Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

MAHATHIR: Melayu Merayu Kuasa 2020






Dr Mahathir (tengah) sempat melayan permintaan untuk bergambar kenangan 'wefie' bersama sebahagian daripada peserta Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA'14) selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Halatuju Melayu Islam Menjelang Wawasan 2020' di Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara, di ibu negara, Sabtu.
 
 
KUALA LUMPUR: Orang Melayu yang memperkenalkan konsep perkongsian kuasa dengan kaum lain akhirnya akan menjadi lemah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikutan itu, bekas perdana menteri itu menggesa masyarakat supaya belajar daripada kesalahan lampau dan tidak mengambil mudah bagi memastikan mereka tidak kehilangan kuasa politik pada masa depan.
Beliau juga memberi amaran bahawa golongan Melayu akan ketinggalan walaupun negara terus mencapai status negara berpendapatan tinggi.
"Walaupun kita (Melayu) merangkumi 60 peratus populasi yang sekali gus menjadikan kita majoriti, tetapi kita masih dibahagikan kepada tiga parti politik.
"Dengan itu, kita tidak dapat memperoleh majoriti kukuh dalam kerajaan kerana untuk mendapat sokongan majoriti, parti politik Melayu terpaksa merayu sokongan bukan Melayu, terutama kaum Cina.
"Hanya untuk memenangi pilihan raya, sama ada Umno, PAS atau PKR, mereka perlu merayu kepada DAP untuk mendapat undi," katanya pada Konvensyen Kepimpinan Belia Nasional Nusantara pada Sabtu.
Katanya lagi, apabila orang Melayu menjadi peminta sedekah, tentu sekali tidak akan berkuasa.
"Peminta sedekah tidak ada kuasa politik," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu untuk mematuhi asas Islam bagi mengubah nasib bangsa.




Bible Bahasa Melayu Mula Tersebar Meluas Di Malaysia






KAJANG: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menutup mulut terhadap dakwaan wujudnya cop amaran dalam bible Bahasa Malaysia dan Iban yang dipulangkan semula kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) bulan lalu. 
Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis di Gereja Holy Family Kajang di sini pada Ahad, Azmin hanya menjawab isu tersebut tela diselesaikan.

"Ia telah selesai, jangan timbulkan sebarang provokasi," kata Azmin ringkas sebelum meninggalkan premis berkenaan.





Sebuah portal berita melaporkan bible berkenaan telah dicop dengan tulisan dalam bahasa Melayu yang melarang bible tersebut diedarkan di Selangor selari dengan enakmen negeri.

Tulisan tersebut berbunyi: "Hanya untuk kegunaan orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan mana-mana bahagian seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 (1), Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Memetik sumber, laporan berita tersebut berkata BSM tidak langsung mengetahui mengenai amaran tersebut hinggalah bible berkenaan dipulangkan semula.

Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu pejabat BSM di Petaling Jaya dan merampas 321 bible dengan alasan ia telah melanggar Enakmen Agama Bukan Islam, 1988 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Bible tersebut akhirnya dipulangkan semula kepada BSM bulan lalu, sebelum ia diedarkan kepada orang Kristian di Sarawak. - mStar




Bunkface Dilayan Macam Sampah Dengan Penganjur Konsert Antarabangsa








Bunkface kesal tindakan penganjur konsert artis luar yang berat sebelah terhadap artis tempatan.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bunkface menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.

"Kami sudah banyak kali terkena layanan macam sampah yang diberikan pihak penganjur untuk pembukaan konsert-konsert artis luar negara.

"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).

Sam berkata, perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.

"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.

"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, mereka bakal keluar dengan album ketiga berjudul Malam Ini Kita Punya dan akan dilancarkan pada 2 Oktober depan.

Tambahnya, album tersebut bakal menepis tanggapan peminat bahawa kumpulan Bunkface semakin suram.

"Kita akan lancar album ketiga bulan depan selepas dua tahun selepas album kedua dulu. Dalam album itu ada tujuh buah lagu baru termasuk Rentak Laguku.

"Album itu juga akan menjawab tanggapan pendengar dan peminat yang kata kami sudah suram, bagi saya kami sentiasa ada keluar single cuma tiada kerjasama dengan syarikat besar seperti TM dulu membuatkan orang kurang perasaan kewujudan produk kami di pasaran muzik," ujarnya. - Sumber MSTAR




Sejarah Yang Disembunyikan - Rahsia Sistem Khilafah Dengan Alam Melayu






Fakta Hubungan Pemerintahan Khilafah Islamiah dengan Alam Melayu - Sejarah yang Disembunyikan



Fakta Hubungan Pemerintahan Khilafah Islamiah dengan Alam Melayu - Sejarah yang Disembunyikan



Setelah Saya berjalan-jalan didalam facebook saya amat tertarik dengan artikel ini dan saya berasa ia amat penting bagi rujukan umum dan bacaan kita umat islam yang tinggal di alam melayu ini,






"Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu":
" Sejarah yang Disembunyikan"


Istilah-istilah Penting

Khalifah – Pemerintah
Khilafah – Sistem Pemerintahan Islam yang satukan umat Islam seluruh dunia. Ia
bermula dari Rasulullah dan berakhir pada 3 Mac 1924
Sekularisme – Pisahkan Islam dari kehidupan

Generasi Sekarang Tidak Pernah Menikmati Indahnya Khilafah?

Syeikh Daud Hamdan (Ulamak Timur Tengah):

“Generasi kini belum pernah saksikan Khilafah yang terap sistem Islam.”
“Khilafah bukan khayalan”

“Buktinya Khilafah wujud selama 13 abad”
“Khilafah pasti wujud masa akan datang”
“Menegakkan Khilafah adalah wajib”


"Karl Vick, Wartawan Akhbar Washington Post
Sabtu, Januari 14, 2006";

“Khilafah amat dihormati oleh ramai Muslim. Menurut temuramah yang saya lakukan, Muslim lihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang dikenang sebagai ingatan dan sebagai prinsip yang perlu dicapai”
“Harapan munculnya Khilafah tidak akan hilang kerana Muslim ingat kekuatan mereka di zaman silam, lihat kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa depan.”


