SUDAH ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikan,
terbaru pelakon terkenal Uqasha Senrose yang mula tampil berhijab bagi
memenuhi tuntutan agama.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen dalam satu kenyataan di sebuah portal mengesahkan yang dia kini sudah berhijrah sepenuhnya.
“Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini," jelasnya.
Dalam pada itu, Uqasha turut menafikan yang perubahan dirinya itu didorong oleh faktor luaran terutamanya lelaki tetapi berharap perkara baik seperti ini akan kekal.
“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," tambahnya.