, tiga orang awam ditembak di daerah Khokpo pada 6 petang tadi.
  
Seorang daripada mereka mati di hospital manakala dua lagi cedera.
  
- Bernama
 

Kemangkatan Sultan Perak




IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi. Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Sumber: Sinar Harian

CHINA + MALAYSIA = PANDA?

Pertembungan Isu.

Sejak kebelakangan ini, selepas isu MH370 senyap dan selepas isu PRK Kajang lenyap, kita di Malaysia seakan-akan tiada isu baru yang lebih besar untuk diketengahkan. Kita cuma ada isu air di Selangor yang sudah kian pulih, isu PRK Teluk Intan dan juga isu Panda yang terbaru.

Sedangkan jika kita lihat keluar sedikit dari rantau negara kita sendiri, sudah terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling kita. Paling terbaru, iaitu ancaman perang dirantau kita sendiri di Laut China Selatan.

Ketegangan yang terjadi antara China - Vietnam dan Filipina semakin meruncing. Perebutan dua kepulauan - Paracel & Spratly - semakin dilihat tegang dimana lokasi kedua-dua pulau ini sedang dikawal ketat oleh tentera marin Vietnam dan Filipina. Isu ini meruncing setelah kedatangan Obomba ke rantau asia pasifik sekaligus menambahkan lagi ancaman kepada China.

Pada 2 minggu lalu juga, rusuhan anti kaum yang terjadi di Vietnam pun telah membangkitkan lagi amarah kedua buah negara 'alliance of US' ini terhadap China. Rusuhan anti-Cina di Vietnam telah menyemarakkan lagi peperangan antara mereka. Sebenarnya, Vietnam adalah sebuah negara pro-komunis dan anti-US. Namun, setelah beberapa siri perubahan pasca-Vietcong, Vietnam dilihat sudahpun menjadi proksi kuat Amerika di rantau ini.

Pasca tenggelamnya MH370 di perairan Laut China Selatan, Vietnam dilihat semakin kuat dan pro-US dengan masuknya jutaan dana dari dua buah negara kepada mereka. Begitu juga Malaysia dan Filipina.

Pada saya, isu Panda yang ramai kecoh sekarang ini harus dilihat dari kacamata burung. Isu itu memanglah dilihat sebagai satu kerja bodoh kerajaan kita kerana, bak kata pepatah "Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kebuluran". Ya itu memang benar!

Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain pula, hanya itulah SATU-SATUNYA jalan terakhir kerajaan kita untuk berdiplomasi dengan China yang masih belum digugat mana-mana kuasa. Dari segi ekonomi dan import-export, pun sudah banyak sekatan antara Malaysia - China. Walaupun negara kita membuat dasar ekonomi terbuka sekarang ini, China dilihat sudah mula perlahan-lahan mahu menutup pasaran mereka.

Dengan adanya Panda tersebut yang menelan kos dan belanja jutaan ringgit, ia telah meletakkan negara kita sebagai satu diplomasi dengan China dan masih mengekalkan persahabatan kita dua belah pihak, antara dilema pro-US dan pro-China.

Pertembungan dua buah kuasa besar dunia....

Kita, Malaysia bagaikan pelanduk tersebit antara pertembungan dua ekor gajah. Memang bagus niat kerajaan kita mengambil panda sebagai anak angkat. Secara tidak langsung ia bagaikan kita ini masih lagi ada pertalian yang teguh dengan China. Namun, dari satu sudut lain pula, kerajaan kita dilihat gagal melakukan penyeimbangan antara dalam negaranya sendiri.

Jika diikutkan resmi urusniaga, memang bodoh lah kerajaan kita sebab sanggup habiskan wang jutaan ringgit untuk panda sahaja. Anak dirumah sendiri masih ramai kebuluran..... Tiada penyeimbangan yang dibuat kerajaan untuk rakyat sendiri. Jika ada pun, sekadar melepaskan batuk ditangga. Buat kerja yang mana hasilnya tak sampai kepada marhaen pun!


PANDA DIPLOMACY (rujuk Wikipedia)

Teman-teman, bersabarlah. "Panda Diplomacy" adalah cara bagaimana negara China memaafkan Malaysia. Sesiapa yang pelajari Sains Politik, pasti angguk dan akur dengan strategi China. Mereka beri hadiah, Malaysia tanggung kos (yang pasti, ada bayaran kepada China tanpa pengetahuan rakyat kedua negara). Kononnya hadiah, sedangkan ia adalah satu jenis hukuman (baca: ‪#‎MH370‬).

Inilah yang dipanggil "World View." Dalam dunia gangster pun, ada ufti yang perlu dibayar jika ahli berbuat silap. Tak dapat dielak. Cuba anda baca ada berapa bilion Malaysia mengimport dari China? Bayangkan kalau China ugut tidak mahu mengeksport ke Malaysia? Sejak zaman Melaka lagi China adalah sahabat yang mesti kita berkawan. "If you can't beat them, joint them."


PANDA DIPLOMACY DAN BISNES

"Jika anda mahu tahu dengan negara mana China berkawan, ikutlah ke mana Panda pergi." Menurut kajian Universiti Oxford, negara China adalah satu-satunya 'rumah' yang sesuai untuk Panda di dunia ini. China hanya menyerahkan Panda kepada mana-mana negara bergantung pada perjanjian niaga di antaranya, dan kesediaan menjaga panda walau ketandusan sumber alam.

Tapi saya kira bisnes begini ada syubhahnya, kerana banyak faktor luar yang pengaruhi jagaan Panda seperti cuaca, suhu, udara dll. Ia bukan seperti perjanjian menjaga kambing atau lembu. Saya kurang arif.

Dalam bisnes, "Panda Diplomacy" atau Perjanjian Panda ada dipraktikkan dalam diam. Panda = Komitmen. Gantikan Panda dengan barangan lain. Contohnya, Syarikat pengeluar F&N menawarkan pinjaman atau pajakan peti ais minuman tanpa syarat ketat, KECUALI hanya meletakkan produk dari PERMANIS sahaja (100 Plus, Mountain Dew, Pepsi). Pekedai runcit mahukan trafik dari peminat air minuman PERMANIS, manakala PERMANIS perkuatkan marketing.

Panda isu lain. TNB dan GST naik itu adalah isu lain. Kedua-duanya memang rakyat yang tanggung, namun keperluannya berbeza. Hati-hati dalam buat perbandingan. Cernalah maklumat dengan akal bukan emosi, dan akhir sekali bersederhanalah.

Ketahui dan fahami apa yang anda Anti atau Pro. Sepertimana kita tidak layak membandingkan pelaburan digital (Forex/Bursa) dengan pelaburan fizikal (emas, silver, dll), begitu juga dalam isu Panda ini.

Nantikan pendedahan saya, dimanakah lokasi sebenar MH370 dan apakah nasib mangsa. InsyaALLAH akan ditulis dalam minggu ini atau awal minggu hadapan.

Sekian dahulu,

Salam tengah hari, selamat berehat untuk semua pekerja.

Kredit:

1. Wikipedia
2. Irfan Jani
3.http://dramaraja.blogspot.com/2014/05/pertembungan-isu.html

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.