Showing posts with label Ayda Jebat. Show all posts
Showing posts with label Ayda Jebat. Show all posts

Ayda Jebat












Ayda Jebat Ghairah Malam Pertama






Ayda Jebat
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelakon Ayda Jebat menghormati permintaan aktor Izzue Islam yang tidak mahu melakonkan babak intim dalam drama bersiri terbaharu lakonan mereka berjudul Suami Sebelah Rumah termasuk mengubah adegan diterkam pada malam pertama.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, keengganan Izzue melakonkan babak tersebut tidak menggangu perjalanan drama berkenaan sebaliknya lelaki itu tampil dengan pelbagai idea bagi menggambarkan keintiman mereka yang memegang watak suami-isteri.

"Izzue adalah seorang pelakon yang profesional dan penuh dengan pelbagai idea bagi memastikan adegan intim kami tidak cacat dalam drama bersiri itu.

"Saya langsung tidak mempunyai masalah dan faham kedudukannya sebagai suami orang dan saya sendiri tidak selesa melakonkan adegan itu jika berada ditempatnya," katanya kepada mStar Online.

Ayda ditemui pada sidang media pelancaran program realiti Pencarian Wajah Aurawhite di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu sekiranya terdapat sebarang adegan intim, Izzue akan berbincang dengannya terlebih dahulu dan akan memberikan idea bagi mengelakkan mereka bersentuhan dalam babak-babak yang terdapat dalam skrip.

Jelas Ayda, Izzue sentiasa bersedia dengan pelbagai idea yang turut dipersetujui oleh pihak produksi.

"Sebagai contoh ada babak kami memasuki bilik hotel dan ia adalah malam pertama kami.

"Di dalam skrip Izzue sepatutnya melompat ke atas katil menerkam saya tetapi dengan ideanya kami tukar watak dia memadam lampu dan membiarkan imaginasi penonton menggambarkan apa yang terjadi," jelasnya.

Drama terbitan JS Production itu bakal menemui penonton di TV3 dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata dia bakal memasuki set penggambaran dua buah filem pada awal tahun hadapan.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang ini semakin murah dan saya cukup teruja diberi tawaran untuk berlakon filem," katanya.




Foto Kaki Zul Ariffin Berketak Tersebar














zul ariffinDrama Rindu Awak 200% telah pun menemui penghujungnya tetapi nama hero drama meletup ini masih menjadi siulan remaja di luar sana terutama gadis gadis.



Terbaru, sekeping gambar kakinya yang amat ‘sado’ telah menjadi topik hangat di Instagram. Ramai gadis-gadis yang melahirkan rasa ‘geram’ mereka dengan ke’tough’an kaki pelakon ini. 
Dari komen komen yang dilihat menerusi instagram Zul Ariffin, ramai gadis-gadis yang memberi komen ‘tidak boleh tidur malam‘, ‘amboi sadonya‘ dan ‘i want to make him mine‘ apabila melihat ke’sado’an kaki Zul Ariffin. Dasyat sungguh penangan lelaki kacak ini. Abang Nara gelak-gelak je baca komen yang diberikan. Hebatnya penangan hero drama ini,
Skroll ke bawah untuk tengok koleksi gambar Zul Ariffin. 
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin




Ayda Jebat Kena Buang Universiti






Selamat untuk kami katakan yang walau drama bersiri Rindu Awak 200% telah habis ditayangkan, nama Ayda Jebat pastinya akan terus menjadi sebutan peminat selepas ini dek kerana kesan lakonan beliau dalam drama tersebut.
Meniti populariti ketika ini, Ayda Jebat mengakui bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap kini sehingga ada satu masa beliau telah dibuang dari universiti kerana terlalu mengejar cita cita untuk bergelar artis dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia.
BACA: Ayda Jebat Nafi Jadi Punca Zul Ariffin Renggang, Gaduh Dengan Kekasih
“Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti”
“Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF8 & dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamatkan diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu,” ujarnya.
Bercakap kepada mStar Online, Ayda Jebat menambah yang beliau tidak menyesal dengan semua keputusan yang dibuat kerana rakan rakan yang tamat pengajian ada yang masih mencari kerja namun bagi dirinya rezeki dalam dunia hiburan bertambah.
BACA: Peminat Kirim E-Mel Suruh Zul Ariffin, Ayda Jebat Cepat Kahwin
“Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon”
“Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang hubungi saya semula untuk mendapatkan peluang,“ tambahnya lagi. (rtky/m) - Sumber ROTIKAYA