Showing posts with label Anugerah Syawal. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Syawal. Show all posts

Zul Ariffin Cedera Parah Di Hari Raya Ke-4





Pelakon filem ‘Bikers Kental’, Zul Ariffin telah memuat naik sekeping gambar dirinya yang cedera di bahagian muka dalam laman Instagram miliknya pada minggu lalu. GUA telah menghubungi pelakon kacak itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu.

“Sebenarnya, insiden itu berlaku pada sambutan hari raya keempat. Kejadian itu berlaku di dalam bilik saya di kampung halaman, Taiping, Perak. Saya bangun dari tidur, ketika itu waktu Subuh. Sejurus selepas saya bangun, saya terus pitam. Malangnya, muka saya terkena almari di dalam bilik saya,” jelas Zul memulakan bicara.

“Saya terus dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan. Syukur, tiada apa-apa yang serius berlaku kepada saya, cuma parut di bahagian muka sahaja. Saya memang mempunyai sakit darah tinggi semenjak berusia 23 tahun. Namun ketika menjalani pemeriksaan lanjut, pihak hospital menjelaskan yang saya pitam bukan berpunca daripada penyakit darah tinggi. Tapi, saya percaya kejadian itu sedikit sebanyak disebabkan oleh penyakit itu. Maklumlah, musim raya, jadi saya dihidangkan dengan banyak makanan yang memberi kesan kepada sakit ini,” tutur hero drama ‘Kabin di Tepi Tasik’ ini.

Zul juga menjelaskan parut yang terdapat di wajahnya semakin sembuh.


“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan dengan pakar kulit dan dia menjelaskan parut di muka saya akan sembuh dalam masa dua hingga ke empat minggu lagi. Saya juga meneruskan aktiviti seni seperti biasa. Apabila saya menjalani penggambaran, jurusolek akan menutup parut di muka saya dengan kesan solekan,” ulas Zul lagi.

Bercakap menngenai sambutan Syawal baru-baru ini, Zul menjelaskan dia menyambut ketibaan Aidilfitri secara sederhana sahaja. Dalam perkembangan terbaru, Zul bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3 yang berjudul ‘Janji Adam’. - Sumber Gua Tonton



Media Prima Siap Sedia Sambut Puasa & Raya






ramadan
Kemeriahan Ramadan dan Syawal kian dirasai menerusi barisan program yang telah disusun rapi khas buat penonton setia TV3 dan TV9 dalam kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal. 
 
Barisan program yang menghimpunkan pelbagai genre seperti persembahan muzikal, dokumentari terbaik, filem dan drama popular serta animasi, kedua stesen juga bersedia untuk bertemu dengan orang ramai menerusi acara padang iaitu Skuad Seindah Ramadan dan Bazar Seindah Ramadan. 
 
“Sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan dan kegembiraan ini, pelbagai program keislaman telah disediakan oleh kedua-dua stesen ini, antaranya Jejak Rasul, yang menjadi program signature bagi TV3, Halaqah, Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah menerusi TV9 dan banyak lagi yang dapat memberi iktibar dan keinsafan kepada kita semua. 
 
"Tidak ketinggalan juga drama-drama menarik lain yang dilihat amat menarik buat anda semua. Program-program yang disediakan bukan sahaja untuk golongan umum, malahan kami turut menyediakan program-proram menarik untuk golongan kanak-kanak. Secara keseluruhan, kesemua program yang dianggarkan lebih daripada 100 program ini amat bersesuaian untuk penonton kami yang berusia dari 4 tahun ke atas," Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Seelan Paul 
 
Tahun ini, TV3 dan TV9 turut memperkenalkan duta-duta untuk kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal. Bagi TV9, Luqman Hakim, Zuhairah Mustafa Al Hussein dan Ustaz Safwan telah dilantik sebagai Duta Seindah Ramadan manakala finalis-finalis Idola Kecil Ultra iaitu Daniel, Azzam, Harris, Eeqah, Balqis dan Afiq pula memainkan peranan sebagai Duta Anugerah Syawal TV9. 
 
Duta Seindah Ramadan TV3 terdiri daripada Fiza Sabjahan dan Muhammad Tajdid Hadhari. Seterusnya, Duta Anugerah Syawal TV3 pula menampilkan selebriti popular tanah air seperti Siti Saleha, Anzalna Nasir, Fara Fauzana, Izzue Islam, Zul Ariffin dan Azlee Khairi. 
 
Antara program menarik yang disiarkan di TV3 sepanjang Ramadan dan Syawal adalah seperti Azam Ramadan Su, Ramadan Jangan Pergi, Raya Ni Mesti Kahwin, Geng Kampung Pisang 2, Jangan Ambil Lembu Kami, Baju Raya Yaya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Love You Mr Arrogant Raya, Kampung Girl Raya, Yes, Boss! Raya dan Spain Uoolss. 
 
Sementara itu, TV9 juga tidak ketinggalan menampilkan selebriti terkenal seperti Norish Karman, Rita Rudaini, Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Anas Ridzuan, Alif Satar, Roy Azman, Azza Elite, Sharifah Shahirah, Amer Munawer dan ramai lagi. Wajah-wajah mereka dapat dilihat menerusi program-program yang disediakan, antaranya seperti Fail Riz, Pontianak Teng Teng, Kimchi Raya, Superstra, Bila Bujang Masuk Dapur dan Aroma Kota Suci.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.ramadanraya.com dan semarakkan bulan Ramadan dan Syawal dengan #seindahramadan dan #anugerahsyawal di laman sosial. - Sumber Media Hiburan