"Hasil Siasatan Karl Vick"

Kerem Acar, tukang jahit di Istanbul. “Saya mungkin tak hidup untuk saksikan Khilafah, & mungkin anak saya pun tidak dapat saksikannya, tetapi cucu saya akan saksikan seseorang isytihar dirinya Khalifah, & ini akan datangkan kesan besar ke atas dunia.”
Ertugul Orel,pemilik kedai pakaian di luar Masjid Aya Sofia, Istanbul, ”Saya harap Khilafah akan muncul sekali lagi kerana jika ada Khilafah semua Muslim akan bersatu.”

"Karl Vick Lagi"

Atacan Cinar, pemilik kedai cenderamata, Semasa Khilafah Uthmaniyah, tidak ada masalah dalam negara Islam
Ali Bulac, wartawan dan penulis buku,
Konsep Khilafah masih lagi bergema dalam ingatan masyarakat.”
Ahmet Arslankaya, Turki,”Sesuatu ideologi mesti kekalkan keutuhannya. Matlamat strategik terakhir kita adalah untuk sebarkan pemikiran Islam ke seluruh dunia dan bawa bendera Islam ke Rumah Putih di Amerika.”

"Karl Vick di Denmark"

Fadi di Copenghagen, ibukota Denmark "Bush kata umat Islam akan wujudkan Khilafah yang menjangkau dari Sepanyol ke Indonesia. Penegakan Khilafah akan dicapai melalui usaha yang dilakukan oleh mereka yang bekerja keras.”
Muziz, Copenhagen, “10 tahun dahulu ramai merasakan Khilafah tak realistik. Tapi sekarang, ramai yakin Khilafah akan wujud dalam beberapa tahun lagi.”

"Bai’at = Ketaatan Kepada Khalifah"

Hadis: “Siapa sahaja mati dan di pundaknya tiada baiat, maka matinya dalam keadaan mati jahiliyah.”
(Riwayat Imam Muslim)
Pemerintah Melayu beri baiat kepada Khalifah
(Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)










"Khilafah & Alam Melayu"

*Penyebaran Islam di Alam Melayu*

Pakatan antara Khilafah dengan Kesultanan Acheh, Melaka, Sulu,Maguindanao, Johor

3 Mac 1924 – Khilafah Dimusnahkan dan reaksi di Alam Melayu

Pasca Keruntuhan Khilafah

Usaha Kembalikan Khilafah

Pandangan Barat Tentang Khilafah


"Profesor Anthony Reid kata Muslim ingin Khilafah kembali"

“Impian supaya wujud kuasa Muslim yang kuat lagi maju terus beri ilham kepada Muslim di mana-mana yang merasakan mereka lemah dan dijajah. “



Khilafah Uthmaniyah tersemat dalam hati mereka selama 400 tahun.”

Umat Islam di alam Melayu merasakan mereka adalah sebahagian dari masyarakat Islam antarabangsa”

"Khilafah Umayyah (660 – 749M)"

Muawiyah cuba serang Jawa pada 674M tetapi tak jadi
Beliau hantar utusan untuk siasat sahaja.
Raja Srivijaya kirim 2 surat kepada Muawiyah & Umar Abdul Aziz, akui kebesaran Khilafah
Muawiyah kirim surat kepada Raja Srivijaya, Lokitavarman, ajak peluk Islam
Khalifah Sulaiman (715-717M) kirim 35 kapal perang ke Sumatera.
Hasil dakwah Khalifah Umar Abdul Aziz (717 – 720M) Raja Srindravarman, pengganti Lokitavarman, pada 718M peluk Islam

'Kerajaan Hindu Lenyap dengan Bantuan Khilafah"

Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot antara tahun 1513 dan 1528 akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam

Kejatuhan empayar Hindu Majapahit tidak akan tercapai tanpa peranan Khilafah Uthmaniyah yang menyekat penjajah Portugis dan kirim bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke nusantara.




"Khilafah Uthmaniyah hantar pendakwah - Wali Songo (9 Wali)"

Sultan Muhammad 1 kirim 9 ulama’ & pada 1404M
mereka ke pulau Jawa:
* 2 dari Turki.
1 dari Uzbekistan.
1 dari Mesir.
1 dari Maghribi.
2 dari Iran.
2 dari Palestin.
Tiada Nasionalisme










"Melaka"


Dari perkataan Arab ‘Mulaqat’ = tempat pertemuan / pusat perdagangan 
1471, Sultan Mahmud ke2 (Khilafah Uthmaniyah) ikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah.
Khilafah bantu Melaka dengan senjata, askar
Melaka jadi Pusat Dakwah
Ulamak dihormati di Melaka,
Hari ini ulamak dicaci
Sultan Melaka aktif menyebarkan Islam

"Undang-undang Melaka (Abad 15 – Awal Abad 16)"

Hukum bunuh ke atas muhsan yang berzina (Fasal 2)
Qisas – Bunuh dibalas bunuh (Fasal 5)
Potong Tangan – Mencuri (Fasal 7)
Ekonomi - Haram ambil riba’ (Fasal 30)
Hukuman Murtad – Jika tak taubat dibunuh (Fasal 36)



"Portugis Takut Khilafah"

1511 Portugis jajah Melaka
1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka.
Portugis hancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyakki akan ke Melaka

"Musuh Islam Kaji Kelemahan Muslim"

Snouck Hurgronje = agen perisik dan penasihat Belanda
1885, beliau ke Mekah, isytihar beliau masuk Islam di hadapan 2 pegawai Khilafah
Pakai nama Abdul Ghaffar
Beliau lapor orang Melayu yang sokong Khilafah
Snouck nasihat Belanda galakkan umat Islam buat ibadat dan melakukan amalan yang lain selagi tidak libatkan politik.
Matlamat : salurkan semangat Islam supaya menjauhi politik dan tak sokong Khilafah.
Perkara ini juga dilakukan Inggeris di Tanah Melayu.
Inilah yang dinamakan Sekularisme

"Abdullah Munshi Bukan Wira"

Melayu tulis sejarah rujuk Inggeris
Abdullah Munshi (1796 – 1854)
Tokoh Malaysia pertama yang serah dan kerjasama dengan barat
Abdullah bantu padri dan mubaligh kristian terjemah injil ke bahasa Melayu
Abdullah belajar “kebebasan berfikir” dari padri
Inggris gelar beliau “Abdullah Padre”
(Rujukan: Dr. Abdul Rahman Abdullah, USM)

"Sultan Abdul Hamid Ke 2 (1876 – 1908) Prihatin Terhadap Umat Islam"

* Mahu satukan umat Islam seluruh dunia termasuk Melayu * Orang Melayu dahulu sayang & kagum dengan kepintaran & keberanian beliau (Dr. Michael Francis Laffan) * Rajin: Kerja 14 jam sehari







"Hubungan Erat Johor dengan Khilafah"

Johor dari perkataan Arab ‘Jauhar’ bermakna permata
1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul
1893 – Sultan Abu Bakar lawat Istanbul kali ke2
Sultan Abdul Hamid kurniakan 2 wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).

