Takziah diucapkan kepada keluarga pelakon Nabil Abdul yang telah
menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser lymphoma kira-kira jam
10.30 pagi semalam.
Memetik kenyataan rakan artis, Jihan Raja Lawak yang sama-sama
menjayakan telefilem terbaru berjudul 'Jihan Nak Buat Rumah Terbuka',
Allahyarham telah menghidap penyakit ini sejak berusia 21 tahun lagi
namun sembuh selepas melakukan rawatan kemoterapi.
Namun, pada usia 29 tahun, penyakit itu kembali semula dan keadaannya
bertambah serius sejak sebulan lepas sebelum dimasukkan ke Hospital
Ampang, empat hari lalu.
Allahyarham dikenali menerusi iklan Kit Kat bersama M.Nasir yang ditayangkan beberapa tahun lalu.
Difahamkan, jenazah telah dikebumikan di kampung halamannya di Kulim,
Kedah. Media Hiburan Online mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri
rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. - sumber MEDIA HIBURAN