Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Empangan Muda Kedah Hampir Pecah






Keadaan Empangan Muda yang melimpah menyebabkan paras air sungai naik dengan mendadak awal pagi Khamis menyebabkan beberapa daerah di kawasan tebing sungai Pedu dan Sungai Muda mengalami banjir dan dipindahkan namun pada Jumaat paras air sungai mula reda dan berkurangan ke paras normal. Foto: BERNAMA
 
 
ALOR SETAR: Keadaan paras air di sungai-sungai utama di utara Kedah berada di bawah paras berjaga-jaga. 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah berkata sehingga 7 malam ini, Sungai Padang Terap di Kuala Nerang berada pada paras 14.93 meter, Sungai Bata 8.02 meter dan Sungai Arau 4.88 meter, yang kesemua dalam keadaan menurun parasnya. 

"Sungai Anak Bukit juga dalam keadaan lebih baik berikutan berkurangnya aliran dari Sungai Padang Terap.

Paras di terusan utara juga dalam parasoperasi," katanya ketika dihubungi malam Jumaat. 

Katanya Empangan Muda masih melimpah tetapi kadar limpahan berkurangan daripada limpahan sebanyak 1.64 meter dua hari lepas kepada 0.9 meter hari ini. "

Semoga keadaan akan bertambah baik," katanya.




Blogger Ugut Bunuh Menteri Besar Kedah Di FB Didakwa Di Mahkamah Alor Setar






Alor Setar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.
Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.

Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.
FotoSUSPEK dibawa ke Mahkamah Alor Setar. FOTO Sharul Hafiz Zam

"Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi dan berjaya menahan suspek petang semalam," katanya.