Ruqayah ibu kepada Dato’ Onn Jaafar
1894, kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor.
Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar.

"Undang-undang Khilafah dijadikan Undang-undang Johor"

1895 – Ketika Sultan Ibrahim perintah Johor, dikeluarkan perintah kepada Jabatan Agama Johor supaya diseru nama Sultan Ibrahim dalam khutbah beriring dengan nama Khalifah Uthmaniyyah 



Undang-undang Khilafah diterimapakai sebagai undang-undang kewangan di Johor sejak 1893 lagi.

1904 – Sultan Ibrahim kurniakan bintang kebesaran Johor kepada pegawai-pegawai Khilafah Uthmaniyah
1913 – Undang-undang Khilafah Uthmaniyah dijadikan Majalah Ahkam Johor
Masjid Sultan Abu Bakar disiapkan dalam tahun 1900
Senibinanya berasaskan senibina masjid Khilafah.

"Raja Ali Kelana (Mufti Johor) Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah"






"Rakyat Negeri Sembilan Sokong Khilafah"


1892 – Di Negeri Sembilan, Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) & Penghulu Inas, minta panglima tentera laut Khilafah yang lawat Singapura bantu umat Islam di Tanah Melayu ‘ketepikan Britain’.
Majlis Negeri atas desakan Britain singkir Penghulu Inas.
Britain serba salah untuk hukum Syed Hamid.
Syed Hamid tokoh yang amat penting & Britain tidak berani ambil tindakan drastik ke atasnya.
(J. M. Gullick)











"Bendera Khilafah berkibar di Sungai Ujong"

Pembesar-pembesar Sungai Ujong, Datuk Kelana & Datuk Bandar gaduh .
Datuk Kelana lawat Gabenor Singapura dan pada 21 April 1874, menandatangani persetiaan menerima perlidungan British dan meletakkan Simpang dan kawasan-kawasan dari Simpang ke Permatang Pasir di bawah kuasa British.
Datuk Kelana kibar bendera British
Sekumpulan orang kibar bendera Khilafah telah kelihatan untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah (h. 189, Sejarah Malaysia, Barbara Watson Andaya)

10 Oktober 1874, Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British.
Akibatnya Sungai Ujong dijajah British





"Pahang"

Julai 1892 – Dato’ Menteri Pahang telah melakukan perbincangan di Singapura dengan Sir Cecil Clementi Smith, Pesuruhjaya Tinggi Britain.
Cecil dakwa punca kekacauan di Pahang adalah kerana seorang Sayid Arab menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen minta bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu.
(h. 71, William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press, 1994)

"Khilafah Hargai Ulamak Melayu"

"Syeikh Daud Abdullah al-Fatani"

Lahir di Gerisik, Pattani, pada 1133H (1721).
Kerana ilmunya yang mendalam, beliau melayakkan diri mengajar di Masjidil Haram.
Khilafah Uthmaniah lantik beliau jadi Sheikh Haji dan merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan tersebut

"Khilafah Terbit Buku Islam dalam Bahasa Melayu Untuk Sedarkan Umat Islam"

1884 - Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani 






"1890an – 1908"



Usaha Khilafah Untuk Selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja


Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.



Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi.



Seorang daripadanya pergi ke Patani dan singgah di Bangkok merundingkan perkara ini dengan pegawai-pegawai Siam sementara seorang lagi pergi ke Kelantan dan singgah di Singapura merundingkan perkara yang sama dengan Inggris. Rancangan ini tidak berjaya kerana Barat terutama Inggeris begitu kuat mempengaruhi politik orang Melayu (h. 117, Mohd. Zamberi A. Malek, Patani Dalam Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994)
Cubaan itu tidak berhasil.



Syeikh Wan Ahmad meninggal dunia 1908.

Syeikh Wan Ahmad, Hero Melayu Pattani, Selatan Thailand

Syeikh Wan Ahmad (1866-1908M), ulamak Pattani.
Beliau seorang pembesar di Mekah dan orang kepercayaan Khilafah.
Dia bertungkus lumus dengan rakannya untuk sedarkan Muslim dan menyatukan alam Melayu denan Khilafah 



Sultan Abdul Hamid 2 jemputnya datang ke istananya di Turki.
Syeikh Wan Ahmad karang buku tentang sejarah Khilafah Uthmaniyah
Bangsa Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu.
Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.

"Filipina (Abad 18 – 20)"

Sultan Muizuddin pemerintah Kesultanan Sulu, (abad ke 18) hubungi Khilafah
Uthmaniyyah untuk minta bantuan perangi Sepanyol
Sembahyang & khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul
(Rujukan: Cesar Adib Majul)

"1904"
Riau Minta Bantuan Khilafah


Februari 1904, putera-putera Sultan Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan.
Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu.
Oktober 1904, Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.
Julai 1905, Khalifah minta Ratu Belanda supaya tidak serang Muslim di nusantara tapi ditolak Belanda

"Singapura"

Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura (1880-1890an) cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah



Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah
Akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah

"Sultan Brunei Minta Bantuan Khilafah Uthmaniyah - 1908"

"Perang Balkan & Libya Melayu Prihatin"

Perang Balkan (1912-1913) – Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro
Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru.
Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.
1912, Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya.

