Jejai Dikutuk Berfoto Dengan Nora Danish






"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.