Showing posts with label ghairah. Show all posts
Showing posts with label ghairah. Show all posts

Ayda Jebat Ghairah Malam Pertama






Ayda Jebat
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelakon Ayda Jebat menghormati permintaan aktor Izzue Islam yang tidak mahu melakonkan babak intim dalam drama bersiri terbaharu lakonan mereka berjudul Suami Sebelah Rumah termasuk mengubah adegan diterkam pada malam pertama.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, keengganan Izzue melakonkan babak tersebut tidak menggangu perjalanan drama berkenaan sebaliknya lelaki itu tampil dengan pelbagai idea bagi menggambarkan keintiman mereka yang memegang watak suami-isteri.

"Izzue adalah seorang pelakon yang profesional dan penuh dengan pelbagai idea bagi memastikan adegan intim kami tidak cacat dalam drama bersiri itu.

"Saya langsung tidak mempunyai masalah dan faham kedudukannya sebagai suami orang dan saya sendiri tidak selesa melakonkan adegan itu jika berada ditempatnya," katanya kepada mStar Online.

Ayda ditemui pada sidang media pelancaran program realiti Pencarian Wajah Aurawhite di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu sekiranya terdapat sebarang adegan intim, Izzue akan berbincang dengannya terlebih dahulu dan akan memberikan idea bagi mengelakkan mereka bersentuhan dalam babak-babak yang terdapat dalam skrip.

Jelas Ayda, Izzue sentiasa bersedia dengan pelbagai idea yang turut dipersetujui oleh pihak produksi.

"Sebagai contoh ada babak kami memasuki bilik hotel dan ia adalah malam pertama kami.

"Di dalam skrip Izzue sepatutnya melompat ke atas katil menerkam saya tetapi dengan ideanya kami tukar watak dia memadam lampu dan membiarkan imaginasi penonton menggambarkan apa yang terjadi," jelasnya.

Drama terbitan JS Production itu bakal menemui penonton di TV3 dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata dia bakal memasuki set penggambaran dua buah filem pada awal tahun hadapan.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang ini semakin murah dan saya cukup teruja diberi tawaran untuk berlakon filem," katanya.




Lana Nordin Ghairah Dengan Tatu Jantan






Lana Nodin
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.


Foto Lana bersama seorang jejaka kacak yang menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya di Instagram.

Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki  berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal  tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel)  sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. - Sumber MSTAR