"Seruan Khilafah Perang Dunia 1 (1914 – 1917)"

Umat Islam di nusantara mendoakan kemenangan Khilafah


"Akhbar dahulu kritik Melayu suka berseronok Malangnya Melayu hari ini tetap tak sedar Akhbar Melayu kumpul dana untuk Khilafah"

Neracha (1911-1915) yang miliki pembaca hingga ke Indonesia, Makkah dan Kaherah, kritik Melayu yang sibuk dengan pertandingan bola, dan tidak peduli nasib umat Islam.
Akhbar itu lancarkan tabung bantu Khilafah Uthmaniyah dapatkan senjata dan peluru, minta pembaca menyumbang $1.00 seorang. 



Orang-orang Melayu di Perak dan juga Muslim di Indonesia, anjurkan kempen kumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di ibukota Khilafah, Istanbul.
Kempen serupa dilancarkan sebelum itu untuk Muslim di Tarablus (Tripoli, Libya) ketika serangan Itali. 



Neracha seru Melayu dan semua Muslim tentang tanggungjawab mereka untuk sokong Khilafah, ingatkan mereka jika Khilafah Uthmaniyah kalah, ia akan malukan mereka.

"Perang Dunia 1 Khilafah lawan Britain"

Bila Perang Dunia 1 meletus dan Khilafah Uthmaniyah bergabung dengan Jerman, timbul kebimbangan di pihak pentadbiran British di Tanah Melayu kemungkinan orang Melayu atas dasar persaudaraan Islam menyokong perjuangan Khilafah.
Kebimbangan pentadbir British ini didasarkan kepada semangat yang ditunjukkan oleh orang Melayu terhadap perjuangan Khilafah seperti dipaparkan dalam akhbar-akhbar yang mereka terbitkan.


"Rakyat Terengganu Sokong Khilafah"

Ketika Peperangan Dunia Pertama, ulama Terengganu berkobar-kobar untuk nyatakan sokongan mereka terhadap Khilafah ketika perang. (J. M. Gullick)
Keyakinan Melayu bahawa Khilafah akan menang kuatkan semangat Terengganu untuk menolak penasihat British (A. Gordon)
Britain ugut mereka

Britain Sekat Berita Tentang Khilafah
Britain sedar Muslim taat kepada Khalifah
Britain sekat berita tentang peperangan Dunia Pertama yang menyaksikan Khilafah menentang Britain.
Akhbar Neracha ditutup secara paksa oleh Britain dalam tahun 1915 dan akhbar Tunas Melayu juga ditutup oleh Britain

"Penentangan Askar Islam di Singapura - 1915"

Februari 1915, askar Islam yang berkhidmat dengan Britain melakukan penentangan.
Askar Muslim dapat berita mereka akan dihantar untuk perangi Khilafah.
815 askar India dan 100 askar Melayu menentang Britain.
33 askar Britain dan 18 pegawai Eropah mati.
Peniaga Singapura Kassim Ali Mansor, dihukum bunuh kerana dituduh mengetuai penentangan. Kassim satukan askar Melayu dengan Khilafah
Askar-askar Muslim ditembak mati oleh British

"Askar Islam di Singapura ditembak mati kerana sokong Khilafah - 1915"

"3 Mac 1924 Khilafah dibubarkan"

"Fatwa Mufti Brunei:"

“Demikian juga orang Islam apabila lebih mirip kepada Barat dengan membuang dan membelakangi agama sendiri dan memilih sekularisme sebagai dasar dan pemerintahan negara sebagaimana berlaku di Turki bilamana perlembagaannya telah memasyhurkan sekularisme sebagai dasar pemerintahan.
Mulai 1924 tumbanglah Khilafah Islamiah.
Mustafa Kamal Ataturk buang undang-undang Khilafah dan gantinya dengan yang baru.
Diambilnya undang-undang dari Switzerland, Itali, dan Jerman.
Bahkan juga kemuliaan dan kehormatan al-Quran juga turut dicabuli dengan merumikannya.”

"Reaksi Melayu"

Selepas Khalifah dibubarkan sebuah pertubuhan di Pulau Pinang yang namakan dirinya sebagai Perhimpunan Khalafah keluarkan pengisytiharan tentang tanggungjawab setiap umat Islam supaya hidupkan kembali Khilafah.

"Tok Kenali (1870 – 1933) Berdakwah Bangkitkan Kesedaran"

Dirikan Majlis Ulama Islam Kelantan
Tok Kenali terbitkan majalah Pengasoh yang melaporkan perkembangan tentang Khilafah dan minta Melayu prihatin terhadapnya

"Pahlawan Islam, Tok Janggut, lawan Musuh Islam, Britain Tok Janggut digantung setelah diarak di sekeliling Kota Bahru"
"Sultan Johor hantar 2 wakil ke Persidangan Khilafah 1926"

Syed Hasan dan Syed Abu Bakar al-Attas hadiri Persidangan Khilafah di Kaherah 1926 sebagai wakil Sultan Johor. 



Syed Muhammad Aqil, anak saudara beliau, Syed Ahmad bin Omar dan 2 anak lelaki Syed Ahmad (Syed Muhammad Ali dan Syed Abdullah) hadiri persidangan itu
Jumlah wakil dari Malaya ke Persidangan Khilafah = 6 orang

"Pelajar Malaysia Ingin Khilafah Kembali"

Jawatankuasa Persatuan Kebajikan pelajar-pelajar Malaysia Al-Difa’ Al-Watani (Pertahanan Kebangsaan) hantar wakil ke Kongres Dunia Islam di Mekah pada 1926 untuk bincang tentang Khilafah, dan
2 wakil bertolak dari Tanah Melayu
(William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism)

"Keprihatinan Umat Islam Indonesia"

Kongres umat Islam Indonesia ke3 di Surabaya –
Disember 1924. 



Keputusan penting Kongres adalah libatkan diri dalam gerakan khilafah dan kirim utusan sebagai wakil umat Islam Indonesia ke kongres dunia Islam.
Tokoh pertubuhan Sarikat Islam, Tjokroaminoto, kata khalifah bukan Cuma untuk Muslim di jazirah Arab, tetapi juga bagi umat Islam nusantara. 



Beliau kiaskan umat Islam laksana 1 tubuh. Bila umat Islam tiada khalifah maka “seolah-olah badan tidak berkepala”

"Sekularisme, Nasionalisme & Patriotisme Hancurkan Perpaduan Umat Islam
Seluruh Dunia."


