Showing posts with label bibir. Show all posts
Showing posts with label bibir. Show all posts

Ciuman Bibir Merah Emma Maembong Mengkhayalkan Zizan Razak Sampai Habis Duit Syarikat





#77 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYAPengarah Urusan Wireframe Entertainement, Marina Juki semalam mengadakan sidang media khas untuk menerangkan sebenarnya apa yang terjadi bersama peguamnya Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana selain juruaudit syarikat tersebut.
Laporan Sinar Harian hari ini ada menyebut secara lengkap imbasan bagaimana semua ini boleh terjadi yang bermula sekitar Februari lalu apabila ada khabar angin mengatakan bahawa Emma Maembong akan disingkir kerana sering membawa masalah.
Ianya berterusan apabila Zizan Razak berhijrah ke bawah pengurusan pihak Astro walaupun beliau memilii syarikat pengurusan sendiri. Pengakuan Marina Juki dalam bibit bibit akhir laporan tersebut menarik perhatian kami. Ianya melibatkan Emma Maembong, lagi.
“Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu”
“Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang. Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu”
“Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama. Tapi dek kerana salah faham itu saya dan Zizan sudah tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera,“ ujar Marina Juki menahan sebak. (rtky/m)



Bibir Diana Danielle Yang Mengiurkan Jadi Idaman Lelaki Lain






Diana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Nora Danish. Foto BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang komen berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati selepas pelakon Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya.

Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut.

"Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih," katanya ringkas.

Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat.

Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun.


iklan
Diana (tengah) dilantik sebagai jurucakap produk Lip Ice.

Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Suaminya, Farid pada Rabu lalu berharap mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan isterinya agar dapat memaafkan wanita tersebut.

Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun tidak menolak perasaan cemburu wanita itu menjadi punca kepada kejadian itu.

Sementara itu, Diana berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi jurucakap produk Lip Ice kerana telah menggunakannya sejak zaman remaja.

"Ia mudah digunakan dan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi wanita berkahwin seperti saya dan sudah menggunakan sejak remaja lagi," katanya. - Sumber MSTAR