FTG Kembali DENDANG REMAJA Ditemani SOFEA



"FTG kembali DENDANG REMAJA dengan SOFEA."


Indah alam dalam renunganMuda-mudi berpandanganBersiaran di taman sanaPenuh hati dengan irama
Redup senja diselubungi megaNamun gelap gelitaHujan gerimis insan menangisTanda dosa terukir

Itulah petikan lagu Dendang Remaja nyanyian asal A ROMZI yang dimainkan semula oleh FTG di album To The Front.
Freedom That's Gone (FTG) sejak 1989 adalah pioneer scene independent tanahair manakala SOFEA pula ialah 'tok moyang' untuk muzik rock di Malaya. Dua nama besar yang melajenda di Tanah Melayu.
FTG pernah bernaung di bawah label rakaman Pony Canyon.
FTG pada asalnya adalah sekumpulan pemuzik-pemuzik studio yang bertugas sebagai sessionist di studio FGM (Family Group Malaysia) yang dulunya berjaya dengan artis pop seperti Zaiton Sameon dan juga Eddie Hamid.
Antara album FTG ialah:
After The Promise (1992)
Spirit To Rebel (1994)
To The Front (1996)
Aku Tak Peduli (1998)
Made In Malaysia (1999)
FTG (2000)
Made In Malaysia Vol.2 (2001)
Reborn (2002)
Stop This Madness (2004)
Kuasa (2006)
FTG ada album baru!
Band SYJ pula pada asalnya berasal dari nama kumpulan Ex-December yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail yang mana pada ketika itu beliau merupakan seorang anggota polis trafik di Ipoh. Kemudian, nama kumpulan tersebut ditukarkan ke nama SYJ pada tahun 1978.
Anggota asal kumpulan SYJ pada tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum – kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya pula adalah Rohana Kassim.
Kali ini SOFEA hadir dengan line up baru yang lebih ganas. Kita mungkin disajikan lagu fav Dendang Remaja oleh FTG di hari konsert nanti, siapa tahu?


Metal Fighter: Malam Yang Akan Tercatat Dalam Sejarah Muzik Keras Malaysia
Penganjur: MENTARI MERAH ENTERTAINMENT
Tarikh: 16 Ogos 2025
Lokasi: Warisan Hall, Sijangkang
Tiket: RM90 (early bird), RM100 (walk-in)

tulis sini


Penyanyi Utama Zabarjad Meninggal Dunia



Pemergian Ab Malek Mohd Amil, vokalis kumpulan Zabarjad yang mewarnai dunia muzik dengan lagu Karam, adalah sebuah kehilangan yang merentap jiwa.


Langit seni kini mendung, kehilangan bintang yang bersinar dengan sinergi jiwa dan melodi. Semoga roh beliau bersemadi tenang, ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan dirahmati-Nya. Pada kanvas industri, nama dan karya beliau kekal abadi, menjadi kenangan indah yang tidak akan tenggelam di lautan waktu.


AL FATIHAH
tulis sini


Harimau Malaya Kecewa Kesilapan Haziq Nadzli





Gara-gara hantaran ke belakang oleh Declan Lambert, impian Malaysia ke final Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) bakal berakhir. Cuma kemenangan ke atas Singapura sahaja bakal menentukan laluan seterusnya.



Ayuh Harimau Malaya, jangan cepat mengalah.

"Harimau, Harimau, Harimau, Harimau Malaya"

Lagu semangat pasukan bolasepak Malaysia oleh MARIONEXXES boleh meningkatkan fokus pemain untuk peringkat seterusnya.

Selepas terikat tanpa jaringan 0-0 di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan merencana strategi baru demi mencari kemenangan kedua untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir. 
Kesilapan yang dilakukan penjaga gol, Haziq Nadzli, membawa padah apabila sepakannya tidak sampai ke pemain kebangsaan akibat dipintas tonggak Thailand, seterusnya Patrik Gustavsson mudah memberikan kelebihan buat Gajah Perang di depan. Keputusan penuh Malaysia 0 - Thailand 1.


