Beritahu Alyph, lagu-lagu tersebut merupakan kisah perjalanan mereka sepanjang 10 tahun bergelar penyanyi berkumpulan bermula di Singapura sehinggalah mereka berhijrah ke Kuala Lumpur.
"Walaupun kebanyakan lagu menampilkan penyanyi-penyanyi lain seperti Najwa Latif (Untuk Dia), Hazama (Lari), Aaron Aziz (Salam Semua), Joe Flizzow (Tepi Sikit), tetapi liriknya berkisarkan tentang kehidupan kami.
"Selepas Tepi Sikit, lagu #1 akan menjadi single terbaharu kami. Ia mengisahkan tentang kekasih kami serta wanita-wanita lain di luar sana," ujarnya.
Beritahu Alyph mereka juga merancang untuk mengadakan konsert pada tahun depan sebagai menghargai peminat-peminat di Malaysia serat Singapura.
"Apa-apa pun kami akan selesaikan urusan perkahwinan kami dahulu di mana saya akan berkahwin pada 13 September depan manakala Syarif pula pada 22 Noverber 2014," tuturnya. - Sumber MStar