Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Perdana Menteri Dan Barisan Kabinet Bercuti Sakan Ketika Rakyat Dibunuh Banjir







Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (duduk,tengah) ketika mengadakan sidang media selepas membuat tinjauan banjir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob (kiri).
KUALA LIPIS: Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini, Ahad.
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.




Empangan Muda Kedah Hampir Pecah






Keadaan Empangan Muda yang melimpah menyebabkan paras air sungai naik dengan mendadak awal pagi Khamis menyebabkan beberapa daerah di kawasan tebing sungai Pedu dan Sungai Muda mengalami banjir dan dipindahkan namun pada Jumaat paras air sungai mula reda dan berkurangan ke paras normal. Foto: BERNAMA
 
 
ALOR SETAR: Keadaan paras air di sungai-sungai utama di utara Kedah berada di bawah paras berjaga-jaga. 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah berkata sehingga 7 malam ini, Sungai Padang Terap di Kuala Nerang berada pada paras 14.93 meter, Sungai Bata 8.02 meter dan Sungai Arau 4.88 meter, yang kesemua dalam keadaan menurun parasnya. 

"Sungai Anak Bukit juga dalam keadaan lebih baik berikutan berkurangnya aliran dari Sungai Padang Terap.

Paras di terusan utara juga dalam parasoperasi," katanya ketika dihubungi malam Jumaat. 

Katanya Empangan Muda masih melimpah tetapi kadar limpahan berkurangan daripada limpahan sebanyak 1.64 meter dua hari lepas kepada 0.9 meter hari ini. "

Semoga keadaan akan bertambah baik," katanya.




Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat





Kuala Lumpur: Akibat hujan lebat selama kira-kira 2 jam, beratus kereta tenggelam di tempat letak kereta di Jalan Kia Peng di sini, termasuk beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang berlaku banjir kilat bermula kira-kira jam 4 petang ini.
Antaranya kawasan yang terjejas adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Bangsar, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Keramat dan Jalan Gombak menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, setakat ini pihak belum menerima sebarang laporan kecemasan.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersiap sedia memberi tindak balas sekiranya terdapat laporan mangsa terperangkap.
FotoANTARA kenderaan yang tenggelam di Jalan Kia Peng. FOTO ihsan pembaca

"Pihak bomba hanya menerima panggilan berkaitan pokok tumbang di Jalan Ipoh berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyarankan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Kurangkan had laju apabila memandu di lokasi air bertakung serta jaga jarak kenderaan dan fokus pada pemanduan anda," kata kenyataan itu. - Sumber Metro