Kegagalan Haziq Nadzli dengan Thailand berulang lagi sejak Sukan SEA.
 
tulis sini


Ramai Orang Cari Kebenaran (ROCK) Tema Hari Rock Negara 2024


RAMAI ORANG CARI KEBENARAN: HARI ROCK NEGARA 🇲🇾



SEBUAH KARNIVAL ROCK BERKOLABORASI BERSAMA BELIA NEGARA. UNTUK MEMERTABATKAN ARTIS-ARTIS DAN BAND-BAND ROCK TANAH AIR YANG TELAH MEWARNAI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA SEJAK DARI ZAMAN 60’AN. IANYA ADALAH SEBUAH KARNIVAL UNTUK MENGUMPULKAN KEMBALI ARTIS-ARTIS LAMA DAN BARU MERAPATKAN LAGI UKHUWAH DISAMPING MENGGALAKKAN ARTIS ARTIS INI BERNIAGA DAN JUGA MEMBUAT PERSEMBAHAN SERTA MEMPROMOSIKAN BARANGAN MEREKA.
DISAMPING ITU ARTIS BAND LAMA DAN BARU DAPAT BERJUMPA , BERKONGSI IDEA DALAM MENGETENGAHKAN HALA TUJU MUZIK ROCK NEGARA KEPADA GOLONGAN BELIA & MEMBUKA PELUANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT ROCK TANAH AIR BERSUA BERSAMA IDOLA-IDOLA MEREKA.
SENARAI ARTIS – ARTIS YANG BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN:
• PRAMAYA
• PENUNGGU
• ROCKABELLY
• KUGIRAN DI TEPI PANTAI
• HEADWIND
• SYJ






Turut memeriahkan lagi konsert pada kali ini dengan jemputan dari Kumpulan GERHANA SKA CINTA pada hari tersebut. Selain dari itu , Forum Ilmiah yang bertajuk ROCK & ISLAM menjadi salah satu pengisian pada hari tersebut yang akan diketengahkan iaitu Hj.Zulkif Headwind dan Saudara Amir SYJ, Moderator untuk pengisian ini adalah Bob Ringgo dari Suria FM.



______________________________________________
Nantikan Kemunculan mereka pada Fiesta Belia Merdeka yang akan berlangsung tak lama sahaja lagi.
Jumpa anda disana !!
Tarikh: 08 SEPTEMBER 2024
Masa: 5:00PM -12:00am
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


 


BINTANG JALANAN: Album Terbaru Seniman Jalanan Tanahair (Wajib Dengar) 9/10


“ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “

Sebuah album yang mengemukakan inti pati muzik jalanan dari bawah tanah hingga genre komersil.
Ada perisa pop, rock, reggae dan pelbagai lagi. Rojak album yang boleh dikategorikan sedap.

"Semasa saya masih di Kuala Lumpur sekitar awal 2000, saya ada pernah lihat lagu Blues Kuala Lumpur yang viral hingga menutup lagu lain menjenamakan Kuala Lumpur, uniknya lagu itu dimainkan busker Nan Blues dengan Ijam. Perbualan dengan pihak Demoplanet TV yang merakam video itu menjadikannya epik, suatu sejarah yang sebenar sempat dirakam dari khalayak pemuzik jalanan. Saya mahu lagi untuk angkat martabat seniman jalanan, tup tup hingga hari ini ter-lahir album Bintang Jalanan ini." ujar Prof Piko yang ditemui di Pelancaran Album Bintang Jalanan baru-baru ini.




Satu album kompilasi bertajuk “ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “ telah diterbitkan menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat  dan pernah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan iaitu AMMAL (Naib Juara AF 2016) , AMIR (Mentor) , ISLAH (All Together Now) ,YONE (diantara Buskers terbaik Penang ) dan NAN BLUES ( salah seorang OTAI Buskers Malaysia )

Senarai lagu dalam album ini ialah seperti berikut:




Idea asal penghasilan rakaman ini adalah cetusan penerbitnya, AMAD pada saat semuanya di “kurung” ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diusulkan kepada rakan-rakan “buskers” terlibat.

Album yang mendapat dana di bawah Program  Pembiayaan Muzik Independen CENDANA,  menampilkan 10 karya baru didalam pelbagai jalur genre seperti folk, blues, reggae dan lain-lain.

Proses penerbitan muzik yang mendapat sentuhan penyanyi dan pemuzik hebat, OJA dari susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir.