1905 – Istilah ‘Tanah Air’ (Patriotisme) diperkenalkan dalam kamus Melayu supaya umat Islam lebih cinta tanah airnya daripada mencintai Islam 
(Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)



Nasionalisme = Bersatu atas dasar bangsa yang samaIa adalah ikatan yang bersifat emosional
Ia tidak manusiawi kerana menimbulkan pertentangan dan perselisihan sesama manusia
Dalam tempoh antara Perang Dunia 1 dan 2, nationalisme Melayu dimasuki ideologi sekularisme dan perpaduan Islam (pan-Islam) hilang



Sumber: Buku bertajuk ‘Malaysia’ karya J. M. Gullick, Ernest Benn Limited, London, 1969



Umat Islam dilalaikan oleh penjajah dengan NASIONALISME, SEKULARISME, Kebebasan
Umat Islam di nusantara berpecah belah kepada beberapa buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand
Tiada siapa selamatkan umat Islam yang ditindas di selatan Thailand & selatan Filipina


"Alam Melayu Menuju Khilafah"
Kebangkitan Umat Islam drastik di Indonesia
Pasca 11 September 2001 – Amerika serang umat Islam
Penulis Free World Academy dalam artikelnya “FUTURE OF SOUTH EAST ASIA” kata “Sejak September 2001, semangat Islam makin meningkat. Gelombang Islam bertujuan mewujudkan sebuah Khilafah yang perkasa termasuk Indonesia, Malaysia dan kawasan selatan Thailand dan Filipina.”



Selatan Thailand – umat Islam dizalimi
Selatan Filipina – umat Islam diserang


Muslim dibunuh di selatan Thailand
Hanya Khilafah yang boleh selamatkan mereka


Musuh Mahu Nusantara Menentang Khilafah ?

Jangan percaya propaganda musuh Islam
Musuh Islam kaitkan Islam dengan pengganas
Sebahagian besar perjuangkan Islam secara aman
Olehkerana Islam dipaparkan secara negatif, ramai beralih ke sekularisme
Musuh Islam takutkan Muslim supaya jangan kembali kepada Islam dan lupakan sejarah
Taktik Musuh: Muslim dilekakan dengan cara hidup Barat

Ramalan Agensi Perisikan Amerika, CIA


Laporan ‘Mapping The Global Future’ oleh National Intelligence Council (agensi CIA)
Khilafah akan tegak semula pada 2020
Khilafah akan cabar Amerika
Alam Melayu akan diperintah oleh Khilafah


"Mimpi Ngeri Amerika !!!"


How Many Divisions Has the Caliph?
(Akhbar TCS Daily)
James Pinkerton , 18 Jan 2006
Pembantu Presiden Reagan & Bush


“Bolehkan Khilafah disatukan semula ?
Ini nampaknya suatu prospek yang sedang meningkat. Orang terkenal seperti presiden Bush pada 6 Oktober 2005 mengatakan jika Amerika kalah di Iraq, akibatnya Khilafah Baru akan muncul”

"Lee Kuan Yew Takut"

Lee Kuan Yew kata pada Disember 2002 bahawa
100 kumpulan Islam “mahu tegakkan Khilafah yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura” 

"Humme 1877"



“Jangan lupa: setiap orang Islam adalah musuh anda!”

"Nabi Berjanji Khilafah Akan Tegak Tapi Muslim Mesti Rajin Berdakwah
Hadis :



“…kemudian Dia akan menaikkannya kemudian menurunkannya; kemudian akan muncul khilafah rasyidah yang sesuai kaedah kenabian, kemudian dia (nabi SAW) diam." (Musnad Imam Ahmad 4/273). "





"Kesimpulan"

Peranan Khilafah dalam alam Melayu dalam banyak buku sejarah diabaikan malah kadangkala diselewengkan



Sejarah Alam Melayu di bawah naungan Islam bukan perkara asing kerana ia telah berjalan selama 1300 tahun lamanya



Penyatuan umat Islam bukan khayalan atau mimpi kerana Allah dan RasulNya berjanji ia akan jadi kenyataan



Melayu tidak akan berjaya jika ketepi Islam

Pertahankan Islam jika Islam difitnah
Sebarkanlah Islam secara AMAN jika tak nak hancur


Sumber - AzizulHakim91.blogspot.com



Melayu Jadi Bahasa Utama Dunia










Gambar Ranjang Tersebar Di Instagram








Kalau pun agama dicampak ke tepi, kita masih terikat dengan budaya Melayu yang mementingkan adab kesopanan.
Tapi kalau dah selamba kongsi gambar di ranjang dengan orang ramai, nak cerita pasal kesopanan apa lagi kan?
Kalau ditengok gambar di atas bentuk hidung dan kulit saja rasanya dah tahu apa bangsa mereka. Namun mungkin atas niat mahu menunjukkan kebahagiaan agaknya maka budak dua ekor ini tak ada rasa malu langsung untuk jadikan gambar ini tatapan umum di laman Instagram.
Apakah mereka tidak terfikir kalau gambar ini ditatap oleh keluarga atau ibu bapa mereka?
Malah kalau pasangan suami isteri sekali pun, perkongsian gambar begini amat memalukan.
Apa pun mengambil berkat Ramadan yang bermula esok, marilah kita doakan semoga kedua-dua budak ini diberikan hidayah oleh Tuhan agar punya rasa malu.Sumber: -  #mynewshub




Anugerah Neway 2014 Cari Raja Karaoke





(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pusat karaoke Neway bakal mengadakan majlis Anugerah Karaoke Neway 2014 yang bakal berlangsung di The Theatre Gardens Mid Valley Kuala Lumpur pada 5 September depan.
Menerusi satu kenyataan media kepada mStar Online, acara itu bakal mengangkat tema 'Muzik Untuk Semua' selari dengan konsep Neway untuk menjadi hub karaoke bagi semula golongan.

"Selepas mendapat maklum balas yang baik bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular Neway 2013 pihak Neway telah mengorak selangkah kehadapan pada tahun ini dengan penganjuran Anugerah Karaoke Neway 2014," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut anugerah yang mengetengahkan lagu-lagu Melayu popular ini diharap dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air disamping memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat rakaman yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu kepada Neway.

