Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

Harimau Malaya Kecewa Kesilapan Haziq Nadzli





Gara-gara hantaran ke belakang oleh Declan Lambert, impian Malaysia ke final Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) bakal berakhir. Cuma kemenangan ke atas Singapura sahaja bakal menentukan laluan seterusnya.



Ayuh Harimau Malaya, jangan cepat mengalah.

"Harimau, Harimau, Harimau, Harimau Malaya"

Lagu semangat pasukan bolasepak Malaysia oleh MARIONEXXES boleh meningkatkan fokus pemain untuk peringkat seterusnya.

Selepas terikat tanpa jaringan 0-0 di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan merencana strategi baru demi mencari kemenangan kedua untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir. 
Kesilapan yang dilakukan penjaga gol, Haziq Nadzli, membawa padah apabila sepakannya tidak sampai ke pemain kebangsaan akibat dipintas tonggak Thailand, seterusnya Patrik Gustavsson mudah memberikan kelebihan buat Gajah Perang di depan. Keputusan penuh Malaysia 0 - Thailand 1.


Kegagalan Haziq Nadzli dengan Thailand berulang lagi sejak Sukan SEA.
 
tulis sini


Ultra Malaya Siap Sedia Takluk Bangkok






(Ubah saiz teks)
YA kita semua sudah sedia maklum, pasukan kita Harimau Malaya tumpas di laman sendiri di tangan juara 2008 Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki pada malam Ahad.

Penulis turut berada di dalam Stadium Shah Alam seawal jam 5 petang. Datang dalam keadaan hujan dan pulang pun dalam keadaan yang sama.

Untuk sekian lamanya, kita tidak pernah menyaksikan penonton dan penyokong Malaysia begitu setia bukan sahaja menyorak dan menyokong pasukan kebangsaan kita tetapi tetap setia menanti dalam hujan lebat pada saat perlawanan hanya tinggal 15 minit sahaja lagi untuk tamat dan pasukan kita ketinggalan 1-2.

Rujukan secara spesifik harus ditujukan kepada kumpulan Ultras-Malaya. Mereka tidak berganjak dari tempat duduk di penjuru kiri stadium. Mereka menyanyi dan berdansa secara berirama.

Nyanyian dan tarian mereka mendorong seluruh stadium bergema. Mereka menentukan rentak gamat stadium sepanjang perlawanan itu - dari mula hingga ke wisel penamat.

Mereka tidak mempedulikan hujan yang semakin lebat mencurah membasahi bumi. Mereka tetap menyanyi dan terus menyanyi dengan harapan ia akan menaikkan semangat penonton yang lain dan dengan harapan pasukan kita dapat menyamakan kedudukan dan bertandang ke Hanoi Khamis ini dengan sedikit harapan di tangan.

Kasihan sungguh, harapan mereka berkecai. Tetapi mereka harus dipuji kerana semangat mereka tidak berkecai. Tidak sepertimana pemain-pemain kita. Pendek kata, tanpa Ultras-Malaya dan para penyokong Malaysia yang lain, suasana di dalam stadium itu tidak akan sama.

Pemain-pemain kita pada sepanjang masa kelihatan seperti keletihan dan tidak bermaya. Dua orang penyerang utama negara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha seperti harimau yang kehilangan taring.

Malah Norshahrul atau Mat Yo langsung tidak menyerlah dalam posisinya sebagai pemain nombor 9. Para penonton boleh mengira dengan jari berapa kali dia berpeluang melepaskan rembatan ke arah pintu gol lawan.
Safee (tengah) gagal menjaringkan sebarang gol pada aksi tersebut.


Tak perlulah penulis senaraikan di sini luahan kata-kata kecewa mereka terhadapnya. Pedihnya tak terkata.Kedua-dua belah sayap pasukan kebangsaan juga tidak bermaya untuk membuat hantaran-hantaran silang ke arah dua penyerang negara kita.

Pada kebanyakan masa, mereka tidak dapat meluru membawa bola ke sisi kiri atau kanan kawasan lawan. Sebagai pemain sayap, pergerakan mereka sangat perlahan.

Oleh kerana mereka tidak pantas, mereka gagal berfungsi sebagai 'feeder'.Bagaimana hendak menjaringkan gol jika mereka tidak mengumpan bola ke kaki penyerang.

Tetapi dalam situasi di mana umpanan tidak begitu menyerlah, apabila peluang keemasan timbul, Safee dan MatYo pula gagal mengawal bola dan membuat penyudahan di pintu gol.
Mat Yo gagal menyerlah.