“Meskipun album ini agak komersial , saya memastikan vibe dan “ethic” buskers tetap terjaga baik dari segi  muzik, karektor dan konsep keseluruhan namun tetap mempunyai unsur pop semasa agar ianya mudah diterima ramai. Buskers bukan sekadar muzik, tapi juga “attitude”’ ujar Amad selaku penerbit.

Majlis pelancaran album ini diadakan pada 14 Julai 2024 di Program Santai Seni@TAR oleh beberapa dif kehormat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga  Dato Ito Blues Gang serta Dato Freddie Fernandez .

Konsert Rock Never Dies Gabungkan 20 Gergasi Rock


KONSERT ROCK NEVER DIES




Siaran Media: Rock Never Dies 

Asam Pedas London: Pelancaran Album Rock Never Dies menyaksikan 20 buah lagu dimuat ke dalam album kompilasi rock terbaru Malaysia. Turut dilancarkan ialah Konsert Rock Never Dies pada 10 Ogos 2024 di Warisan Hall Studio dengan tiket cuma RM50 sahaja.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato' Awie dengan jayanya. Pelbagai sub genre rock boleh didapati dari album ini, tak kira dari pop rock hingga ke metal rock semua ada termasuk juga indie rock seperti The Alif ft MARIONEXXES dengan lagu berjudul Halal. Album yang penuh dengan perisa rock, memang rock.

Kita juga ada wakil dari Singapura iaitu kumpulan The Flow dan Korokodel. Majlis juga menampilkan kumpulan rock otai seperti Melissa, Meditasi dan Lemon T. "Zaman rock mungkin telah berakhir tetapi dengan perubahan citarasa tak mustahil rock kembali menggegarkan persada seni tanah air" kata Sood dari kumpulan Roots N Boots merujuk kepada kegemilangan rock era 80an dan 90an.

Perjalanan acara ditambah seri dengan montaj kesemua 20 band yang terlibat. Unik juga ada pengumuman pelancaran muzik video oleh The Voltage terus menggamit suasana. Previu lagu-lagu menarik minat untuk para penonton dari kalangan media untuk mendapatkan album ini yang hanya boleh didapati dari setiap band yang terlibat. 

Kompilasi album yang dianjurkan FGI Entertainment dibantu Melissa Records telah dirancang sejak awal tahun lagi berjaya mengumpul kumpulan rock dari pelbagai latar memudahkan para peminat rock menikmati muzik dalam sebuah naskhah unik. Ramai kumpulan rock telah berpecah tetapi hasil projek ini menggabungkan semula mereka untuk bersama-sama meneruskan perjuangan. Kumpulan EXiT wujud sejak 1985 pun ada sama menyumbangkan lagu mereka. Begitu juga kembali semula kumpulan Bahtera yang albumnya pernah kontroversi digam suatu ketika dahulu. Nama-nama baru seperti Bumantra, Crossover dan Burntara juga tidak kurang hebatnya.

Kumpulan punk rock, SIOT dengan lagunya Politik antara lagu paling terbaik dalam album ini. Kemudian tidak lupa pecahan kumpulan Viper dengan gabungan semula Lee Viper membentuk X-Ternal harus diberi perhatian. Terpaling lejen Sons of Adam juga terbaik lagunya, Hey Bro nuansa pop rock blues yang mencengkam. Album diakhiri dengan lagu OST dari filem Taufan Ganas oleh MANUSIA.

Album Rock Never Dies boleh didapati dari sosial media setiap band yang terlibat. Cetakan pertama 600 unit telah habis dijual. Tempahan baru telah dibuka sekarang dalam bentuk CD dan pendrive pada harga RM50 sahaja. 

