“Sembilan tahun itu cukup lama dan kalau nak
diiikutkan, saya sendiri tidak ingat bagaimana perasaan menjadi ayah
ketika itu. Bila Ayu kata dia hamil, saya teruja seolah-olah menjadi
ayah baru,” kata Radhi sewaktu sesi fotografi bersama GUA.
Tambah Radhi, dia lebih risaukan keadaan Ayu
berbanding perasaan terujanya kerana banyak yang harus dia pelajari
semula bagi membantu isterinya itu melalui fasa-fasa kehamilan.
“Saya dah pernah ada anak dan ini pengalaman
pertama buat Ayu. Jadi saya sangat risau sebab banyak perkara yang saya
perlu bantu dia,” kata Radhi yang mengharapkan agar dikurniakan anak
perempuan.
Sumber: GUA