Rozita Che Wan Mengandung Lagi Di Usia Tua






zain
Pasangan suami isteri popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan kini sedang berada di kota London bagi membeli kelengkapan bayi mereka yang bakal dilahirkan pada pertengahan Oktober ini. 
 
Mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan, Che Ta dan Zain mengakui masih banyak keperluan yang perlu disediakan.
 
"Buat masa ini, kami dah mula beli barang bayi sikit-sikit. Masih ada banyak masa lagi untuk persiapan sepenuhnya," ujar Che Ta yang dipetik daripada Sinar Harian. 
 
Dalam pada itu, Che Ta menjelaskan telah mengurangkan aktiviti seninya bagi memberi tumpuan kepada proses kehamilannya. Kini, dia hanya terlibat dengan penggambaran program 'Primadona' sahaja.