30 Jun 2024
Negara Records 

#pentasaksi #rockneverdies #asampedaslondon #fgientertainment #melissarecords










Hantu Telekung di Astro Raya Ini



Hantu Telekung Prekuel Konsep Sebuah kisah yang sebelum Hantu Telekung. Kisah sebelum Ropie menjadi ketua kampung. LOGLINE Ropie berjaya menangkap hantu yang mengganggu kampung menyebabkan dia akan diangkat menjadi ketua kampung mengalahkan pesaingnya Raof. Namun, muncul lagi lembaga yang menyerupai Ropie, menghuru-harakan kampung dan keluarga Ropie. Adakah Ropie bela hantu raya? Siapakah Lembaga menyerupai Ropie sedangkan dia tidak pernah ada kembar? SINOPSIS Ketua kampung dah meninggal dunia. Timbalan ketua kampung pula tak sihat mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental. masalah mental kerana isteri mudanya dah lari tinggalkannya. Dia tak boleh jadi ketua kampung dah muhasabah diri di masjid. Justeru, AJK akan diangkat. Nama yang disebut-sebut adalah Ropie dan Raof. Kak Mon isteri Ropie mula berkempen bagi memastikan suaminya menjadi ketua kampung. Raof pula memang nak jadi ketua kampung. pada masa yang sama Ngas anak Raof sedang bercinta dengan Siti, anak kepada Ropie dan Kak Mon. Ngas mahu kumpul duit untuk bertunang dan berkahwin dan membuat segala kerja sambilan. Pada masa yang sama, di kampung tersebut diserang hantu pontianak yang mengganggu suri rumah mencari kanak kanak. [ada waktu siang, hantu ini juga muncul suka sembunyikan kanak-kanak. Orang kampung kemudian bagi cadangan, siapa yang boleh selesaikan masalah hantu ini, mereka yang akan dipilih menjadi ketua kampung. Bermulalah dua team memburu hantu iaitu team Raof dan team Ropie. Kak Mon dan Siti bersama team ayah mereka. Ngas pula rela menjadi anak derhaka dan berpihak kepada team Ropie bakal bapa mertua. Disebabkan itu, Ngas dihalau dari rumah oleh ayahnya dan tinggal di rumah orang lain hantu itu terus berkeliaran menjelang malam menakutkan budak budak. Kesannya, kehadiran di sekolah kebangsaan meroot kerana ramai kanak kanak tak tidur malam. Pemburuan oleh team Ropie & team Raof pula sering tersekat kerana semua akan lari ketakutan bila terserempak. Raof nampaknya sudah surennder kerana serangan sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. ketika ini lah Ngas kembali menjaganya walaupun Raof tak berkenan Ngas bercinta dengan Siti. Kesempatan ini digunakan oleh Ropie untuk menangkap hantu tersebut bersama seorang pegamal perubatan islam yang tidak bercanggah denga Islam. rupanya hantu tersebut adalah hantu yang mengalami masalah mental di alamnya. Dia tersesat sampai ke kampung ini. Hantu ini stress kehilangan anaknya, sebab itu di ganggu budak budak Sejak kejadian itu, tok ketua dianggap hero orang kampung dan namanya akan dicalonkan sebagai ketua kampung. Raof juga sudah keluar hospital. Pada masa yang sama Ngas berlaku curang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya dan diketahui oleh Siti. Hubungan mereka putus. Kebetulan Siti berkenalan dengan Dr Farish dan mereka jadi makin akrab. Ngas pun kembali akrab dengan ayahnya semula setelah kegagalan cinta bersama Siti. Tetapi, kampung itu sekali lagi diganggu hantu lagi. tapi kali ni ia adalah lembaga yang menyerupai Ropie. ia muncul di mana saja. Raof bergabung dengan Ngas memburukkan Ropie. Lembaga yang dimaksudkan itu dalah hantu raya. Ropie dikatakan bela hantu raya untuk kekuasaan dan jawatan. lembaga yang menyerupai Ropi juga muncul di rumah mengganggu Kak Mon dan Siti. Kak Mon & siti tertekan bergaduh dengan Ropie. kak Mon hampir minta cerai. Siti juga ketakutan kerana jelmaan ayahnya sering muncul di mana saja. lebih lebih lagi jika Ropi keluar ke pekan, tapi jelmaannya akan ada di rumah. Hingga mereka keliru mana satu ayah mereka dan mana satu Ropie. ropie jadi tertekan dan dipulaukan keluarga dan orang kampung. Orang kampung kemudian menolak di amenjadi ketua kampung. Nama Raof diangkat semula memandangkan ketika ini Raof banyak melakukan pelbagai kerja kebajikan kepada orang kampung. Ropie kemudian pergi berubat. Rupanya ada jin yang snegaja mejelma menjadi dirinya untuk menakut-nakutkan orang kampung. Jin itu rupanya adalah belaan Raof. Rupanya selepas Raof keluar hospital, dia cemburu melihat Ropie mahu menjadi ketua kampung. Dia kemudian bertemu bomoh untuk memfitnah Raof dengan cara menyuruh jin menjelma jadi tok jidiin. Raof kemudian dinasihatkan untuk bertaubat kerana kesalahan syirik meminta bantuan jin. Raof kemudian bertaubat dan mengundur diri jadi ketua kampung. Ropie kemudian diangkat semula menjad ketua kampung.