Sebagai permulaan, sebanyak lapan kategori bakal di dipertandingkan iaitu 10 Lagu Melayu Paling Popular, lima Lagu Serantau Terbaik Karaoke, Artis Baru Terbaik Karaoke, Duo/Berkumpulan Terbaik Karaoke ,Artis Lelaki Terbaik Karaoke, Artis Wanita Terbaik Karaoke, Muzik Video Terbaik Karaoke, dan Undian Paling Meriah.

Peratusan undian dibuat berdasarkan 60 peratus lagu yang dimainkan di premis-premis Neway dan 40 peratus lagi diambil dari undian di laman web anugerahk.newaykb.com.my dan portal Tonton Muzik.

"Biarpun dengan majlis anugerah yang sederhana, pihak pengurusan Neway Karaoke Box Malaysia berharap penganugerahan ini dapat membantu memeriahkan lagi industri muzik tanah air," kata kenyataan itu lagi. - Sumber MSTAR



Wilayah Melayu Yang Hilang di Thailand





WILAYAH Satun, Trang, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla cukup sinonim dengan orang Islam di Thailand. Kesemua wilayah ini, kecuali Trang dan Pattani bersempadanan dengan Malaysia. Walaupun majoriti penduduk di wilayah-wilayah ini adalah orang Melayu-Islam, tetapi wilayah-wilayah ini bukan lagi sebahagian daripada negara kita.
Apakah benar apa yang dikatakan bahawa wilayah selatan Thailand adalah wilayah Melayu yang hilang?



Sejarah Awal
Negeri Kedah yang wujud pada hari ini merupakan sisa tinggalan daripada wilayah kerajaan Melayu yang terbentang luas di kawasan utara Semenanjung Melayu yang meliputi wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut sumber catatan sejarah, kerajaan Langkasuka adalah kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Semenanjung Melayu. Ia wujud pada kurun ketiga dengan mempunyai  pusat kekuasaan di Kedah yang kemundiannya dipindahkan ke Pattani.
Kerajaan Kedah Tua kemudiannya muncul pada kurun keenam dan berkuasa ke atas laluan kapal pedagang di kawasan utara Semenanjung Melayu. Kehebatan Kerajaan Kedah Tua ini dapat dilihat daripada tinggalan arkeologi candi-candi di Lembah Bujang yang masih wujud sehingga hari ini.
Empayar Maritim
Kurun ketujuh menyaksikan kemunculan sebuah kerajaan Melayu terhebat yang pernah muncul di Pulau Sumatera. Srivijaya adalah sebuah kerajaan Melayu Hindu-Buddha yang berjaya mencapai status ‘empayar maritim’, dengan wilayahnya meliputi sebahagian besar Pulau Sumatera, Semenanjung Malaysia dan wilayah-wilayah selatan Thailand serta sebahagian daripada Pulau Borneo.
Setelah berkuasa lebih dari lima abad, kerajaan Jawa Majapahit menggantikan kerajaan Srivijaya dengan menguasai kawasan yang dahulunya pernah menjadi milik Srivijaya, malah jajahan Majapahit adalah lebih besar daripada Srivijaya. Indonesia yang terbentuk pada hari ini adalah gambaran betapa luasnya jajahan kerajaan Nusantara ini.
Penjajahan
Berkurun lamanya orang Melayu Nusantara menguasai rantau kepulauan Melayu ini sebelum kekuasaan mereka terhakis menerusi kedatangan penjajah-penjajah Barat. Selain penjajah Barat, kerajaan-kerajaan Melayu juga terpaksa berhadapan dengan kuasa penjajah serantau iaitu Siam yang senantiasa mengambil peluang untuk meluaskan wilayah mereka ke selatan Semenanjung Melayu.
Sebagai contoh, wilayah Satun yang sekarang ini sebahagian daripada Thailand  pernah berada di bawah pengaruh kerajaan Kedah sehingga tahun 1813. Kesultanan Kelantan dan Terengganu pernah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pattani Besar sehingga dipecahkan oleh Siam pada tahun 1785.



Sempadan Malaysia-Thailand yang terbentuk pada hari ini bukanlah sempadan yang memisahkan wilayah sebenar orang-orang Melayu dan Siam. Sempadan ini telah dilukis melalui persetujuan pihak British, selaku pelindung kerajaan-kerajaan Melayu dengan pemerintah Siam, tanpa kerelaan sultan-sultan Melayu sendiri pada tahun 1909.
Bertitik-tolak dari peristiwa bersejarah ini, terpisahlah wilayah-wilayah Melayu di selatan Thailand dengan negeri-negeri serumpunnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Wilayah Setul ditukar namanya kepada Satun, Singgora menjadi Songkhla, Terang menjadi Trang, Jala menjadi Yala dan Menara menjadi Narathiwat. Wilayah-wilayah ini kemudiannya menerima perpindahan orang-orang Siam yang agak ramai untuk menyeimbangkan populasi Melayu-Muslim dengan Siam-Buddha. Satun contohnya, mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 65%.
Dasar Thesapiban
Setelah wilayah-wilayah selatan ini menjadi milik mutlak Siam pada tahun 1909, pemerintah Siam pada ketika itu mengenakan dasar Thesapiban kepada penduduk-penduduk di kawasan ini dengan harapan untuk mengasimilasikan orang-orang Melayu Muslim kepada budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha. Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Siam, Pibul Songgram yang memerintah Siam di antara tahun 1939 sehingga 1944.
Penduduk-penduduk Melayu dipaksa untuk menerima adat dan budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Bahasa Siam diajarkan di sekolah-sekolah dengan bahasa Melayu tidak diberikan perhatian langsung oleh pemertintah. Mujur sekali Dasar Thesapiban tidak memaksa orang-orang Melayu untuk meninggalkan Islam sebagai agama yang dianuti oleh mereka.
Apabila Siam menjadi Thailand pada tahun 1949, masyarakat Melayu telah dilabelkan sebagai ‘Thai-Muslim’. Jati diri masyarakat Melayu di selatan Thailand berjaya secara sedikit demi sedikit, dihakis menerusi Dasar Thesapiban ini. Kini, majoriti generasi muda Thai-Muslim di selatan Thailand tidak lagi fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa menuturkan bahasa Thai.
Masyarakat Melayu Selatan Thai Kini
Walaupun rata-rata orang Melayu-Thai di daerah Pattani, Yala dan Narathiwat masih lagi boleh bertutur di dalam bahasa Melayu dan masih lagi mengakui yang mereka itu Melayu, lain pula dengan kebanyakan masyarakat Thai-Muslim di wilayah-wilayah Satun, Trang dan Songkhla.
Mereka tidak lagi boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik walaupun mereka tampak seperti masyarakat Melayu-Islam di Kedah ataupun Kelantan. Lebih menyedihkan, hanya 9.9% daripada masyarakat Islam Satun dan Trang yang mengaku mereka itu Melayu.
Wilayah yang Hilang
Sejarah menunjukkan bahawasanya orang-orang Melayu pernah membina peradaban yang tinggi  menerusi kerajaan-kerajaan maritim yang pernah diterajui mereka. Namun, penjajahan telah menyebabkan orang-orang Melayu tertindas sehingga hilang jati diri. Masyarakat Thai-Muslim di Satun dan Trang adalah manifestasi sebuah bangsa yang telah hilang jati-diri mereka sebagai seorang Melayu. Amat mendukacitakan apabila saudara serumpun seagama kita di Satun dan Trang tidak lagi mahu mengakui diri mereka Melayu, malah lebih berbangga menjadi orang Thai.
Kesimpulan
Wilayah-wilayah Satun, Trang, Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat adalah wilayah-wilayah Melayu yang hilang dan sekarang telah menjadi hak mutlak negara Thailand. Nasib masyarakat Muslim di selatan Thailand patut dijadikan iktibar oleh kita semua. Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu perlu menanamkan rasa kasih pada bangsanya sendiri dan negara Malaysia kerana inilah negara warisan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang masih kekal bersama orang-orang Melayu.



