PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.
"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.
"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.
- Sumber MStar