Saksikan Hantu Telekung pada 10 April di Astro sempena Hari Raya.




tulis sini


Anugerah Lagu Indie 2023


“PEMBUNUH MALAM” JUARA LAGU TERBAIK
DI PENTAS AKHIR ANUGERAH LAGU INDIE 2023



Spacerubix, 8 Mac 2024 - Acara kemuncak Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah membariskan persembahan mantap daripada 15 finalis yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pop, Rock dan HipHop malam tadi.
Lunar yang membawakan lagu berjudul “Pembunuh Malam”, sebuah lagu ciptaan Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq dalam kategori Pop telah tampil sebagai Juara Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023 serta berjaya merangkul hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 (RM5,000 daripada Anugerah Pop Terbaik dan RM15,000 daripada Anugerah Lagu Terbaik).
Selain daripada Anugerah Lagu Terbaik, anugerah lain yang dipersembahkan adalah persembahan terbaik, dan juga anugerah bagi ketiga-tiga kategori. Dalam Top 5 kategori Pop, “Pembunuh Malam” telah menewaskan empat lagu lain iaitu “Pura”, “Stargazing”, “Luka” dan “Derana” serta merangkul gelaran Anugerah Pop Terbaik.
Dalam Top 5 kategori Rock pula, “Souled Out” tampil sebagai Juara Anugerah Rock Terbaik menewaskan “Jiwa (Takhta Milik Kita)”, “In The Haze”, “Inti Sari” dan “Terra Luna”.
Manakala dalam Top 5 kategori HipHop, “LXF” merangkul Juara Anugerah HipHop Terbaik menewaskan “Ice Cold Castle”, “Candy Mind”, “Gard O Gard” dan “Mimpi Untuk Semalam”.
Anugerah Lagu Terbaik
RM15,000 + Trofi
Pembunuh Malam
Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Artis: Lunar
Anugerah Persembahan Terbaik
RM5,000 + Trofi
Stargazing
Komposer: Odelia Tirza
Lirik: Odelia Tirza
Artis: Odelia Tirza
Anugerah Rock Terbaik
RM5,000 + Trofi
Souled Out
Komposer: Vota
Lirik: Vota
Artis: Vota
Anugerah Pop Terbaik
RM5,000 + Trofi
Pembunuh Malam
Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Artis: Lunar
Anugerah HipHop Terbaik
RM5,000 + Trofi
LXF
Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj Ruckes
Lirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj Ruckes
Artis: LXF
Anugerah Yoodo Presents: Lagu Terpaling Platinum ‘Carta Indie Kita’
RM1,000 + Trofi
Armpunk Sindicate
Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahniah saya ucapkan kepada semua finalis yang telah memberikan persembahan terbaik mereka di Pentas Akhir sebentar tadi. Kesemua 15 persembahan yang dipertontonkan telah berjaya membuktikan bahawa penggiat muzik indie juga lebih daripada mampu untuk menghasilkan lagu yang berkualiti. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat indie tempatan yang kreatif, saya berharap agar Anugerah Lagu Indie dapat diteruskan lagi bagi memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti serta kompetitif dalam arena muzik.” Katanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan Anugerah Lagu Indie musim keempat ini, terutamanya seluruh tenaga produksi #ALI2023, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik), Rakita 107.9, Honda Motorcycle Malaysia, 1901 Hot Dog dan rakan-rakan media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie iaitu Music Addicts, Relevan, Media Variasi, Selebriti Online, Medialah!, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo,” tambah beliau lagi.
Selain daripada persembahan finalis, penonton juga telah disajikan dengan persembahan ‘Tribute Butterfingers’ oleh Leaism dengan lagunya “Epitome”, “Chemistry”, “Ngilu”, “1000 tahun”, “Mati Hidup Kembali”, dan persembahan penutup oleh Bunkface dengan lagu mereka “Silly Lilly”, “Situasi” dan “Malam Ini Kita Punya”.
Anugerah Lagu Indie musim kali ini juga membariskan juri-juri professional yang terdiri daripada AG Coco, Wing Meng, Juwita Suwito, Roshan Jamrock, Edwin Raj, Ariana Adnan, dan Diandra Arjunaidi.
Untuk maklumat penuh mengenai keputusan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie, sila layari laman media sosial Anugerah Lagu Indie atau tonton di Youtube Anugerah Lagu Indie.


tulis sini


SHOWCASE UND3RGROUND 2024 (BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE) MERIAH!