Julia Ziegler ‘Jual Badan’ Pada Produser






Julia Ziegler Dituduh ‘Jual Badan’ Pada Produser?
pelakon berusia 30 tahun ini juga sanggup tidur dengan produser drama semata-mata mahu mendapatkan job berlakon.



Hishammudin Rais Sedar Diri Melayu






Sultan Husin yang dikatakan seorang pemadat candu – atau dalam bahasa anak muda hari ini Mat Gian Candu – telah menjualkan Singapura kepada tokan candu yang bernama Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Pada tahun 1924 Perjanjian Anglo-Dutch telah ditanda tangani. Maka terpecah bumi Melayu – menjadi Tanah Melayu dan Indonesia.

Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor telah ditanda tangani – satu demi satu bumi Melayu jatuh ke tangan Baginda Queen. Pada tahun 1909 Penjanjian Anglo-Thai ditanda tangani. Empat wilayah Melayu Utara Semenanjung dijadikan milik Siam.

Penjajah British dengan licik telah menempatkan tuan residen sebagai penasihat kepada sultan. Sesiapa yang hendak menjadi sultan walau pun namanya Atan jika sedia bersekongkol dengan British pasti akan dinobatkan sebagai sultan.

Pada tahun 1905 Malay College Kuala Kangsar (MCKK) didirikan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College (SITC) telah didirikan. Pada tahun 1917 Revolusi Bolshevik berjaya membasmi kuasa kaum feudal di Rusia. Semenjak berlakunya Revolusi Oktober 1917 ini, dunia terus berubah. Revolusi di Rusia bukan hanya merubah landskap politik Eropah tetapi juga politik tanah jajahan kuasa Eropah.

Ketika Revolusi Rusia berlaku Tanah Melayu di bawah tangan British, Jawa dan Sumatera di bawah tangan Belanda. Kerajaan Melayu Melaka, Mataram, Majapahit, Aceh, Pattani. semuanya tunduk bawah kuasa British dan Belanda yang datang dengan teknologi senjata yang terbaru.

Kuasa penjajah datang dengan kapal wap, senapang dan meriam. Tombak, lembing, panah dan jampi serapah tidak dapat menandingi ledakan meriam dan letupan senapang.

Penjajah British dengan bijak telah mendirikan Malay College untuk mendidik anak dan cucu cicit kaum bangsawan Melayu agar mereka menjadi budak suruhan yang setia kepada Baginda Queen. Mereka dididik untuk menjadi buah kelapa – gelap di luar putih di dalam. Lepasan dari MCKK menjadi tulang belakang pentadbiran British dari zaman penjajah hingga ke zaman pasca 1957.

Dalam masa yang sama, British juga memerlukan warga yang tahu membaca dan menulis. Maka anak-anak petani dan nelayan perlu juga diajar membaca dan menulis. Mereka yang 'cerah otak' tidak diterima masuk ke MCKK kerana tidak ada darah bangsawan lalu mereka dikampungkan ke Tanjung Malim.

Jalur MCKK vs jalur SITC

Lulusan MCKK dan SITC ini menggambarkan dua jalur pembelajaran yang melahirkan dua pandangan bani Melayu hingga ke hari ini. Dua garis ini adalah kesinambungan dari garis tamadun bangsa Melayu.

Apa dia garis tamadun bangsa Melayu?

Garis ini telah wujud dalam canon corpus Melayu – Hikayat Hang Tuah. Dua garis ini ialah garis Hang Tuah dan garis Hang Jebat. Hang Tuah mewakili garis kesetiaan tanpa belah bagi. Manakala Jebat adalah garis perlawanan untuk menegakkan keadilan. Dua garis ini masih bermain dalam kancah politik dunia Melayu hingga ke hari ini.

Kita lihat bagaimana MCKK melahirkan pegawai British yang cekap, baik, jujur berhemah tetapi gagal untuk memahami bahawa tanah tumpah darah dan bangsanya sedang dijajah.

Anak dan cucu cicit bangsawan gagal untuk merasakan apa itu penjajahan kerana mereka sendiri dipelihara oleh penjajah British.

