Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) ditubuhkan pada 25 Jun 2012 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 11 November 2012 di Dewan Merdeka, PWTC.
Penubuhan YA1M ini juga datangnya dari sikap rasa tanggungjawab untuk membantu sesama rakan dalam perjuangan seni.
YA1M ini mempunyai matlamat murni iaitu untuk menyatukan seluruh warga artis tanahair di bawah satu payung agar menjadi satu suara dan satu barisan yang kuat. Secara umumnya YA1M ini adalah untuk menjaga kebajikan dan membela nasib generasi artis yang suatu ketika dahulu pernah menjadi idola masyarakat.