Hitman Group Raikan Ulang Tahun Ke-15 Dengan Persembahan Mantap 3 Band Indie Bertempat Di Surf Beach, Sunway Lagoon




KUALA LUMPUR, 2 Mac 2024 - Bersempena dengan ulang tahun ke-15 Hitman Group, anak syarikatnya, Hitman Solutions telah membawakan tiga gergasi indie negara seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface dalam sebuah showcase paling epik tahun ini dipanggil ‘UND3RGROUND’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya pada malam tadi dengan kehadiran penonton seramai 6,000 orang di Surf Beach, Sunway Lagoon dengan meriah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, En. Rohit Rampal, “Kami memilih showcase UND3RGROUND bagi meraikan tahun ke-15 penubuhan Hitman Group sebagai penghargaan kepada perjalanan perniagaan yang kami terajui dengan kerja keras yang telah diusahakan selama beberapa dekad ini yang selari dengan pengalaman band-band yang terlibat dalam showcase ini.

“Ia adalah kombinasi yang bersesuaian dengan kejayaan yang telah diraih oleh pengkarya indie negara, bermula dari bawah sehingga dikenali dan disegani, disamping menyediakan platform untuk pengusaha bebas.

Showcase yang bermula pada jam 8:00 malam dan berlangsung sekitar 3 jam menyaksikan persembahan hebat dari ketiga-tiga band indie yang beraksi bersama-sama di atas satu pentas semasa pembukaan Showcase UND3RGROUND. Showcase kemudiannya dihiburkan dengan persembahan selama 45 minit dari setiap band. 

Butterfingers yang dianggotai Loque, Emmett, Loko dan Kadax telah mempersembahkan karya-karya nostalgia mereka seperti Taman Tasik Perdana, Tentang Tentang, Garden City Of Lights dan lain-lainnya yang nyata mengimbau kenangan masa lalu.

Seterusnya, kumpulan Hujan pula yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Azham dan Izzat mengubati rindu peminat mereka dengan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama band tersebut seperti Lonely Soldier Boy, Kotak Hati dan Mencari Konklusi.

Manakala band Bunkface yang muncul sekitar tahun 2005 menggamatkan keadaan dengan nukilan hits mereka seperti Darah Muda, Ekstravaganza, Revolusi dan juga beberapa lagu baharu.

Tambah En. Rohit, “ Kami menggabungkan showcase UND3RGROUND dengan sambutan ulang tahun ke-15 ini yang merangkumi segala aspek perkhidmatan yang kami sediakan, dari pengurusan acara, penerbitan acara, sehingga rangka promosi showcase, kepada pakar teknikal AV (audiovisual), pemasaran dan juga reka bentuk, bagi memberikan yang terbaik.

Permulaan sejak 15 tahun lalu banyak memberikan pengalaman yang berharga buat En. Rohit sendiri, katanya, “Saya amat bersyukur dan berbangga dengan semua yang terlibat dalam perjalanan ini, keluarga, rakan-rakan dan dedikasi dari pasukan yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam semua hal.

“Semuanya bermula ketika saya masih lagi remaja dengan menceburi acara kecil-kecilan sehingga berkembang menjadi syarikat pengurusan acara yang menyediakan bukan sahaja perkhidmatan penerbitan acara serta melabur dalam peralatan showcase, dan kini, kami menawarkan perkhidmatan 360 darjah untuk pakej lengkap. Saya terharu melihat tahap yang telah kami kecapi, dengan sikap yang positif dan pasukan yang betul, semuanya bakal menjadi.



Tahun 2024 menjadi permulaan baharu buat Hitman Group yang semakin menerajui industri pengurusan acara di negara ini dan apabila ditanya apakah perancangan seterusnya buat penggemar muzik, kata En. Rohit, “Jikalau saya diajukan soalan ini 15 tahun lalu, tidak saya jangka pengalaman yang kami tempuhi sekarang ini. Tetapi hakikatnya kami di sini, dan apa yang direncanakan seterusnya? Pastinya lebih besar, lebih hebat dengan industri yang pelbagai dan berskala besar.