Mereka hidup di pinggir kuasa British. Kerana itu sering kali mereka cuba berlagak lebih tuan dari tuan. Lebih kuali dari belanga. Lebih British dari British. Sama seperti watak Ridhuan Tee dalam konteks hari ini, lebih Melayu dari Melayu.

Ini tidak berlaku dengan lepasan SITC. Dari Tanjung Malim munculnya fikrah melawan. Pencerahan dari pembacaan telah membuka kesedaran bahawa Tanah Melayu sedang dijajah. Perasaan dan kesedaran ini telah digembleng dalam satu organisasi politik. Pada tahun 1938 secara resmi Ibrahim Yacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda dengan cita dan niat untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Di Seberang Selat Melaka lebih awal lagi telah wujud kesedaran untuk merdeka. Organisasi Indies Social Democratic Association (ISDV) telah melancarkan serangan bersenjata terhadap Belanda pada akhir tahun 1917. Walau pun gagal tetapi jelas bahawa pengaruh Revolusi Rusia telah sampai ke alam Melayu. Kegagalan Pemberontakan di Surabaya ini telah melahirkan Sarekat Islam pada tahun 1917. Pada tahun 1927 telah tertubuh Parti Nasionalis Indonesia.

Buat mem di Hamstead

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah perkataan seperti parti politik, siasah, penjajah, ekonomi, imperialisme, nasionalisme kini telah menjadi bahasa ucapan harian dan bahasa tulisan oleh pemikir bangsa di Tanah Melayu dan juga di Indonesia.

Perkataan-perkataan ini sarat dan bunting dengan agenda merdeka. Bunting dengan agenda melawan penjajah. Bunting dengan garis Hang Jebat.

Dalam suasana dan ketika ini sayugia diingatkan bahawa British telah membawa masuk ratusan ribu pendatang asing dari China dan India. Mereka ini selain dari menjadi buruh adalah juga penggerak sistem ekonomi kapitalis yang ditaja oleh penjajah British.

Kaum buruh dari China dan India ini hakikatnya kesetiaan mereka bukan kepada Tanah Melayu. Budaya, bahasa dan cara hidup mereka tidak lahir dari Sungai Pahang, tidak berteduh di bawah Gunung Tahan, tidak dipukul ombak Pantai Cinta Berahi. Tidak ditaburi belacan dan budu. Tidak dihiasi oleh petai dan jering.

Untuk pendatang asing ini Tanah Melayu ini hanya tempat mereka 'cari makan'. Tetapi mereka juga sedar sebagai kuli mereka hanya memiliki kemungkinan untuk memperbaiki ekonomi kehidupan mereka di Tanah Melayu. Di negara asal mereka mustahil mereka mendapat mencari sesuap nasi. Hakikatnya hidup mereka lebih lumayan dari apa yang mereka kecapi di China atau India.

Perkara ini bukan susah untuk difahami. Lihat sahaja hari ini bagaimana warga Bangla, Myammar, Indonesia berduyun-duyun menerobos masuk ke Malaysia untuk memperbaiki ekonomi kehidupan mereka.

Mereka sanggup bergolok bergadai, sanggup menyabung nyawa untuk sampai ke Kuala Lumpur. Ini sebenarnya adalah 'ulang tayang' sejarah kesampaian Orang Asing ke Tanah Melayu.

Ulang tayang ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran sejarah kepada Orang Melayu bahawa beginilah asalnya orang Cina dan orang India datang ke Tanah Melayu dibawa oleh British dahulu.

Kuli India dan Cina ini, sebagai pendatang Asing - mereka juga tidak terlepas dari penindasan penjajah. Mereka membanting tulang di ladang getah dan lombong bijih untuk mengayakan mem dan tuan yang tinggal di Hamstead atau di Notinghill. Mereka memburuh untuk membesarkan dompet Baginda Queen.

Bertemu 'the others'

Oganisasi yang paling sesuai dan bertanggungjawab menyusun mereka pastilah organisasi buruh. Maka pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan secara resmi di Kuala Pilah. Uncle Ho Chin Minh dari Hanoi telah datang ke Batu Kikir sebagai wakil Komunis antarabangsa untuk merayakan penubuhan PKM.

Dua organisasi KMM dan PKM walau pun membawa agenda merdeka tetapi lubuk mereka amat berbeza. KMM adalah anak tulen Tanah Melayu. Budaya, bahasa dan gaya hidup mereka lahir dan muncul dari bumi Melayu. Manakala orang India dan orang Cina, budaya, bahasa, gaya hidup mereka lahir di India atau di tanah besar China. Perbezaan ini wajib diakui jika kita mahu memahami politik yang sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini.

Tahun-tahun sebelum pecahnya Perang Dunia Kedua ialah zaman di mana konsep Melayu sebagai satu bangsa dalam satu tanah air diolah dan diwujudkan. Ini bukan bermakna sebelum ini Manusia Melayu tidak wujud.

Manusia Melayu telah wujud berjuta tahun di Tanah Melayu. Tetapi konsep – kita ini Melayu – hanya wujud apabila manusia Melayu bertemu orang lain (the other). Orang lain ini ialah orang Cina, orang India dan orang putih.

Sebelum bertemu dengan orang lain, ada Melayu Kedah, Melayu Singapura, Melayu Johor, dan, dan, dan.... Tidak wujud konsep Melayu seperti mana yang kita rasakan hari ini. Justeru kaum nasionalis kiri Melayu dan warga SITC telah berjaya melakukan konstruksi budaya untuk menimbulkan kesedaran “aku Melayu” dan Tanah Melayu ialah tanah tumpah darahku.

Lalu timbul persoalan, jika Tanah Melayu ini tempat tumpah darah manusia Melayu, bagaimana pula dengan orang Cina dan Orang India yang bukan sedikit jumlahnya.

Saya cukup yakin bahawa “orang lain” – Cina dan India yang ada di Tanah Melayu pada ketika KMM melaungkan merdeka – pasti telah dibincangkan.

Untuk memahami orang lain dalam Tanah Melayu ini kita wajib kembali melihat gerakan nasionalisme sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua.

Membuka sejarah sebelum dan sesudah perang kita akan bertemu kembali dua garis tamadun bangsa Melayu. Garis Hang Tuah dan garis Hang Jebat.  - Sumber MALAYSIAKINI