Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Amyra Rosli Putus Tunang






Amyra menyangkal dakwaan kononnya dia mula bersikap 'demand'.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Amyra Rosli menjelaskan gosip yang mengatakan dia mula bersikap 'demand' mungkin berpunca daripada dia menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan soal bayaran sebaliknya faktor masa menjadi penyebab dia berbuat demikian.

"Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya tidak bersikap 'demand' dan saya tolak kerana faktor jadual yang padat dengan projek lain.

"Saya boleh terima tetapi saya sedar ia akan menimbulkan masalah lain kerana tidak dapat memberikan komitmen," katanya kepada mStar Online.

Amyra menjelaskan gosip kononnya dia mula berubah sikap semenjak namanya sebagai pelakon semakin melonjak selain seringkali diberikan peranan utama oleh produksi.

Dalam pada itu, Amyra berkata, sepanjang dua tahun melibatkan diri sebagai pelakon dia tidak pernah meletakkan harga kerana menyedarai masih baharu dalam bidang seni.

Malah dia dan ibu yang juga pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad sentiasa bertoleransi berhubung soal bayaran dan setakat ini tidak pernah merungut dengan hasil diterima.
Amyra mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan pada tahun hadapan.
"Semua perkara boleh dibawa berbincang dan sekiranya ada toleransi antara kedua-dua belah pihak pasti tiada masalah," ujarnya.

Sementara itu, pelakon utama drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada produksi yang ingin menggandingkannya dengan bekas tunangnya, Dazrin Kamaruddin dalam sesebuah projek.
Jelas Amyra, dia profesional sekiranya ia melibatkan kerjaya dan apa yang berlaku diantaranya dengan Dazrin adalah masalah peribadi.

"Jika ada tawaran saya akan lihat skrip terlebih dahulu dan jika bersesuaian saya tidak lihat mengapa perlu tolak," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amyra berkata, buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya dan tidak terlalu memikirkan soal cinta.

Jelas Amyra, tahun hadapan dia ingin mengembangkan kerjaya lakonannya ke tahap lebih baik dan tidak mahu berada di tahap sama.

"Bukan bererti saya serik untuk bercinta tetapi buat masa ini biarlah dahulu dan kerjaya harus diutamakan," katanya.




Gara-gara Badi Ikhwan HotFM Putus Tunang 2 Kali






Perkahwinan yang dirancang pada penghujung tahun ini tidak dapat direalisasikan kerana sang jejaka Ikhwan Hot FM secara rasminya telah memutuskan ikatan pertunangannya pada bulan lepas disebabkan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan lagi.
Bertemu di majlis berbuka puasa anjuran Hot FM di Terrace House, Ikhwan Hot FM yang sudah sebanyak 2 kali putus tunang tidak teragak-agak lagi selepas ini, sekiranya dipertemukan jodoh dia mahu untuk berkahwin terus dan tidak mahu bertunang seperti sebelum-sebelum ini.
Keputusan untuk memutuskan pertunangannya yang kedua ini juga telah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keularga malah, Ikhwan sendiri ke rumah ibubapa bekas tunangnya untuk memberitahu tentang pembatalan pertunangannya itu.
“Saya putus tunang pun secara baik apabila saya berjumpa dengan keluarganya untuk jelaskan apa yang telah berlaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan secara baik. Ini sudah 2 kali saya putus tunang dan sepatutnya saya akan berkahwin dengannya pada tahun ini tetapi tak ada rezeki dan jodoh tidak kesampaian lagi. Saya bertunang pun tidak sampai setahun,” ujarnya mesra.
Selepas gagal untuk kali kedua, Ikhwan optimis dan tidak sesekali menjadikan hubungannya ini sebagai ‘badi’ tetapi lebih ke arah positif dan tidak terbeban langsung dengan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling terhadapnya.
“Saya jadikan ini sebagai satu benda yang positif untuk saya meneruskan hidup dan kerjaya saya tak langsung kisah dengan apa orang cakap yang penting orang sekeliling tahu apa yang sedang saya lakukan. Saya akui kesilapan di pihak saya dan akan terus memperbaiki supaya tak akan timbul lagi perkara sebegini,” tambahnya lagi.
Ikhwan juga menjelaskan walaupun sudah tidak lagi berhubung dengan bekas tunangnya tetapi dia masih lagi rapat dengan keluarga mereka lebih-lebih lagi abang bekas tunangnya itu.
“Saya agak sedih apabila orang saya rapat terutama ibubapanya dan abangnya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Hubungan saya dan keluarganya tak putus tetapi hubungan antara saya dan bekas tunang sudah jarang berkomunikas,” ujarnya. (rtky/hfz)