Showing posts with label penjara. Show all posts
Showing posts with label penjara. Show all posts

Pelajar Malaysia 23 Tahun Dijatuhi Hukuman 5 Tahun Penjara Kerana Miliki Bahan Porno


 
PETALING JAYA: Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak.

Nor Nordin, yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis, untuk sejumlah 13 kesalahan.

Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan bahan tersebut'.

Turut dilaporkan bahawa dia berdepan dengan kemungkinan dihantar pulang serta-merta setelah dibebaskan dari penjara.

Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'.

Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif KOnstable Sara Keane dari Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran gambar dan video.

"Nor Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya.

Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana jumlah imej dan 'kandungan membimbangkan' yang menjadi miliknya.

Bomoh Jongkong Emas Dipenjara

Kota Bharu: Seorang pengamal perubatan tradisional wanita dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam selepas didapati bersalah memperdayakan anak saudaranya menyerahkan barang kemas dua tahun lalu.
Majistret Mohd Isa Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Siti Meriam Hamat, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Ogos 2013.
Sebelum ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Machang terhadap tuduhan memperdayakan mangsa lain.
Mengikut pertuduhan, Siti Meriam didakwa memperdayakan Wan Zulhazira Wan Mustapa, 27, sehingga mendorong mangsa menyerahkan seutas rantai leher emas, sebentuk loket dan sebentuk cincin di hadapan sebuah pasar raya di Kedai Mulong, Jalan Kuala Krai antara jam 4 hingga 5 petang pada Januari 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa berada di rumah tertuduh kerana membawa ibunya mendapatkan rawatan tradisional daripada suami tertuduh.
Tertuduh mengajak mangsa menemaninya ke mesin pengeluaran wang (ATM), namun dalam perjalanan, tertuduh memberitahu mangsa bernasib baik terpilih menjadi ahli Raja Zulkarnain yang didakwa raja orang bunian.
Tertuduh berkata, mangsa boleh mendapat kekayaan dalam bentuk jongkong emas dan wang tunai melalui raja itu dengan syarat mangsa perlu menyerahkan barang kemas miliknya sebagai syarat menjadi ahli terpilih.
Mangsa menyerahkan barang kemas kerana tertuduh berjanji menyerahkan semula barang kemas itu selepas memperoleh jongkong emas.
Bagaimanapun selepas sembilan bulan, mangsa tidak memperoleh semula barang kemas itu.
FotoSITI Meriam dibawa keluar dari Mahkamah Majistret untuk menjalani hukuman.