“Matlamat kami adalah memberikan pengalaman menakjubkan yang berterusan buat rakyat Malaysia, samada pengalaman showcase, berkongsi momen dengan yang tersayang atau sentuhan istimewa pada acara korporat, kami hanya mahu membina memori yang berpanjangan.



-TAMAT-






tulis sini


Meraikan Budaya Seni NFT di Malaysia


**ind1e: Pesta Seni NFT Muncul Menjadi Sorotan, Menggabungkan Seni Tradisional dan Teknologi Revolusioner**

*Ipoh, 11 Disember 2023 -* Projek seni yang dinanti-nantikan, "ind1e: Pesta Seni NFT," telah menggabungkan kehebatan seni tradisional dengan teknologi revolusioner blockchain dan NFT (Non-Fungible Token). Dengan keterlibatan seniman tempatan, bengkel teknologi, dan persembahan seni digital, acara ini menjanjikan satu pengalaman yang tak terlupakan bagi pencinta seni dan peminat teknologi.




**Highlights Acara:**

1. **Bengkel Pengenalan NFT:**
   - Pelajari asas-asas teknologi blockchain dan bagaimana seni digital diubah menjadi NFT. Pentas Aksi membawakan perkongsian penggiat NFT nombor 1 Malaysia Abang Brooch di Sekola Baroka, Johor, pelopor khat Letterhythm di Lek, Kuching, Sarawak dan pelakon antagonis Malaya, Soffi Jikan di Lobang, Shah Alam, Selangor.




2. **Persembahan Hiburan:**
   - Menyaksikan persembahan seni digital yang menggabungkan kepelbagaian bentuk seni dari pelbagai seniman tempatan. Seni muzik menampilkan The Alif, Kunt Didgeridoo, Saturday Heroes, DJ Keeyoshee dan Crashin Butterfliez. Seni tari menampilkan karya tari kreatif dari Sekolah Seni Johor. Manakala seni filem menampilkan karya dari filem KL Gangster eksklusif dari Soffi Jikan berjudul Naga Berapi. 

3. **Pameran Seni NFT:**
   - Karya seni unik dari seniman tempatan akan dipamerkan dan dijual melalui platform NFT. Antara karyawan terlibat ialah Carface, MARIONEXXES dan banyak lagi.





4. **Sesi Perkongsian Penaja:**
   - Peluang untuk berinteraksi dengan penaja utama acara MAAL CHAIN, Akademi Usahawan Mikro, Sarawak NFT, Pasar Artisan dan memahami impak teknologi blockchain dalam dunia seni.

5. **Pesta Kesudahan dan Cabutan Bertuah:**
   - Nikmati suasana pesta dengan hidangan lezat dan cabutan bertuah yang menarik. Antara yang dihidangkan ialah kuih muih tradisi Sarawak termasuk celorot, makanan istimewa Laksa Johor.




**Tarikh dan Lokasi:**
- *Tarikh:* [2023: 16 September, 5 November dan 11 November ]
- *Lokasi:* [Lobang (SHAH ALAM), Sekola Baroka (Johor Bahru) dan Lek World (Kuching)]

**Pendaftaran:**
- Acara adalah percuma tetapi pendaftaran awal disyorkan melalui laman web rasmi kami: [URL Pendaftaran:

Pautan pendaftaran RSVP:
Shah Alam: http://bit.ly/ind1elobang


tulis sini


Anak Kembar Tanpa Pil Clomid








Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi. Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait rapat dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes di mana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination). Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan foliker dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Dos yang paling minima adalah 50mg sehari diambil selama 5 hari berturut2 iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid seseorang wanita. Walaubagaimanapun doktor mungkin mempunyai protokol yang berbeza bagi seseorang wanita kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain. 

Jika 50mg tidak efektif, doktor mungkin akan meningkatkan dos Clomid pada kitaran haid yang seterusnya sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya seseorang wanita itu masih tidak responsif. Kesan2 sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakannya agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.


Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu Clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walaubagaimanapun ia cuma terjadi kepada sesetengah wanita sahaja. 

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid. 

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada 6 kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

sumber : bubblynotes