Diana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas
berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Nora
Danish. Foto BRIAN MOH
Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut.
"Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih," katanya ringkas.
Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat.
Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun.
iklan
Suaminya, Farid pada Rabu lalu berharap mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan isterinya agar dapat memaafkan wanita tersebut.
Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun tidak menolak perasaan cemburu wanita itu menjadi punca kepada kejadian itu.
Sementara itu, Diana berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi jurucakap produk Lip Ice kerana telah menggunakannya sejak zaman remaja.
"Ia mudah digunakan dan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi wanita berkahwin seperti saya dan sudah menggunakan sejak remaja lagi," katanya. - Sumber MSTAR