Yang menyerlah dan bermain dengan cemerlang dalam perlawanan itu ialah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Dua gol yang membolosinya bukanlah salah atau akibat kesilapannya.

Malah gol pertama Vietnam diperolehi hasil rembatan kencang bola yang terlebih dahulu berjaya ditampan Apek. Gol kedua Vietnam muncul hasil daripada serangan balas lawan. Ia adalah kesilapan barisan pertahanan menghalang dan mengawal pergerakan penyerang Vietnam.

Selain daripada itu, dia telah menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya pemain Vietnam.Jika tidak kerana hasil gol penanti di awal perlawanan dan kepantasan Apek, mungkin kita akan tewas 3-0 atau 4-0.

Barisan pertahanan kita memang hancur khususnya permainan Mahalli Jasuli yang sering melepaskan bola kepada lawan dan lambat berfikir pantas ke arah siapakah dia harus melorongkan bola.

Jika tidak kerana saiz badannya yang besar itu, kehadirannya di atas padang tidak akan dirasai langsung.

Sebaliknya yang benar-benar dirasai dan menjadikan perlawanan pada malam itu bermaya ialah para penyokong Malaysia dan Ultras-Malaya yang berjumlah keseluruhannya 65,000 orang.

Jika tidak kerana kalian, maka sia-sialah kita semua berbasah kuyup bertandang ke Stadium Shah Alam.




TicketHotline Final Piala AFF Suzuki 2014 Dibatalkan






Photo: CEO Tickethotline International Sdn Bhd, Azril Mat Drus pada pukul 8.30 mlm ( Isnin,15 Disember 2014)  telah mengesahkan bahawa tiket masih  dijual dan boleh didapati secara online melalui www.tickethotline.com.my 
CEO Tickethotline International Sdn Bhd, Azril Mat Drus pada pukul 8.30 mlm ( Isnin,15 Disember 2014) telah mengesahkan bahawa tiket masih dijual dan boleh didapati secara online melalui www.tickethotline.com.my
 



KEMASKINI: Inter Johor Firms Dibubarkan Dek Tragedi Vietnam Dipukul Penyokong Harimau Malaya Dari Johor Sampai Berdarah






INTER JOHOR FIRM DIBUBARKAN SECARA RASMI



RAMAI PENYOKONG VIETNAM KENA BELASAH SAMPAI BERDARAH



 





 


KUMPULAN INTER JOHOR FIRMS TIDAK DIIKTIRAF SELAKU WARGA JOHOR KERANA KAMI TIDAK MENERIMA "HOOLIGANS"
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat keputusan untuk mengharamkan seumur hidup kumpulan penyokong yang menamakan diri mereka Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor.
PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia telah mendapat perkenan daripada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor. DYAM Tunku Mahkota Johor turut bertitah, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor".



 
 



Harimau Malaya Dilatih Dollah Salleh Tanpa Was-Was





Dollah dijulang pemain-pemain PDRM selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2014.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak negara.

Keputusan melantik  bekas pemain antarabangsa ini sebagai jurulatih kebangsaan akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM pada Sabtu.

Dollah,51, bersara dari pasukan kebangsaan pada tahun 1998. Beliau kini merupakan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab membawa pasukan itu ke aksi Liga Super musim depan.

Tahun lalu, beliau membimbing pasukan Pahang sehingga bergelar juara Piala Malaysia.

Pencapaian terbaik sebagai jurulatih adalah pada tahun 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia.

Dollah dikenali sebagai jurulatih yang mempunyai sentuhan Midas (emas).

Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke Liga Super.

Sementara itu, badan induk bola sepak tanah air ini telah mula mencari jurulatih kebangsaan sejak Januari lalu berikutan kontrak Datuk K.Rajagobal tidak sambung yang berakhir 31 Disember 2013.

FAM sebelum ini berminat untuk melantik jurulatih Perancis, Philippe Troussier namun perbincangan kedua-dua pihak tidak berjalan lancar.

Manakala jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan akan meneruskan persiapan skuad Bawah 23 Tahun menjelang Sukan Asia di Incheon September ini.

Dollah dilantik serta merta bagi menguruskan skuad kebangsaan dalam persiapan mengharungi kempen Piala Suzuki AFF yang dihoskan oleh Singapura dan Vietnam Disember ini.