Jejai Ditengking Fasha Sandha Kerana Rindu Bekas Isterinya Nora Danish






PETALING JAYA: Suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli buat pertama kali membuat kenyataan di Instagram memohon kepada orang ramai supaya tidak lagi menyakitkan hati isterinya selain membandingkan aktres itu dengan bekas isterinya Nora Danish.

Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai berkata, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dia terpaksa membuka mulut bahawa perceraiannya dengan Nora Danish enam tahun lalu langsung tiada kaitan dengan Fasha.

"Saya akui, pada masa itu, sayalah punca perceraian itu, bukannya Fasha.

"Ianya telah ditentukan dan telah terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya berharap sangat semua ini berhenti di sini sahaja dan tolong jangan panjangkan perkara ini," katanya dalam Instagram miliknya yang dimuatr naik pada Khamis.

Pada Selasa lalu, Fasha telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mertua berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan keluarga itu pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini.